Makan malam di Restoran Ikan Bakar Parameswara, Umbai, Melaka

Ikan Bakar Parameswara, Umbai, Melaka

penuh dengan manusia, pening aku tengok....
Kalau korang kat Melaka, nak cari tempat makan malam yang sempoi dan femes, boleh la cuba di restoran Ikan Bakar Parameswara di Umbai, Melaka. Masa aku datang ni waktu cuti sekolah, jadi penuh la dengan manusia yang datang ke sini. Waktu ramai macam ni, kalau nak datang kena tempah meja dulu..... tempah meja je ek, bukan sekali order makanan. Makanan order bila dah sampai. Kalau datang hari biasa, tak payah la nak tempah-tempah. Kawasan restoran sangat luas dan bila ramai orang dah rasa macam pergi kenduri/kerja kawin la pulak. Restoran ni buka start pukul 5 petang hingga malam. Tutup pada hari Isnin.
Kawasan yang pun ok, agak luas dan selesa la untuk parking. Kalau korang datang waktu petang, boleh la makan sambil layan angin laut, sebab ikan bakar parameswara ni duduk kat sebelah laut jer.... diorang siap buat laluan titi di celah-celah pokok bakau untuk pengunjung nak rilek-relik.
kawasan parking restoran ikan bakar parameswara

kawasan hutan bakau sebelah dengan ikan bakar parameswara.
Jadi, bila dah sampai, terus pergi beratur untuk pilih ikan or seafood yang di masak ikut pilihan menu yang kita nak. Ada banyak pilihan seafood yang fresh-fresh. So, nak di pendek cerita, pilihan-pilihan menu yang aku makan tu, boleh tengok gambar seperti di bawah ni.
mula-mula pilih ikan dulu, ikan fresh....

udang goreng butter

sotong goreng tepung

ikan cencaru bakar

kailan ikan masin

tomyam

siakap tiga rasa (dah nak tinggal tulang dah ni)

nasi lemak, boleh makan dengan ikan bakar
Begitu la ceritanya......harga macam mana? boleh tahan la....korang boleh check harga dalam gambar di bawah ni.
senarai harga ikut saiz
Kepada yang nak datang ke Restoran Ikan Bakar Parameswara ni, ianya terletak di Umbai, Melaka. Bagi yang tak biasa dengan tempat ni, aku sertakan gps koordinat dan juga google map sebagai rujukan dan panduan untuk korang. Selamat menjamu selera.
gps koordinat : 2°09'21.7"N 102°20'10.1"E atau 2.156025, 102.336129

No comments:

Post a Comment