Makan nasi bariani di Restoran Pak Anjang Bariani Johore, Shah Alam

Restoran Pak Anjang Bariani Johore

dalam restoran Pak Anjang.....
Misi jalan-jalan cari makan di teuskan lagi. Kali ni tekak rasa macam nak makan nasi bariani. Kebetulan ada di Shah Alam, so aku nak terjah restoran nasi bariani di kawasan ni la...Daripada research yang aku dah buat, maka, restoran pilihan aku di Seksyen 13 Shah Alam ni adalah Restoran Pak Anjang Bariani Johore. Bentuk rupa restoran Pak Anjang ni, macam di gambar sebelah ni. Yang first time nak datang sini maybe berpusing-pusing jugak la korang nak cari...macam aku..hahahaha.. Tapi untuk posting aku ni, aku dah memudahkan korang dengan gps koordinat yang tepat lagi jitu..InsyaAllah....
Restoran Pak Anjang Bariani Johore ni beroperasi setiap hari bermula pukul 10.30 pagi dan berakhir pada pukul 9.30 malam. Hari jumaat special sikit. Tutup tengahari untuk solat jumaat dan buka semula selepas tu.
nasi bariani gam ayam

nasi bariani gam daging

bandung soda dan bandung cincau soda
Nasi bariani ni ada dua jenis bariani gam dengan bariani biasa. Lauk boleh pilih sama ada ayam. daging atau kambing. Selain nasi bariani, ada juga menu lain ada di Pak Anjang Bariani ni seperti aneka set burger and fries...Boleh rujuk menu seperti di bawah ni..Nasi Bariani wajib korang kena makan..
menu Pak Anjang Bariani Johore
Lokasi Pak Anjang Bariani Johore ni, korang boleh cari dekat Seksyen 13 Shah Alam. Dekat-dekat sekitar stadium Shah Alam tu. Nak lebih senang lagi korang boleh rujuk google map seperti bi bawah ni. Aku kasi sekali gps koordinat untuk korang senang nak cari.
gps koordinat Pak Anjang Bariani Johore : 3°05'20.4"N 101°32'47.5"E

No comments:

Post a Comment