Mengenal sejarah Malaysia di Muzium Negara Kuala Lumpur

Pintu gerbang Muzium Negara Kuala Lumpur
Muzium Negara Kuala Lumpur
 Muzium Negara yang terletak di Kuala Lumpur adalah muzium yang di bina selepas negara kita menyambut kemerdekaan. Dirancang pembinaan pada tahun 1957, diumumkan pembinaan bermula pada tahun 1959 dan siap sepenuhnya pada tahun 1961, kemudianya dirasmikan oleh Yang Dipertua Agong ke III pada 31 Ogos 1963. Muzium Negara ni bukanlah muzium yang terawal dibina di Malaysia. Muzium yang terawal dan tertua di Malaysia terletak di Taiping, Perak. Muzium Perak Di Taiping di bina pada tahun 1883. Muzium Negara ni agak besar jugak. Muzium yang mempunyai dua tingkat yang digunakan sepenuhnya untuk mempamerkan khazanah-khazanah Malaysia untuk tatapan generasi-genarasi setrusnya. Secara umumnya, ruang pameran di Muzium Negara dibahagikan kepada empat bahagian utama iaitu galeri A, galeri B, galeri C dan galeri D.
Galeri A memaparkan sejarah awal bagaimana pembentukan muka bumi, kehidupan manusia zaman batu dengan artifak-artifak yang menarik dan jarang-jarang dapat kita lihat. Galeri B pula memaparkan berkenaan sejarah kerajaan-kerajaan melayu zaman dahulu pada era kegemilangannya. Galeri C menceritakan era kolonial iaitu sejarah bagaimana Malaysia menyusuri pahit manis dalam memcapai kemerdekaan manakala galeri D mempamerkan Malaysia kini iaitu pencapaian Malaysia selepas mencapai kemerdekaan.
Ruang legar yang besar dan luas Muzium Negara

Galeri A : Sejarah awal

Galeri B : Kerajaan-kerajaan Melayu

Galeri C : Era kolonial

Galeri D : Malaysia Kini
Muzium Negara ni sesuai untuk bawa anak-anak jalan-jalan sambil mengenal Malaysia dengan lebih dekat melalui pameran-pameran sejarah yang terdapat di Muzium Negara ni. Tiket masuk tak mahal pun. Untuk dewasa RM2 sahaja manakala untuk kanak-kanak 12 tahun ke bawah percuma. Waktu melawat bermula dari 9 pagi sehingga 6 petang. Lokasi Muzium Negara ni secara spesifik, boleh rujuk gps koordinat dan google map seperti di bawah:
gps koordinat Muzium Negara : 3°08'16.7"N 101°41'13.6"E 

No comments:

Post a Comment