Makan malam di Idrus Ikan Bakar, Batu Uban Pulau Pinang

Salah satu pilihan untuk makan malam, korang boleh try makan di Idrus ikan bakar ni yang terletak di Batu Ubun Pulau Pinang. Kalau dari Jambatan Pulau Pinang, lepas keluar jambatan, korang kena alert dalam 300-400m ada satu lorong untuk masuk ke Idrus ikan bakar ni. Sebenarnya Idrus ikan bakar ni bersebelah dengan Nurul Ikan Bakar yang aku penah makan dulu. Saja je nak try makan kat Idrus Ikan Bakar ni sebabkan dah selalu sangat makan dekat Nurul Ikan Bakar. Nak ubah selera sikit.

Idrus Ikan Bakar
Idrus Ikan Bakar

Kalau nak makan bersila pun boleh di Idrus Ikan Bakar
Kalau nak makan bersila pun boleh di Idrus Ikan Bakar
Oleh sebab ni first time aku nak try makan di Idrus Ikan Bakar, so rasa nak cuba macam-macam mengikut bajet aku la...Mula-mula kena pi pilih dulu makanan laut yang sedar untuk dimasak. Tapi kalau taknak pilih pun ok gak, just bagitau nak makan apa, biar diorang sendiri yang pilihkan. Banyak juga ikan-ikan segar. Aku pilih siakap untuk masak siakap tiga rasa, sotong untuk sotong goreng tepung, ketam untuk ketam masak sambal....
Ikan-ikan segar untuk dipilih dan untuk dimasak
Ikan-ikan segar untuk dipilih dan untuk dimasak
Selain dari menu makanan laut tu, aku order gak tomyam, sup ayam dan telur dadar. Rasa di Idrus Ikan Bakar ni, kalau nak compare dengan Nurul Ikan Bakar, ada menu yang Nurul Ikan Bakar sedap lagi. Namun ada gak yang sedap kat Idrus ni, siakap tiga rasa, sotong goreng tepung pun sedap. Berikut adalah gambar-gambar menu yang telah menjadi santapan aku di Idrus Ikan Bakar ni...
sotong goreng tepung
sotong goreng tepung

Siakap tiga rasa
Siakap tiga rasa

ketam masak sambal
ketam masak sambal

tomyam campur
tomyam campur

Sup ayam
Sup ayam

telur dadar
telur dadar
Kepada yang ingin mencuba menu di Idrus Ikan Bakar, tempat ni berhampiran je dengan jambatan Pulau Pinang seperti yang ku dah cakap tadi. Lebih mudah, korang pakai je gps koordinat yang aku sertakan agar korang tak terlepas lorong jalan masuk ke Idrus Ikan Bakar ni. Google map pun dapat bantu korang. Semoga korang dapat cari dan menjamu selera. Harap dapat membantu.

5°21'12.8"N 100°18'41.1"E

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...