4 hari 3 malam percutian menarik di Pulau Langkawi

Kali ni aku nak cerita sikit percutian aku di Pulau Langkawi. Aku dan famili aku dah rancang percutian 4 hari 3 malam di pulau tersebut. Dah 3-4 kali jugak la aku datang bercuti kat sini. Dengan feri or dengan kapal terbang. Untuk posting aku kali ni, aku dah pilih mengunakan pengangkutan udara a.k.a kapal terbang a.k.a flight dari Pulau Pinang International Airport. Kalau mengunakan feri, biasanya aku akan naik dari Kuala Perlis. Kalau dari Kuala Perlis, takde la lama sangat untuk sampai ke Jeti Pekan Kuah.
Ok, berbalik kepada flight aku dari Penang ni, aku nak flight dalam tengahari kat Penang. Penerbangan dari Penang ke Langkawi, takde la lama sangat, lebih kurang dalam 20 minit je. Nak pi toilet pun tak sempat. Baru je terbang, tetiba pilot dah buat announcement pesawat akan mendarat sebentar saja lagi.....

Dah landing kat Langkawi International Airport, first sekali kena cari kereta sewa la. Kat Airport tu je ramai booth yang menyediakan perkhidmatan kereta sewa. Disebabkan aku dah siap-siap cari sebelum datang ke Langkawi ni, aku pun terus call dengan orang yang aku dah deal tu. Maklumla waktu aku datang sini, waktu tu cuti sekolah. Harga memang up sikit la. So dapat la aku kereta viva dalam RM80 sehari. Tapi kalau bukan waktu cuti sekolah boleh dapat lagi murah.
Lepas dah check in hotel di Pekan Rabu, Kuah, kitorang memulakan misi berjalan-jalan yang pertama untuk hari yang pertama ni. Hari pertama ni aku set kan untuk shopping je supaya hari-hari lain tak diganggu oleh aktiviti 'shopping' ni..hihihihi....destinasi shopping kami adalah Idaman Suri, Ismail Group dan RAM.

Idaman Suri
Idaman suri ni sesuai dengan namanya yang menjadi idaman bukan saja surirumah suri yang tidak berumah pun seboleh-bolehnya akan datang sini. Datang jadi tempat wajib datang untuk orang perempuan. Pinggan mangkuk, tuala, cadar, langsir dan lain-lain yang buat mata para wanita tak akan berkedip walaupun sekali...terbeliak biji mata tengok.....
Pandangan depan Idaman Suri Langkawi
Pandangan depan Idaman Suri Langkawi

Barangan dapur, pinggan mangkuk, sudu, cawan, dll
Barangan dapur, pinggan mangkuk, sudu, cawan, dll

Barangan cenderahati, kain, tuala, cadar dll
Barangan cenderahati, kain, tuala, cadar dll
Gps idaman suri : 6°19'57.5"N 99°51'37.3"E
Boleh check google map seperti dibawah ni......


Komplek Haji Ismail Group
Lepas dan puas jalan di Idaman Suri, kami beralih arah ke Komplek Haji Ismail Group. Jangan takut nak masuk sebab tiada tiket yang perlu dibeli. Masuk je lepas tu shopping dan kena bayar la kan kalau nak beli barang dalam tu. Barang-barang yang ada kat sini lebih kurang je macam Idaman Suri. Yang menjadi tumpuan, semestinya coklat....yaaaaaa coklatttttt....yang menjadi tarikan utama bila datang ke Langkawi ni...Maka di sini la bermulanya shopping coklat. Anak aku tengok coklat yang berbukit-bukit dalam tu, semua dia nak beli.....dia nak beli tapi aku la nak bayar. Tak boleh jadi, aku hadkan coklat yang anak aku nak beli....bocor poket den.
Komplek HIG (Haji Ismail Group)
Komplek HIG (Haji Ismail Group)


Perniagaan Haji Ismail Group
Perniagaan Haji Ismail Group

Timbunan/lambkan coklat di HIG untuk di pilih
Timbunan/lambkan coklat di HIG untuk di pilih
gps koordinat HIG : 6°19'31.1"N 99°50'58.6"E
google map ke HIG:


RAMS
Selain Idaman Suri dan HIG, terdapat satu lagi tempat shopping tumpuan buat para kaum ibu iaitu RAMS. Perniagaan hampir sama untuk ketiga-tiga tempat ni. Korang boleh la nak compare harga yang mana paling murah. Bagi yang purposely datang Langkawi nak shopping je, aku cadangkan korang jalan-jalan dulu cuci mata kat tiga-tiga tempat ni, pastu baru korang beli. Bak kata pepatah bijak membeli menang memakai (harap pepatah tu match la dgn story aku..hahaha). RAMS ni terletak di Pekan Rabu, Kuah. Disebabkan aku terlupa nak snap gambar RAMS ni, bagi tidak menghampakan korang, aku minta tolong pakcik google yang snapkan. So, gambar RAMS ni adalah ehsan pakcik google.
RAMS
RAMS (gambar ehsan pakcik google)
Penutup hari pertama aku kat Langkawi, Kami menikmati makan malam di restoran medan selera nelayan di Bukit Malut, Kuah. Memang sedap makan kat situ, aku rekomen la kat korang. Tapi nak tunggu makan sampai agak lambat. Korang dinasihatkan untuk terus bersabar. Detail pasal medan selera nelaya Bukit Malut ni korang boleh tengok posting aku yang lepas.

Hari kedua diteruskan lagi dengan pengembaraan yang menyeronokkan. Permulaan kami dimulakan dengan sarapan pagi di medan selera HIG, betul-betul dihadapan komplek HIG. Disebabkan dan plan hari kedua untuk ke tempat lain, maka kami tidak mahu dah masuk dalam komplek HIG tu walaupun bini aku meronta-rotan tak tahan tengok tempat shopping yang tersegam indah di depan mata.

Gamat Nusantara
Selepas dan sarapan, tidak lengkap kalau datang ke Langkawi ni tak berkunjung ke tempat memproses gamat. Jadi kami pun singgah di Gamat Nusantara yang terletak betul-betul dekat jalan utama Kuah-Airport. Terdapat pelbagai jenis produk berasaskan gamat terdapat di sini. Maka, terubat la juga niat bini aku nak shopping, shopping gamat. Kat bahagian hujung banggunan tu, ada rumah kecil yang di dalamnya terdapat dua kawah besar gamat yang sedang dimasak (boleh rujuk video) untuk dipamerkan kepada pengunjung yang datang.
Replika botol minyak gamat nusantara
Replika botol minyak gamat nusantara

Pelbagai produk berasaskan gamat
Pelbagai produk berasaskan gamat

Tempat memasak minyak gamat
Tempat memasak minyak gamat

Lokasi tepat berkenaan Gamat nusantara ni, boleh rujuk google map dibawah dan juga gps koordinat adalah seperti berikut:
6°19'23.4"N 99°46'33.5"E


Padang Matsirat
Lokasi seterusnya, kami menuju ke Padang Matsirat. Dekat Padang Matsirat ni, terdapat tapak beras terbakar yang mengikut sejarah beras tersebut sengaja dibakar bagi mengelakkan pihak Siam merampas beras tersebut untuk bekalan makanan mereka. Tetapi yang lagi menarik untuk kaum ibu bukan la beras terbakar ni. Yang menjadi tarikan ibu-ibu adalah laluan ke tapak beras terbakar tu. Sebabnya, sepanjang laluan tu, kiri kanan adalah tempat shopping (shopping lagi). Nak beli baju cop langkawi ke, nak beli saguhari ke, kat sini antara tempatnya.
kedai-kedai sepanjang laluan ke tapak beras terbakar
kedai-kedai sepanjang laluan ke tapak beras terbakar

Tapak beras terbakar
Tapak beras terbakar

sample beras terbakar yang dikutip
sample beras terbakar yang dikutip 

Penceritaan kisah beras terbakar
Penceritaan kisah beras terbakar
gps koordinat untuk ke Padang Matsirat/beras terbakar ni adalah seperti berikut :
6°21'16.4"N 99°43'52.1"E
Google map beras terbakar:


Langkawi Wildlife Park
Dah settle jalan-jalan di Padang Matsirat, kami melawat pulak ke Langkawi Wildlife Park. Makan tengahari kat area berdekatan Langkawi Wildlife Park gak. Tapi aku tak review tempat makan tu sebab tak best..hihihihihi....Langkawi Wildlife Park ni ala-ala macam zoo la gak, cuma binatang kat Langkawi Wlidlife Park ni tak sebanyak macam dalam zoo tu. Special kat sini, kita boleh bagi makan kat binatang-binatang. Binatang yang ganas-ganas macam buaya diorang tak kasi la. Makanan binatang tu kena beli, bukan bagi binatang tu makan burger ek....ada pelbagai jenis makanan dalam satu bekas ikut kesesuaian dengan makanan binatang. Biasanya dekat kandang ada bagitau jenis makanan yang binatang tu makan, so pilih la makanan yang di suggest yang ada dalam bekas makanan yang korang beli tadi tu....Yang paling best bagi makan burung, burung apa ntah aku tak tau nama dia (boleh tengok dalam video kat bawah)...
Langkawi Wildlife Park
Langkawi Wildlife Park

Boleh bergambar dengan burung sebenar




Lokasi Langkawi Wildlife Park ni lebih kurang 8km dari Kuah. Tempat agak ke dalam sikit melalui jalan-jalan kampung. Boleh guna gps koordinat ataupun google map seperti di bawah:
6°23'16.1"N 99°51'43.0"E

Dah puas berjalan, penutup hari kedua, kami makan malam di restoran GM Burger yang terletak di Kuah. Ingatkan restoran ni menu burger je, rupanya macam-macam ada. Makanan sedap juga la kat sini. Boleh lihat berkenaan restoran ni dalam posting aku yang lepas.

Hari ketiga kami di Langkawi ni, planning nak pergi Island Hopping pagi tu. Pagi ketiga tu hujan sangat lebat. Island Hopping ni kena naik bot melawat tiga buah pulau iaitu Pulau Beras Basah, Pulau Dayang Bunting dan Pulau Singa Besar. Sementara nak tunggu hujan berhenti, kami sarapan dulu di medan selera berdekatan dengan dataran helang. Selesai sarapan kami terus bergegas ke jeti bot untuk Island Hopping di Pekan Rabu, Kuah. Tapi malangnya, kami ketinggalan bot, terpaksa tunggu bot sebelah petang.

Oriental Village Langkawi
Disebabkan dah terlepas bos untuk Island Hopping, sementara nak tunggu bot pukul 2 petang, kami jalan-jalan dulu kat Oriental Village Langkawi. Banyak benda menarik kat sini dan yang paling famous tak lain tak bukan cable car ler. Datang time cuti sekolah memang beratur panjang le jawabnya. Aku tak plan untuk naik cable car tu, hanya jalan-jalan ke kat oriental Village ni.  Selain cable car yang naik ke gunung Mat Cincang, banyak aktiviti lain yang menarik juga ada di sini.
Pintu masuk Oriental Village Langkawi
Pintu masuk Oriental Village Langkawi

Tasik di tengah-tengah Oriental Village Langkawi
Tasik di tengah-tengah Oriental Village Langkawi


Langkawi Island Hopping
Macam aku dah cakap tadi, Island Hopping ni diorang akan bawa kita naik bot ke tiga pulau iaitu Pulau Beras Basah, Pulau Dayang Bunting dan Pulau Singa Besar. Kami pilih untuk naik di jeti Kuah. Jeti ni terletak di Pekan Rabu, Kuah. Aktiviti ni ambil masa sikit. Lebih kurang 4 jam la nak complete pusing pulau-pulau tu. Mula-mula kami di bawa ke Pulau Beras Basah. Kat Pulau tu kami ditinggalkan dalam sejam untuk buat aktiviti bebas. Biasanya orang akan mandi kat pantai tu. Pantai yang agak bersih dah jernih juga la. Yang penting sekali ingat bot yang kita naik tadi, sebab bot banyak dok ulang-alik ambil penumpang. Kita akan maintain bot yang kita naik tu dari mula sampai balik nanti. Ingat number bot!!!!..
Bila dah sejam berlalu, bot pun datang ambil untuk ke destinasi lain pulak iaitu Pulau Singa Besar. Kat Pulau Singa Besar ni just duduk dalam bot je sambil tengok burung helang makan. Makanan bro bot akan baling dalam laut. Lepas tu helang tu pun datang ambil makanan.
Dah puas tengok burung helang makan, kita akan ke destinasi terakhir iaitu Pulau Dayang Bunting. Kat Pulau Dayang Bunting ni, diorang bagi masa sejam gak untuk pi panjat bukit tu. Kat tengah-tengah pulau tu rupanya ada tasik air tawar untuk mandi manda. Aku tengok seram gak nak mandi, cam dalam je. Syarat utama kalau nak mandi kena pakai life jaket. Nak pakai life jaket, kena sewa kat diorang...nampak, pandai tak diorang bisness......walaupun ada laluan tangga nak ke tasik ni, agak mencabar jugak la ditambah kena hati-hati dengan monyet yang suka curi makanan. Pantang nampak plastik, mesti dikejar kita......
Pulau Beras Basah
Pulau Beras Basah

Pandangan dari laut, bukit berbentuk perempuan mengandung berbaring - Pulau Dayang Bunting
Pandangan dari laut, bukit berbentuk perempuan mengandung berbaring - Pulau Dayang Bunting

Bahagian depan untuk masuk ke Pulau Dayang Bunting
Bahagian depan untuk masuk ke Pulau Dayang Bunting

Tasik air tawar di tengah-tengah Pulau Dayang Bunting
Tasik air tawar di tengah-tengah Pulau Dayang Bunting

Kisah lagenda berkenaan Pulau Dayang Bunting - Allahualam kesahihannya...
Kisah lagenda berkenaan Pulau Dayang Bunting - Allahualam kesahihannya...





Dah selesai melawat semua pulau, so tiba masa untuk kembali ke jeti Kuah. Tiba di jeti Kuah tu dalam pukul 6 petang. Perut dah rasa lapar gila..maklum ka dari pukul 2 tadi tak jumpa makanan. So aku round area Pekan Rabu tu nak cari burger dan akhirnya jumpa gak kedai EE Burger. Beli bungkus, makan kat hotel. Malam last aku check in kat hotel dekat Tanjung Rhu.
Malam terakhir kami di Langkawi, dah penat sangat selepas beraktiviti Island Hopping, takde nak jalan-jalan dah malam tu. Hanya menikmati makan malam di restoran Airport Corner yang berdekatan dengan roundabot Airport Langkawi. Lepas makan balik hotel tido dan esoknya check out, sarapan dan terus menuju ke Airport untuk pulang ke Penang. Maka tamatlah percutian kami di Langkawi. Mungkin akan datang lagi sebab banyak lagi tempat yang masih belum dikunjungi. Murah rezeki kita jumpa lagi.

No comments:

Post a Comment