Laksa Ikan Sekoq Alor Setar

Laksa ikan sekoq ni memang famous. Dah banyak kali aku dengar tapi tak pernah berkesempatan untuk nak cuba sendiri. Alang-alang aku dah ada kat Alor Setar ni, aku gagahkan diri untuk terus cari dan mencari kedai ni..sampai aku tersesat...dan akhirnya pencarian aku telah menemui jalan tak buntu (aku dah sampai la) dek kerana pangilan ikan sekoq lebih kuat memanggilku ke sini..
Bahagian depan kedai laksa ikan sekoq
Bahagian dalam kedai laksa ikan sekoq
Nampak gerai macam biasa saja, tapi kehadiran orang kat sini luar biasa...sentiasa ada orang yang datang. Maybe orang luar yang nak cuba sendiri laksa ikan sekoq nih. Banyak artikel-artikel surat khabar yang owner ni 'frame' kan dan gantung kat dinding. Ada juga plat jalan-jalan cari makan TV3 tergantung dalam kedai ni. Gambar owner dengan Dr Azizan pun ada. Sebab tu la ke'famous'an laksa ikan sekoq semankin menjadi-jadi.


Jalan-jalan cari makan TV3
Antara keratan akhbar yang di'frame'kan - maaf silau tak dpt baca
Laksa dia memang sedap..terbaik! marvelous!...tak di nafikan lagi...tapi aku rasa ada tarikan lain yang orang melonjak-lonjak nak juga datang sini...orang nak tengok macam mana rupa laksa ikan sekoq nih...sangat rare..selalunya kita makan tak letak ikan pun..keunikkan yang owner ni buat memang menjadi..
laksa ikan sekoq 1
laksa ikan sekoq 2
Kalau bukan orang tempatan yang nak datang sini, memang korang kena guna bantuan GPS or google map..justeru itu , bagi merealisasikan hajat korang, aku bantu korang dengan gps koordinat dan google map...harap dapat membantu...
.
gps koordinat : 6°08'25.2"N 100°21'48.9"

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...