Adam Char Koay Teow - Jalan Permatang Pauh

Kali ni kita cuba pulak rasa char koay teow..camna ek rasa char koay teow ni? Tempat yang famous gak la kat kawasan Permatang Pauh ni, korang boleh try Adam Char Koay Teow yang terletak di alamat seperti dalam gambar di bawah ni:
alamat Adam Char Koay Teow

Adam Char Koay Teow - fast fresh delicious
Sedap gak la char koay teow kat sini. Aku boleh la nak rekomen korang untuk cuba sendiri..tempat ni dah lama wujud, cuba diorang ada buat sikit renovation kalau nak compare dengan dolu-dolu..Rasa masih sama, maknanya resepi masih terjaga dengan rapi..aku rasa la, tekak aku..tekak korang mungkin lain. Boleh pilih sama ada nak yang biasa atau yang besar..memang terbaik..!


sedapnya char koay teow ni.....urmmmm dap!
Selain tu ada menu tambahan lagi yang diorang sediakan, which is timbunan nasi lemak bungkus sambal ikan bilis + telur rebus. Tapi kebanyakan orang datang ni nak menikmati keenakkan dan kelazatan char koay teow...nasi lemak just untuk nak geli-geli je....
timbunan nasi lemak

nasi lemak sambal bilis + telur
Tempat ni senang nak cari...dekat dengan simpang empat traffic light jalan permatang pauh..simpang yang nak ke permatang pasir, arowana, sama gagah. Aku letak gak la kat sini gps koordinat dan google map untuk sapa-sapa yang datang dari luar kawasan aka bukan orang sini la..semoga dapat sampai ke sini dan selamat menjamu selera....
View kawasan Adam Char Koay Teow
GPS koordinat:
5°24'34.4"N 100°24'49.6"E

Google Map:

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...