1

2

3

4

Resepi Ikan Tongkol Masak Kicap

Ikan Tongkol Masak Kicap
Ikan Tongkol Masak Kicap

Bahan-bahan:
  • 1 ekor ikan tongkol saiz sederhana (lumur garam dan kunyit lepas tu goreng)
  • 8 ulas bawang merah - kisar
  • 3 biji cili hijau - hiris
  • 1/2 biji bawang besar - hiris
  • 4 ulas bawang putih - kisar
  • 2 sudu besar cili - kisar
  • 1 inci halia - kisar
  • sos tiram
  • sos tomato
  • sedikit cuka
  • kicap
  • gula dan garam secukup rasa
Cara Memasak Ikan Tongkol Masak Kicap:
  • panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan-bahan kisar tadi sampai harum dan garing
  • selepas itu masukan sos tomato, sos tiram, kicap, sedikit cuka dan sedikit air dan masak hingga mendidih
  • Akhir sekali, masukan cili hiris dan bawang dan sesuaikan rasa. selepas tu masukan gula dan garam secukup rasa. tutup api dan masukan ikan yang telah digoreng tadi dan gaul rata.
  • angkat lalu hindangkan dengan nasi panas, Mmmmmm Sedaaaap!

Makan di Medan Selera lotus Seri Tanjung Pinang, Tanjung Tokong, Pulau Pinang

Medan Selera lotus Seri Tanjung Pinang
Medan Selera lotus Seri Tanjung Pinang

Medan Selera lotus Seri Tanjung Pinang
Medan Selera lotus Seri Tanjung Pinang
Aku ada program family day kat area Tanjung Bungah...jadi kebetulan ada di sini, aku singgah la Lotus Seri Tanjung Pinang ni yang terletak di Tanjung Tokong untuk beli barang-barang keperluan untuk ber family day...

Di pendekkan cerita....aku laparπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚....jadi aku terus tuju ke medan selera dalam Lotus ni...banyak jugak pilihan makanan di Medan Selara ni...Tanpa membuang banyak masa, terus aku mengoder makananπŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…

nasi goreng belacan
nasi goreng belacan

mee goreng
mee goreng

sizzling yee mee
sizzling yee mee

nasi goreng udang
nasi goreng udang
Ok dah kenyang, jom sambung balik shoppingπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

GPS koordinat Lotus Seri Tanjung Pinang: 5.459167106053387, 100.30848294806931

Gerai Ali Char Kuey Teow & Ikan Bakar, Sungai Besar, Selangor

Gerai Ali Char Kuey Teow & Ikan Bakar
Ali Char Kuey Teow & Ikan Bakar
Aku singgah sini nak makan isi perut aku yang lapar ni si Sungai Besar, Selangor. Aku macam pelik sikit la gerai ni..sebab tajuk gerai ni Ali Char Kuey Teow & Ikan bakar....tapi bila aku masuk ke dalam, tempat ni seolah-olah macam food court la..ada 2-3 lagi gerai/kiosk dalam ni yang jual makanan yang lain😁😁😁😁
nak order masakan ala thai dan ikan bakar kat kaunter depan tu
nak order masakan ala thai dan ikan bakar kat kaunter depan tu😎
Dalam ni juga ada menu lain seperti Very nice burger, Char koay teow, Yong tau foo, Sotong celup tepung....Disebabkan aku ni lapar nasi, jadi aku order la nasi goreng daging dan telur dadar...
ni air aku..sekali order, 2 gelas terusss
ni air aku..sekali order, 2 gelas terusssπŸ˜…

nasi goreng daging telur dadar
nasi goreng daging telur dadar
not bad jugak la nasi goreng ni..layannnnnn....

Kalau korang nak try makan di sini, boleh cari di Pekan Sungai Besar ni..kalau dari jalan besar, kena masuk ke dalam sikit..GPS koordinat dan google map lokasi gerai ni seperti di bawah.

GPS koordinat: 3°40'26.5"N 100°59'10.1"E atau 3.674023, 100.986140

makan masakan ala thai di restoran Halimah Tomyam 2, Seri Manjung, Perak

 

Restoran Halimah Tomyam 2, Seri Manjung
Restoran Halimah Tomyam 2, Seri Manjung
On the way aku nak ke selatan ikut jalan dalam ataupun kalau korang guna highway WCE, terasa lapar la pulak...rasa nak makan petang..Kebetulan aku lalu di area Manjung ni, jadi aku cari la restoran yang sempoi-sempoi di sini. Ada banyak juga pilihan restoran kat sini...dalam banyak-banyak tu aku pilih restoran Halimah Tomyam 2 sebab aku nak makan masakan ala thai kat sini...yang simple-simple jer..makanan goreng-gorengπŸ˜‰πŸ˜‰..
menu Halimah Tomyam 2
menu Halimah Tomyam 2

menu Halimah Tomyam 2
menu Halimah Tomyam 2
Ikutkan menu kat atas tu, banyak jugak la masakan ala thai yang ada di sini...Dari menu-menu tu, aku order nasi goreng kampung, nasi goreng daging, nasi goreng ayam kunyit dan tomyamπŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹
nasi goreng ayam kunyit
nasi goreng ayam kunyit

nasi goreng kampung, telur mata
nasi goreng kampung, telur mata

nasi goreng daging
nasi goreng daging

tomyam
tomyam
Makanan pun sedap-sedap...jadi berbaloi la singgah makan petang aku di restoran Halimah Tomyam 2 ni... Kalau korang nak try makan di sini, boleh cari di Seri Manjung, Perak. GPS koordinat dan google map seperti di bawah.

GPS koordinat: 4°12'42.0"N 100°40'04.2"E atau 4.211652, 100.667835