1

2

3

4

Showing posts with label ikan tongkol. Show all posts
Showing posts with label ikan tongkol. Show all posts

Resepi Ikan Tongkol Masak Kicap

Ikan Tongkol Masak Kicap
Ikan Tongkol Masak Kicap

Bahan-bahan:
  • 1 ekor ikan tongkol saiz sederhana (lumur garam dan kunyit lepas tu goreng)
  • 8 ulas bawang merah - kisar
  • 3 biji cili hijau - hiris
  • 1/2 biji bawang besar - hiris
  • 4 ulas bawang putih - kisar
  • 2 sudu besar cili - kisar
  • 1 inci halia - kisar
  • sos tiram
  • sos tomato
  • sedikit cuka
  • kicap
  • gula dan garam secukup rasa
Cara Memasak Ikan Tongkol Masak Kicap:
  • panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan-bahan kisar tadi sampai harum dan garing
  • selepas itu masukan sos tomato, sos tiram, kicap, sedikit cuka dan sedikit air dan masak hingga mendidih
  • Akhir sekali, masukan cili hiris dan bawang dan sesuaikan rasa. selepas tu masukan gula dan garam secukup rasa. tutup api dan masukan ikan yang telah digoreng tadi dan gaul rata.
  • angkat lalu hindangkan dengan nasi panas, Mmmmmm Sedaaaap!

Rendang ikan tongkol@ikan kayu

Rendang ikan tongkol@ikan kayu
Rendang ikan tongkol@ikan kayu

Untuk 2 ekor ikan yang sederhana besar:
  • Bawang merah sebiji yg besar
  • Bawang putih 4 ulas
  • Cili kisar 2 sudu makan..boleh tambah cili api kalau nk pedas
  • Halia 1inci
  • Serai 3 batang
  • rempah kari ikan 2 sudu makan
  • asam keping 1 keping
  • gula kabung agak-agak je
  • santan pekat agak-agak ye
  • kerisik 2 sudu makan

Tips nak sedap ..sebelum blander goreng dulu sampai garing lepas tu semua blender sekali
Tumis pakai minyak yang di goreng tadi sampai bahan-bahan garing masuk kan ikan..kerisik dan santan..last tabur daun kunyit

selamat mencuba

Kredit resepi: siti fairuz mahn

PETUA NAK BEZAKAN IKAN TONGKOL HITAM & IKAN TONGKOL PUTIH

ikan tongkal hitam dan putih
ikan tongkal hitam dan putih

Bagi yang tidak biasa mengenai jenis-jenis ikan, pasti agak keliru bila disuruh beli ikan tongkol. Tidak sahaja anda, Saya sendiri pun keliru. Menerusi perkongsian di bawah ini mungkin boleh membantu.

Ikan Tongkol Hitam & Ikan Tongkol Putih. Boleh bezakan dengan mudah sahaja.

Yang sirip panjang - Tongkol Hitam (Ayor Itam @ Ikan Ayo Hitam)

Yang sirip pendek - Tongkol Putih (Ayor Puteh @ Ikan Ayo Putih)

★ Ikan Tongkol Hitam lagi sedap dari ikan tongkol putih. 

★ Kebiasaannya beza harga RM1-2 sahaja mahal yang hitam.

★ Bagi yang makan ikan ayor jadi gatal badan gatal hidung. Jangan makan yang ayor putih. Makan yang ayor hitam. Badan tak gatal, isi dia manis dan lemak macam tenggiri.

★ Nak beli tenggiri mahal sangat, beli je ayor hitam. Rasa takde beza.

Sumber : Nik Mohamad Khairi