1

2

3

4

Showing posts with label sotong goreng tepung. Show all posts
Showing posts with label sotong goreng tepung. Show all posts

Resepi Sotong Goreng Tepung

Bahan Utama:
  • 250 gram sotong segar, potong bulat (cincin)
  • 1 sdm jagung
  • 1 sdm sos tiram
  • 1 sdt minyak bijan
  • 1/4 sdt serbuk lada
  • 1/2 sdt garam
  • 1 biji telur ayam
Bahan Salutan Kering:
  • 3 sdm makan tepung gandum
  • 2 sdm tepung jagung
  • 1/4 sdt baking powder
  • 1/4 sdt baking soda
  • 1/4 sdt serbuk lada
  • 1/2 sdt garam
Bahan Tumis:
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih (cincang halus)
  • 1 batang daun bawang (dihiris)
  • 1/4 sdt garam
  • 1/4 sdt serbuk lada
  • 1/4 sdt gula
  • 1/2 sdt serbuk perasa
CARA PENYEDIAAN:
  • Campur rata bahan utama dan biarkan selama 15 minit.
  • Kemudian campurkan sotong ke dalam salutan tepung sampai semua permukaan sotong di saluti tepung.
  • Goreng dengan minyak panas yang agak banyak sampai kekuningan atau kecoklatan. Angkat dan tapiskan.
  • Tumis bawang putih yang dicincang tadi sampai kekuningan. Lalu tambahkan daun bawang dan cili padi. Kemudian masukkan garam, gula, lada dan serbuk perasa. Kacau sampai sebati.
  • Akhir sekali masukkan sotong goreng dan kacau dengan cepat.
  • Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA!

Resepi Sotong Celup Tepung

Sotong Celup Tepung
Sotong Celup Tepung

Bahan-bahan:
  • 1 kg sotong
  • 1 1/2 cawan tepung jagung
  • 3/4 cawan tepung bestari pedas 
  • 1/2 cawan tepung beras 
  • 1 biji telur
Cara-cara:
Satukan kesemua tepung,celup sotong ke dalam telur.. Kemudian golek sotong dalam tepung dan goreng ke dalam minyak yang panas. Api biar sederhana..Goreng sehingga garing. Tips untuk elakkan sotong meletup semasa menggoreng.. Rendam sotong dalam cuka makan, Selain untuk elakkan sotong meletup ia jugak untuk hilangkan hanyir sotong. 

Kredit resepi : Zurilawati Azmiy

Nak Cari Kari Kepala Ikan Yang Sedap, Boleh Datang Ke Restoran Pen Mutiara, Batu Maung, Bayan Lepas Pulau Pinang

 Serius la kari kepala ikan kat Restoran Pen Mutiara ni memang betul-betul power. Dimasak panas-panas dan dihidangkan dalam mangkuk kari yang besar. Jenis ikan korang boleh pilih nak ikan yang mana satu ikut citarasa korang la.

restoran pen mutiara
restoran pen mutiara

restoran pen mutiara
restoran pen mutiara

restoran pen mutiara
restoran pen mutiara
restoran pen mutiara
restoran pen mutiara

Restoran Pen Mutiara ni betul-betul dalam kawasan jeti nelayan. Restoran pun agak eklusif. Tidak hairan lah ianya sekali dengan hotel.
Selain kari kepala ikan ada banyak lagi menu pilihan yang korang boleh cuba. Bagi aku, aku pair kan kari kepala ikan tu dengan menu sotong goreng tepung dan juga kailan ikan masin.
sotong goreng tepung
sotong goreng tepung

kari kepala ikan
kari kepala ikan 
Restoran Pen Mutiara ni terletak di Batu Maung, Bayan Lepas. Ada satu lagi cawangan Pen Mutiara iaitu terletak di Jalan Selat, Butterworth.
Kalau korang nak datang ke restoran Kari Kepala Ikan yang sedap ni, korang boleh cari di Bayan Lepas. Jika masih pening, boleh je guna gps koordiant seperti dibawah.

gps koordinat : 5°17'08.6"N 100°17'20.9"E atau 5.285724, 100.289145

Restoran Desa Permata Ikan Bakar, Taman Desa Permata, Kuah Langkawi

Jika korang ada di Pulau Langkawi, Kedah, aku rekomen korang untuk makan di Restoran Desa Permata Ikan Bakar yang terletak di Pekan Kuah, Langkawi. Restoran Desa Permata ni korang kena masuk ke area perumahan sikit. Kawasan perumahan tu adalah Taman Desa Permata. Senang korang ikut je gps koordinat dan google map seperti kat bawah posting ni.
Restoran Desa Permata Ikan Bakar, Taman Desa Permata, Kuah Langkawi

Restoran Desa Permata Ikan Bakar, Taman Desa Permata, Kuah Langkawi
Ada banyak restoran ikan bakar di sini, tapi yang aku tengok kat pakcik google, ramai yang review Restoran Desa Permata Ikan Bakar ni dan kebanyakannya menyatakan restoran ni sangat sedap masakannya. So, berbekalkan kata-kata netizen, aku pun mengorak langkah untuk ke restoran Desa Permata Ikan Bakar ni.
Bila aku dah sampai, dah makan, ternyata kata-kata netizen benar belaka. Memang kena dengan tekak dan citarasa aku. Masakan memang sedap dan berbaloi. Tapi kalau korang rasa tak sedap terpulang la kan... tekak masing-masing. Korang boleh cuba restoran ikan bakar yang kat sebelah restoran desa permata ni,
boleh pilih sendiri ikan, udang ketam, sotong dan lain-lain untuk dimasak
Kalau datang sini, mesti la nak makan ikan bakar la kan. Jadi Korang boleh pilih sendiri ikan yang korang rasa nak makan, tapi ikut bajet korang la.. kalau bajet besar, boleh la ambil yang ikan mahal sikit. Ikan dan lain-lain aku tengok semua fresh-fresh. Rasa macam nak try semua jenis ikan. Tapi apakan daya, bajet tak mengizinkan. Apa yang aku makan, boleh tengok gambar kat bawah. Tu pun dah cukup menyelerakan bagi aku.
ikan bakar dan sambal yang sedap....makan sampai tinggal tulang beb

siput buluh masak sambal....sedapppp

sotong goreng tepung yang ranggup

penambah selera, petai bakar

ulam dan sambal belacan

menyejuk tekak aku, teh ais dan nescafe ais
Nampak sedapkan??? tu belum korang rasa lagi. Fuh terbaik. Kalau datang langkawi lagi, boleh repeat nih. Harap nanti owner restoran boleh la kasi discount sikit kat aku. Aku dah promote ikhlas dari hati ni...memang osem!!
Nak datang ke Restoran Desa Permata Ikan Bakar? Follow gps koordiant dan google map seprti dibawah:
gps koordinat : 6°19'44.4"N 99°51'43.0"E atau 6.329003, 99.861942

Makan gulai sembilang di Naim Gulai Sembilang, Kampung Sungai Pial, Bedong, Kedah

Restoran Naim Gulai Sembilang

Restoran Naim Gulai Sembilang
Naim Gulai Sembilang ni kalau nak ikutkan alamat penuh lokasi adalah F54 Jalan Tanjung Dawai, Kampung Sungai Pial, 08110 Bedong, Kedah. Kiranya laluan untuk korang nak ke Tanjung Dawai la. Lepas makan nak pergi shopping di Tanjung Dawai pun boleh.
Restoran Naim Gulai Sembilang ni kalau korang google dan korang telah pun google sebab korang tengah baca posting kat blog aku ni...hihihihi... Kat internet dah banyak orang review pasal restoran ni. Memang menjadi tumpuan orang ramai walaupun restoran Naim Gulai Sembilang ni terletak di kawasan kampung jer. Kalau nasib tak baik, korang kena tunggu kejap sebab semua meja full. Masa aku sampai pun meja full. Kena sabar tunggu....alang-alang datang dah jauh-jauh, so tunggu je la....
Restoran Naim Gulai Sembilang ni juga telah di terjah oleh team Jalan-Jalan Cari Makan TV3. Manakata memang famous la restoran Naim Gulai Sembilang nih.
jalan-jalan cari makan tv3
So, kalau dah sampai sini, jangan lupa la untuk mengoder gulai sembilang. Kalau tak order yang tu macam takda makna la korang datang jauh-jauh. Gulai sembilang memang sedap. Dimasak cara utara....perghhh.... Selain tu, korang kena try jugak sototng goreng tepung. Sotong goreng tepung diorang ni sekali tengok macam ayam goreng kfc, tapi rupanya sotong besar yang diorang guna. Biasa sototng goreng tepung restoran juga sotong yang kecil-kecil atau sedang-sedang je kan...
gulai sembilang

sotong goreng tepung

kailan ikan masin

ulam-ulaman

ikan kembong goreng
sambal













Untuk makan tengahari aku di restoran ni, memang tiptop la...sedap... Gambar-gambar tu hanya menu yang aku order je ek...ada banyak lagi menu yang ada di Naim Gulai Sembilang ni...
antara menu yang ada...
Kepada yang berhajat untuk singgah makan di Restoran Naim Gulai Sembilang ni, boleh la rujuk google map seperti di bawah. Aku sertakan juga gps koordinat untuk korang guna.
gps koordiant Naim Gulai Sembilang : 5°42'32.3"N 100°21'23.0"E atau 5.708983, 100.356396

Makan malam di Medan Ikan Bakar, Simpang Empat Hutan Melintang Perak

Medan Ikan Bakar di Simpang Empat Hutan Melintang, Perak salah satu tempat makan malam yang korang kena datang dan makan..sangat sedap! Aku dah banyak kali datang cuma kali ni berkesempatan untuk nak selitkan dalam blog aku ni.....Medan selera ni berdekatan dengan simpang empat traffic light jalan besar (boleh rujuk google map kat bawah)...
Medan Ikan Bakar Simpang Empat Hutan Melintang Perak
Medan Ikan Bakar Simpang Empat Hutan Melintang Perak

Pandangan depan medan ikan bakar
Pandangan depan medan ikan bakar

dapur tempat diorang masak
dapur tempat diorang masak
Alang-alang datang sini, jangan la order yang biasa-biasa jer...order la yang best-best sikit. Maka pada malam itu, aku kira makan besar la gak...Apa yang aku makan??  aku order siakap tiga rasa, siakap masak stim, ketam sambal, udang sambal, ikan kembong bakar, ikan pari bakar, sotong goreng tepung, tomyam campur, sayur kangkung belacan, telur dadar.....haaaaaaaa banyak tak kawan-kawan???hihihihihihihi....
Segala-galanya telah selamat berenang-renang dalam perutku yang meninggalkan rasa enak dan kesedapan melampau....melampau plak ayat aku ni hahahhaha..Ketam sambal yang sempoi, siakap tiga rasa yang enak ditambah dengan kuah tomyam yang maveluss....sotong goreng tepung yang osem dicicah dengan sos meletup-letup dalam mulut..perghhhhh.....rasa nak pi repeat lagi la kat sini. Oklah kawan-kawan, korang layan la gambar-gambar makanan yang aku sempat snap untuk blog ni....

Menikmati makan malam hasil laut fresh di Medan Selera Nelayan, Bukit Malut, Kuah, Langkawi

Tempat ni agak tersorok sikit, tapi bila dah sampai tengok orang penuh dalam kedai tu...parking pun penuh. Parking takde parking yang spesifik, korang kena pandai-pandai la ejas...Bila korang dah berjaya menikmati hidangan yang korang order, korang akan merasa sangat-sangat puas...tapi sebelum nak puas tu, ni aku nak story sikit....jeng jeng jeng......
Medan Selera Nelayan Bukit Malut, Kuah Langkawi

Pelanggan menanti hidangan dengan penuh kesabaran
Ok, apa yang perlu korang buat bila dah sampai sini? First korang kena pergi jenguk kat bahagian belakang-tepi kedai tu sebab kat situ la bermulanya segala hidangan makan malam korang hihihi...Kat situ korang tengok cam pasar jual ikan....harus diingat, bukan beli ikan untuk korang bawak balik masak sendiri, tapi korang pilih ikan fresh tu untuk dimasak sebagai hidangan makan malam korang kat situ la....
Ada juga buah-buah untuk hidangan sampingan korang....boleh pilih dan pilih dan pilih lagi......
Pelbagai makanan laut yang fresh sedia untuk dimasak

Siakap sedang menunggu turn untuk ditukar menjadi makaan korang

pilih yang mana berkenan
Daripada hasil pemerhatian aku dengan ikan-ikan fresh ni, dan juga hasil perbincangan mesra dengan bini aku, maka kami secara sebulat suara telah memilih seekor ikan siakap (saiz besar), beberapa ekor sotong dan beberapa ekor siput buluh untuk dikorbankan buat makan malam kami. Untuk melengkapkan lagi hidangan makan malam kami, setelah mendapat persetujaan dari semua pihak, kami meng'order' menu tambahan iaitu sayur campur dan juga sup ayam yang sempoi terbaik sedap!
pilihan kami yang telah dipersetujui semua pihak
Ikan siakap tu aku pilih buat siakap bakar disertakan dengan sambal. Sotong pada kebiasaannya aku suka dijadikan sebagai hidangan sotong goreng tepung, maka jadi ia sotong goreng tepung. Siput buluh pulak dimasak sambal yang ditambah dengan telur. Hasil daripada request aku tu, terjadi la hidangan seperti di bawah.........
Siakap bakar bersambal

Sotong goreng tepung

Siput buluh masak sambal

Sayur campur

Sup ayam yang super duper sedap
Pasal sup ayam tu, memang terbaiklah...sedap satu hal, ayam dalam tu bukan yang style dipotong dadu yang biasa aku order kat kedai-kedai lain, tapi ayam tu memang ketul ayam...bukan seketul, malah berketul-ketul.....
Pada yang nak datang sini, ataupun korang tengah bercuti di Pulau Langkawi, aku rekomen la untuk korang makan kat Medan Selera Nelayan Bukit Malut ni.....cuma satu je aku nak pesan kat korang....korang kena prepare mental dan fizikal untuk menghadapi kesabaran menunggu makanan korang siap....penantian satu penyiksaan bak kat muda mudi yang dok bercinta tu...tapi berbaloi tunggu habaq hang!!!!!
Korang boleh guna gps koordinat kat bawah ni or pakai google map yang aku tempek kat bawah ni jugak.......

6°19'10.0"N 99°47'45.4"E

Makan malam dekat Nurul Ikan Bakar Special di Pulau Pinang

Makan malam sempoi kat Penang ni, antara termpat yang korang boleh try cuba test adalah Nurul Ikan Bakar yang terletak berhampiran lebuhraya Tun Dr. Lim Chong dekat Gelugor. Ramai orang datang sini..Parking luas jugak la...tapi walaupun kawasan parking agak luas, memandangkan ramai yang datang, susah gak la nak cari parking...tapi korang sabar kejap...InsyaAllah ada nanti...penat je korang datang tapi sebab takde parking, korang patah balik tak jadi makan kat sini....
Nurul Ikan Bakar Special

Ikan-ikan/makanan laut semuanya fresh
Makanan laut yang terdapat kat sini semuanya fresh dan segar. Banyak menu yang korang boleh pilih berdasarkan makanan laut ni....Menu yang aku paling suka kalau datang sini adalah sotong goreng tepung dan siakap tiga rasa....Sotong goreng tepung memang terbaik...biasanya menu yang first sampai dulu, sotong goreng tepung ni la....ni yang agak parah sikit..terpaksa menahan nafsu agar sotong goreng tepung ni tak habis sebelum complete menu sampai....tapi biasaya nafsu akan tercabar dan tercalar gak la....tak boleh tahan....dalam masa 5 minit je dah lincin pinggan...hahahahaha..Siakap tiga rasa memang sedap...antara kedai yang pandai buat siakap tiga rasa ni....ikan yang ranggup, sos yang cukup rasa....
Menu-menu lain pun sempoi gak...ikut citarasa korang nak makan apa...kat sini antara yang terbaik dan famous la kat Penang....
Kat sini aku belanja korang gambar-gambar menu yang aku sempat snap untuk korang tengok dan terliur.....tapi harus diingat....bukan menu ni saja yang ada kat sini...ni yang aku order jer...

MONA ikan bakar & makanan laut - Kuala Perlis

Makan malam kat perlis, aku boleh suggest kat korang tempat ni...MONA ikan bakar, gerai MONA ni duduk dalam Kompeks Makanan Laut (KOMA LAUT) negeri Perlis. Kompleks ni dekat-dekat area Jeti Kuala Perlis...Sapa-sapa yang selalu pergi langkawi guna jeti ni, akan perasan kompleks ni..
Kompleks Makanan Laut (KOMA LAUT) negeri Perlis
MONA ikan bakar & makanan laut dalam KOMA LAUT
Segala makanan laut kita boleh pilih dulu..semuanya fresh...ikan, ketam, udang, sotong, kerang, kepah...pilih dan timbang, lepas tu diorang akan masak ikut apa yang kita nak.