Showing posts with label Bayan Lepas. Show all posts
Showing posts with label Bayan Lepas. Show all posts

Nasi Dalca Briyani, Bayan Lepas Pulau Pinang yang surrrrrrrr!

Nasi Dalca Briyani, Bayan Lepas
Nasi Dalca Briyani, Bayan Lepas
Kalau mai Penang, biasa kita mesti nak cari nasi kandar kan... Tapi yang ni macam rare sikit...Macam nasi kandar jugak...tapi yang ni adalah nasi dalca briyani. Terletak di Jalan Dato Ismail Hashim, Kampung Masjid, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang. Memang padu menang surrrrr.....
tu seperiuk kari dalca/gulai dalca
tu seperiuk kari dalca/gulai dalca

ayam masak merah pun seperiuk
ayam masak merah pun seperiuk
Standard kalau korang makan nasi dalca, menu mesti ada ayam masak merah, dalca semestinya dan juga jelatah timun....Sebab tu ayam masak merah dengan dalca seperiuk diorang buat.... Tapi kalau korang nak menu lain pun ada...ayam goreng pun ada...lauk macam nasi kandar pun ada...tapi tak banyak laaa..
boleh makan di kedai ni
boleh makan di kedai ni
Kalau ramai orang, korang kena besabar la sikit...kena beratur panjang....tapi jangan takut, korang akan di layan sebentar lagi..hahahahaha
Kesimpulanya, memang sedap, memang padu, memang surrrrr.....wajib repeat sekali lagi ni.....
Kepada korang yang nak try makan nasi dalca briyani ni, boleh la cari di Bayan lepas Pulau Pinang. GPS koordinat dan google map seperti di bawah sebagai rujukan korang.

GPS koordinat: 5.296788362437714, 100.2598643229391

https://maps.app.goo.gl/DHeXR6qCNKxHUq1F6

Makan Pagi @ Fizzy Cafe, Kampung Masjid, Bayan Lepas, Pulau Pinang

Fizzy Cafe, Bayan Lepas
Fizzy Cafe, Bayan Lepas

port sarapan pagi di Bayan Lepas
port sarapan pagi di Bayan Lepas
Fizzy Cafe di Kampung Masjid, Bayan Lepas Pulau Pinang ni adalah port viral untuk bersarapan pagi. Pagi-pagi memang penuh la Fizzy Cafe ni. Aku pun kebetulan nak ke airport, jadi alang-alang singgah la dulu Fizzy Cafe ni...dengar kata sempoiiii..

Parking susah sikit la..korang kena parking di tepi jalan yer. Kalau bertentangan dengan Fizzy Cafe ni, ada lorong taman perumahan, boleh juga parking di tepi-tepi jalan tu..leih selamat dari parking di tepi main road.

suasana dalaman macam ala-ala kampung sikit
suasana dalaman macam ala-ala kampung sikit

menu-menu sarapan di Fizzy Cafe
menu-menu sarapan di Fizzy Cafe
Dah nama cafe untuk makan pagi, tentu-tentu la menu pun semuanya adalah menu sarapan pagi. Menu sarapan pagi utama antaranya adalah nasi lemak, koay teow goreng, lontong, soto, mee kari, mee wantan..Menu sampingan lain adalah beberapa jenis kuih, roti bakar dan sate
nasi lemak ayam goreng
nasi lemak ayam goreng

kopi padu
kopi padu

makanan sarapan famili aku
makanan sarapan famili aku

roti bakar telur goyang
roti bakar telur goyang

lontong
lontong

mee kari
mee kari
Sedap-sedap sarapan pagi di sini. Sangat recommeded untuk korang try. Boleh cari Fizzy Cafe ni di Jalan Bayan Lepas, Kampung Masjid, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang. GPS koordinat dan google map adalah seperti berikut:

GPS koordinat: 5.296384507573975, 100.25897977121447

https://maps.app.goo.gl/No9pfUtfkA7VwnNdA

Port sarapan pagi sempoi di Bayan Lepas, Kedai Makan Mentari Pagi

 

Kedai Makan Mentari Pagi
Kedai Makan Mentari Pagi

Kedai Makan Mentari Pagi
Kedai Makan Mentari Pagi
Kedai Makan Mentari pagi di Bayan Lepas ni port sempoi untuk korang nak bersarapan pagi. Kedai Makan Mentari Pagi ni dah viral di media sosial terutamanya TikTok. Aku pun tahu kewujudan kedai ni dari situ jugak😅...Jadi untuk merasai sendiri menu viral di sini, maka aku pun cari ler sampai jumpa...korang waze or google map jer (seperti dibawah), pasti akan jumpa...tapi korang akan blur la sekejap bila waze dah sampai destinasi, sebab korang akan nampak cam gerai food court jer dekat tepi-tepi jalan tu....Sebenarnya Kedai Makan Mnetari Pagi tu, dekat belakang tu jer...korang slow-slow ushar, pasti akan jumpa punya lah😁...
boleh makan santai-santai bawah payung
boleh makan santai-santai bawah payung

boleh juga makan bawah bumbung warung tu
boleh juga makan bawah bumbung warung tu
Masa aku sampai ni, ramai la orang tengah makan...tengah beratur pun ada...yang beratur ni sebab tunggu meja kosong yer...bukan untuk beli take away...Aku pun terkona dgn barisan tu.. Masa aku sampai tu, kebetulan ada meja yang baru settle makan, terus ler aku pegi ke meja tu...tapi aku kena tegur beb dengan mamat yang tengah beratur tu😂😂😂😂...dia ingat aku nak potong line..mana aku tau yang beratur ni sebenarnya tengah tunggu turn meja kosong😅....
Senarai menu Kedai Makan Mentari Pagi
Senarai menu Kedai Makan Mentari Pagi
Makanan di sini pun sempoi-sempoi gak...rasa macam makan makanan klasik...dengan pinggan mangkuk yang style pinggan lama-lama...rasa macam zaman dulu-dulu😍...

Di sini, aku try la makan soto salbiah (ayam dan bergedil), mee kari ah hok (udang), nasi lemak bujang lapok (ayam goreng), roti bakar kaya raya manakala minuman pulak aku order milo raksasa (sejuk), kopi tarik langit dan teh tarik (sejuk)😋😋😋😋

mee kari ah hok (udang)
mee kari ah hok (udang)

soto salbiah (ayam dan bergedil)
soto salbiah (ayam dan bergedil)

nasi lemak bujang lapok ayam goreng
nasi lemak bujang lapok ayam goreng

milo raksasa (sejuk), teh tarik (sejuk)
milo raksasa (sejuk), teh tarik (sejuk)

kopi tarik langit
kopi tarik langit

roti bakar kaya raya
roti bakar kaya raya
Jadi kesimpulannya, makan kat sini memang terbukti sedap. Sangat recomended untuk korang pula nak try...Kedai makan ni buka dari pagi hingga ke tengahari...Boleh cari di Bayan Lepas, Pulau Pinang....Port sempoi sarapan pagi....

Bagi memudahkan untuk korang cari Kedai Makan Mentari Pagi ni, aku sertakan GPS koordinat dan google map sebagai rujukan korang.

GPS koordinat: 5.297849664684423, 100.26412553448743


Minum kopi di Brown Sugar Eatery, Bayan Lepas, Pulau Pinang

Brown Sugar Eatery
Brown Sugar Eatery

Brown Sugar Eatery
Brown Sugar Eatery
Peminat-peminat kopi, terutamanya perempuan yang suka sangat kopi hipster ni, kalau ada di area Bayan Lepas, boleh cari di Jalan Sultan Azlan Shah, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang. Cafe ni sempoi jer...betul-betul tepi jalan...Cafe pun takde la besar sangat, tapi sudah cukup memanggil-manggil peminat-peminat kopi untuk datang ke sini....

Ada pelbagai jenis kopi di Cafe Brown Sugar Eatery. Antaranya korang boleh tengok senarai menu kopi tu seperti gambar di bawah ni...

Senarai menu kopi di Cafe Brown Sugar Eatery
Senarai menu kopi di Cafe Brown Sugar Eatery
Aku try Signature coffee diorang..ada 2-3 jenis jugak la signature coffee. Tapi pilih untuk minum cremo latte.
cremo latte
cremo latte
Fuh! memang padu la kopi ni....Korang pun kalau lalu di sini, singgah-singgah la ke Cafe Brown Sugar Eatery.

Nak mudah, guna jer GPS koordinat dan google map seperti di bawah.

GPS koordinat:5°18'02.0"N 100°16'22.5"E atau 5.300562, 100.272902

Makan nasi kandar di Restoran Nasi Kandar Beratur 786, Bayan Lepas

 

banyak lauk/masakan nasi kandar
banyak lauk/masakan nasi kandar

Restoran Nasi Kandar Beratur 786
Restoran Nasi Kandar Beratur 786
Ni ada satu cerita di Bayan Lepas. Ada satu restoran nasi kandar iaitu Restoran Nasi Kandar Beratur 786 yang beralamat di 1-1-11, Summerskye Residence, Jalan Sungai Tiram 8, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang. Kira ni bangunan apartment la...tapi di bahagian bawah ada banyak kedai-kedai dan restoran.
pilih-pilih mana yang korang nak makan
pilih-pilih mana yang korang nak makan
Dari segi masakan, banyak juga la aku tengok..bersusun lauk-lauk nasi kandar ni. macam biasa kalau restoran nasi kandar, korang boleh pilih untuk makan nasi putih atau nasi briyani.Senarai harga setiap makanan adalah seperti di bawah. Tapi ni harga masa aku datang sini. Kalau masa korang datang tak pasti la harga masih sama ke tak.
Senarai harga makanan Nasi Kandar beratur 786
Senarai harga makanan Nasi Kandar beratur 786
Sedap gak la aku makan nasi kandar di sini. Ni kira first time la aku makan telur sotong kat nasi kandar😅😅, sebab terpengaruh dengan review yang selalu cakap kalau makan nasi kandar, wajib ambil telur sotong...😂😂😂
Nasi kandar telur sotong, ayam goreng, sayur kacang panjang
Nasi kandar telur sotong, ayam goreng, sayur kacang panjang

ni aku close up sikit nasi kandar aku makan
ni aku close up sikit nasi kandar aku makan😋😋😋😋
Kalau korang nak try, boleh la datang ke Nasi Kandar Beratur 786 ni. Aku sertakan kat bawah ni  GPS koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan korang...kalau korang nak datang ler..

GPS koordinat: 5°17'57.5"N 100°16'01.6"E atau 5.299304, 100.267113

Nak Cari Kari Kepala Ikan Yang Sedap, Boleh Datang Ke Restoran Pen Mutiara, Batu Maung, Bayan Lepas Pulau Pinang

 Serius la kari kepala ikan kat Restoran Pen Mutiara ni memang betul-betul power. Dimasak panas-panas dan dihidangkan dalam mangkuk kari yang besar. Jenis ikan korang boleh pilih nak ikan yang mana satu ikut citarasa korang la.

restoran pen mutiara
restoran pen mutiara

restoran pen mutiara
restoran pen mutiara

restoran pen mutiara
restoran pen mutiara
restoran pen mutiara
restoran pen mutiara

Restoran Pen Mutiara ni betul-betul dalam kawasan jeti nelayan. Restoran pun agak eklusif. Tidak hairan lah ianya sekali dengan hotel.
Selain kari kepala ikan ada banyak lagi menu pilihan yang korang boleh cuba. Bagi aku, aku pair kan kari kepala ikan tu dengan menu sotong goreng tepung dan juga kailan ikan masin.
sotong goreng tepung
sotong goreng tepung

kari kepala ikan
kari kepala ikan 
Restoran Pen Mutiara ni terletak di Batu Maung, Bayan Lepas. Ada satu lagi cawangan Pen Mutiara iaitu terletak di Jalan Selat, Butterworth.
Kalau korang nak datang ke restoran Kari Kepala Ikan yang sedap ni, korang boleh cari di Bayan Lepas. Jika masih pening, boleh je guna gps koordiant seperti dibawah.

gps koordinat : 5°17'08.6"N 100°17'20.9"E atau 5.285724, 100.289145

Restoran Kapitan, Bayan Bays, Queensbay. Bayan Lepas Pulau Pinang

Nasi kandar restoran Kapitan
Penat berjalan-jalan dan Queenbays Mall, kalau nak makan nasi kandar, kena keluar sikit dari Queensbay Mall sebab restoran kapitan ni berada betul-betul bertentangan dengan Queensbay Mall ni. Dalam Mall tu takde la nasi kandar.. nak makan fastfood banyak la. Restoran Kapitan ni dibuka 24 jam dan sentiasa ramai orang. Biasanya orang akan order nasi briyani claypot. Depa kata sempoi....
lauk-lauk nasi kandar

Restoran Kapitan

Restoran Kapitan
Ada banyak juga menu-menu lain selain nasi kandar yang korang boleh cuba. Lagi satu yang sempoi, korang boleh try roti naan ayam tandoori. Sedap gak arrr... Kalau ambil roti naan cheese, lagi sempoi.
roti naan ayam tandoori
Kepada yang nak ke sini aku sertakan alamat diorang, gps diorang...kalau tak cukup juga, aku selit sekali google map sebagai panduan dan rujukan korang.
Restoran Kapitan
89-G Persiaran Bayan Indah
11900 Bayan Lepas, Penang
gps koordinat : 5°20'02.3"N 100°18'27.1"E atau 5.333965, 100.307530

masakan ala thai di restoran Pak Hussin Tomyam Sungai Ara, Bayan Lepas Pulau Pinang

Restoran Pak Hussin Tomyam Sungai Ara

Restoran Pak Hussin Tomyam ni terletak di Sungai Ara, Bayan Lepas Pulau Pinang. restoran ni terletak dalam kawasan taman perumahan, tapi tak la ke dalam sangat sebab Pak Hussin tomyam ni betul-betul di simpang jalan yang nak masuk ke taman tu. Nak cari parking agak mencabar juga la. Korang kena bersabar sikit. Ikut nasib.
Restoran ni memang famous. Dah banyak blog review pasal resstoran Pak Hussin Tomyam ni. Korang nak makan siakap tiga rasa ke, masakan stim ke, sotong goreng tepung ke, korang order saja. Cuma untuk kunjungan aku ke sini kali ni, tak cukup bajet jadi aku order yang biasa-biasa saja hahhahahahahaha...
tomyam

sotong masak halia

nasi goreng paprik

nasi goreng kampung

mee goreng
Kepada yang nak datang ke restoran pak hussin tomyam ni, aku sediakan gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan untuk korang.
gps koordinat : 5°19'23.6"N 100°16'27.3"E atau 5.323208, 100.274242