Resepi ikan Kembung masak halia berkuah

Ikan Kembung masak halia berkuah
Ikan Kembung masak halia berkuah

bahan-bahan:
  • 3 - 4 ekor ikan kembung
  • 8 biji cili padi - diketuk atau dibelah 2
  • 3 ulas bawang merah - ditumbuk lasar atau diblender
  • 2 ulas bawang putih - ditumbuk kasar atau diblender
  • 1/2 lobak merah - dipotong bulat
  • 1 biji tomato sederhana besar dipotong 6
  • 1 biji bawang besar - dipotong 4 dan dicerai kelopaknya
  • 1 inci halia - hiris nipis seperti mancis
  • 1 sudu kecil lada hitam - ditumbuk kasar
  • 1/4 lada benggala - dipotong kecil
  • 1/2 sudu kecil pati ayam
  • 1/2 cawan air
  • sedikit kicap
  • sos tomato, sos cili, dan sos tiram
  • sedikit garam dan gula
Cara-cara memasak:
  • perap ikan dengan garam, serbuk kunyit, sos tiram dan sedikit serbuk lada hitam selama 20 minit.
  • kemudian panaskan minyak dalam kuali dan goreng ikan tadi, selepas tu bila dah nampak garing ketepikan. tumis bahan yang telah diblender tadi bersama halia sampai naik bau dan kekuningan.
  • kemudian masukan bawang besar, cili padi, lobak merah, dan lada benggala. selepas itu kacau sebatikan. masukan sos cili, sos tiram, sos tomato, sedikit kicap, dan air. kacau rata.
  • bila dah nampak mendidih masukan ikan yang telah digoreng tadi dan kacau rata.
  • akhir sekali masukan pati ayam, garam, gula, dan buah tomato. kemudian kacau rata dan sesuaikan dengan selera anda.
  • Selamat mencuba
Kredit Resepi: Norzianah Osman

No comments:

Post a Comment