![]() |
| Gulai Nenas Ikan Talang Tumis Darat |
Bahan :
- Ikan talang masin bahagian kepala, tulang dan isi. -rendam sekejap untuk kurangkan masin
- 1/2 biji nenas - dipotong kiub
- 300 ml santan
- 2 bungkus kecil rempah kari daging / udang
- 1-2 cawan air
Bahan tumis darat:
- 3 ulas bawang putih
- 4 ulas bawnag merah
- 1/2 sudu biji sawi
- 8-10 helai daun kari
- 4 sudu besar minyak
Cara-cara:
- Dalam periuk, masukkan tulang ikan talang dan kepala bersama serbuk rempah kari dan air secukupnya. Rebus seketika supaya rempah masak dan sehingga tulang dan kepala ikan lembut.
- Masukkan nenas dan isi ikan talang. Masak sehingga mendidih.
- Masukkan santan dan kacau rata. Masak lagi hingga mendidih dan kuah menjadi mesra. Rasakan garam. Hati hati kerana ikan masin tu ada ada garamnya sendiri.
- Tumis bahan tumis darat didalam kuali yang berasingan bersama sedikit minyak. Tumis sehingga garing dan wangi.
- Tuang bahan tumisan kedalam periuk kari tadi. Minyak tumis jangan dimasukkan semua.
- Kacau rata dan tutup periuk rapat supaya bau tumis meresap kedalam kuah.
- Lepas seketika bolehla dihidangkan.

No comments:
Post a Comment