RESEPI SOS BLACKPEPPER VIRAL DAN PERAPAN KAMBING

 

lamb grill
lamb grill

  • Panaskan 1 sudu besar marjerin atau Planta dalam api kecil sahaja.
  • Masukkan 1 ulas bawang putih dan 1/4 bawang holland yang telah diracik halus. Tumis sehingga naik bau.
  • Masukkan 1 tin sos spageti keju. 
  • Tambahkan air suam 1 cawan atau lebihkan jika pekat.
  • Masukkan 1  sudu besar serbuk cheese.(Optional) Kalau ada lagi sedap.
  • Tambahkan 1 sudip kicap lemak manis. Cikgu guna Jalen. Boleh tambahkan ikut kesesuaian warna kalau suka gelap. Masukkan 1 sudu kecil sahaja kicap masin untuk seimbangkan rasa.
  • Masukkan 2 sudu besar serbuk lada hitam. kisar halus. Juga masukkan 1 sudu besar gula.(Atau kurangkan sedikit jika banyak guna kicap lemak manis) Kacau sebati.
  • Tutup api setelah kuah mula mendidih. 
  • Siap.
Resepi Perapan Kambing: (Untuk 2-3 keping kambing)
  • Sediakan bahan perapan. Satukan dalam bekas. Kacau sebati semua bahan.
  • 1 senduk sos lada hitam
  • 2 sudu besar kicap lemak manis
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar mixed herbs
  • anggaran sukatan lebih kurang sahaja. Boleh ubah ikut kesesuaian citarasa.
  • Celup daging kambing satu persatu.
  • Perap sehingga 1-2 jam
  • Sedia untuk digrill atas bara api atau gunakan pan sahaja.
  • Balik-balikkan. Tak perlu lama untuk kekalkan kelembapan daging.
  • Akhirnya, hidangkan daging bersama kuah sos blackpepper.
kredit resepi: Afy AL Habibi

No comments:

Post a Comment