SANTAI BY THE GARDEN - Tempat terbaik untuk makan steamboat and grill di Sungai Petani

Restoran Santai By The Garden
Restoran Santai By The Garden

ada replika gitar besar kat tengah-tengah restoran
ada replika gitar besar kat tengah-tengah restoran
Kalau korang nak makan steamboat and grill yang sempoi dan sedap dan banyak makanan, korang boleh try di Restoran steamboat and grill SANTAI BY THE GARDEN yang terletak di Sungai Petani, Kedah. Harga untuk dewasa RM32.90 dan kanak-kanak 12 tahun ke bawah RM17.90. Kanak-kanak bawah 5 tahun free. Sekali bayar, lepas tu makan sampai kenyang๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚...Korang bajet sendiri la banyak mana korang nak makan berbaloi dengan korang bayar๐Ÿ˜…
kat kawasan tengah ni penuh dengan makanan untuk orang pilih
kat kawasan tengah ni penuh dengan makanan untuk orang pilih

penuh meja, kena tunggu meja kosong dulu baru boleh masuk
penuh meja, kena tunggu meja kosong dulu baru boleh masuk
Aku datang lepas solat maghrib. Ingatkan dah awal. Rupanya semua meja dah penuh. Jadi kena tulis nama dulu untuk tunggu giliran nak masuk. Parking kat luar pun penuh dengan kereta. Nasib aku baik dapat parking dekat dengan restoran.

Dah dapat giliran masuk, apa lagi, serbu la tempat makanan, tinjau-tinjau dulu nak makan apa. Korang boleh grill, korang boleh gak buat steamboat.

nak makan seafood, ketam udang kepah dah lain-lain boleh ambil di sini
nak makan seafood, ketam udang kepah dah lain-lain boleh ambil di sini

nak makan salad boleh ambil sini (yang depan tu siput buluh)
nak makan salad boleh ambil sini (yang depan tu siput buluh)

nak makan daging grill, boleh ambil sini (pelbagai jenis perapan)
nak makan daging grill, boleh ambil sini (pelbagai jenis perapan)

nak makan sayur-sayur, boleh ambil sini
nak makan sayur-sayur, boleh ambil sini

pelbagai jenis sos
pelbagai jenis sos
Selain gambar-gambar kat atas tu, ada banyak lagi la makanan yang ada. Tak sempat nak snap semuanya. Kalau korang datang, boleh explore sendiri. 

Jadi, apa lagi??? jom la ber 'steamboat and grill'๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹

ni masa awal-awal nak ber 'steamboat and grill, tempat masak pun berkilat lagi
ni masa awal-awal nak ber 'steamboat and grill, tempat masak pun berkilat lagi๐Ÿ˜…

dah nak masak ni
dah nak masak ni๐Ÿ˜‹

penuh meja dengan makanan
penuh meja dengan makanan๐Ÿ˜…
Memang berbaloi la makan di sini. Korang pun boleh try la sendiri. Restoran ni beralamat di JALAN PADANG TEMUSU, MUKIM SUNGAI PASIR, 08000 Sungai Petani, Kedah. Aku sertakan juga di sini gps koordinat dan google map sebagai rujukan korang kalau nak datang sini.

GPS koordinat:  5°36'48.8"N 100°28'22.6"E atau 5.613545, 100.472952

1 comment:

  1. minta tolong buh tarikh kt blog ni.. sbb hrga dh lain. tq

    ReplyDelete