Showing posts with label Cameron Highlands. Show all posts
Showing posts with label Cameron Highlands. Show all posts

Dah banyak kali dah ni aku mengeteh di ladang teh Cameron Valley, Tanah Rata Cameron Highlands

 

Ramai gila orang datang ke ladang teh Cameron Valley ni
Ramai gila orang datang ke ladang teh Cameron Valley ni

beli dulu makanan  di sini
beli dulu makanan  di sini
Dah banyak kali aku datang sini...asal pergi Cameron Highlands jer, mesti wajib singgah sini..keberapa kali pun aku dah tak ingat..Mula-mula rasa macam malas dah nak update pasal tempat ni sebab dalam blog aku ni pun sebenarnya dah ada 2 posting berkenaanCameron Valley ni๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…...... Satu tahun 2022 dan satu lagi tahun2019.... Fikir punya fikir punya fikir, aku post gak la untuk kali๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚...Simpan kenangan di dalam blog la katakan...
layan minum teh tarik dengan kek dan roti beserta mushroom sup
layan minum teh tarik dengan kek dan roti beserta mushroom sup

permandangan ladang teh yang sangat cantik
permandangan ladang teh yang sangat cantik
Ni kira aku datang waktu pagi..suhu masa ni sekitar 18 degree celcius disebabkan malam tadi hujan lebah, so boleh la feeling-feeling duduk oversea sekejap๐Ÿ˜…....

GPS koordinat lokasi: 4°27'26.7"N 101°21'58.0"E atau 4.457421, 101.366107

Sarapan Pagi Nasi Lemak Pandan di Restoran Ayahman, Kea Farm, Cameron Highlands

Restoran Ayahman, Kea Farm, Cameron Highlands
Restoran Ayahman, Kea Farm, Cameron Highlands

Restoran Ayahman, Kea Farm, Cameron Highlands
Restoran Ayahman, Kea Farm, Cameron Highlands
Aku punya strategik untuk elak jem di Cameron Highlands ni, hari terakhir aku di Cameron Highlands aku plan nak singgah Kea Farm untuk nak shopping sayur-sayuran sebelum balik. Aku balik ikut Simpang Pulai. Jadi untuk memastikan aku sempat sampai ke Kea Farm sebelum start nak jem, lepas aku check out hotel dalam 8 pagi, terus aku keluar menuju ke Kea Farm. Dah la aku duduk hotel di Tanah Rata, ambil masa sikit la nak ke Kea Farm.....

Dalam keluar awal tu pun, aku sangkut jugak dengan jem....tapi jem tu takde la jauh sangat dengan Kea Farm....so tak lama la aku nak hadap jem tu๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Nasi Lemak Panda Ayahman
Nasi Lemak Panda Ayahman
Jadi Sarapan pagi aku dah tentu la di Kea Farm. Dekat Kea Farm ni ada satu port sarapan pagi yang sempoi iaitu di Restoran Ayahman...Waktu pagi ada nasi lemak pandan yang ohsem...sedap dan padu...Selepas makan boleh la nak shopping sayur di sini....

Untuk pengetahuan korang juga, Ayahman ni juga terkenal dengan menu patin tempoyak....tapi menu patin ni untuk makan tengahari la...Boleh rujuk POSTING SINI berkenaan patin tempoyak di restoran ni...menu ni pun padu!

GPS koordinat restoran Ayahman Patin Pahang dan google mapboleh rujuk seperti dibawah.

GPS Koordinat: 4°30'14.2"N 101°24'26.6"E atau 4.503952, 101.407391

Taman Lebah (Bee Farm), berdekatan Kea Farm, Cameron Highlands

 

Taman Lebah (Bee Farm) Cameron Highlands
Taman Lebah (Bee Farm) Cameron Highlands

Taman Lebah (Bee Farm) Cameron Highlands
Taman Lebah (Bee Farm) Cameron Highlands
Taman Lebah (Bee Farm) ni terletak berdekatan dengan simpang ke Ladang Teh Boh Sungai Palas. Kalau nak naik cameron highlands dari Simpang Pulai or Gua Musang, Taman Lebah ni korang akan jumpa sebelum Hotel Copthorne. Kalau nak tengok lebah, kena turun ke bawah sikit...dekat situ ada kotak-kotak yang dibuat untuk lebah bersarang.
pintu masuk...masuk adalah percuma
pintu masuk...masuk adalah percuma

ada barangan untuk korang nak bershopping
ada barangan untuk korang nak bershopping

kegilaan para wanita
kegilaan para wanita๐Ÿ˜…
Standard la kan, berniaga la dulu,sebelum kita dibenarkan masuk tengok lebah. Tempat nak melawat bee ni korang kena turun dulu ke bawah. Free je nak tengok lebah tu...
tangga untuk turun ke ladang lebah
tangga untuk turun ke ladang lebah

pandangan taman lebah dari atas
pandangan taman lebah dari atas
Dalam kawasan shopping tu korang kena cari tangga yang menuju ke bawah..sebab di tingkat bawah tu la ada sarang buatan yang di huni oleh lebah-lebah.
ada replika patung lebah, tapi dah usang
ada replika patung lebah, tapi dah usang

kotak-kotak sarang lebah
kotak-kotak sarang lebah
Kalau dekat area ni lebah memang banyak la....cuma korang jangan la cuma nak kejar or ganggu lebah-lebah ni..dikhuatir lebah-lebah ni akan kejar korang plak๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚
lebah disarang lebah
lebah disarang lebah
Ok la bagi aku kalau nak bawa anak-anak jalan-jalan di sini. Cuma pesan kat anak siap-siap jangan dikacaunya lebah-lebah yang ada di situ. Bagi korang yang nak ke sini, aku sediakan GPS koordinat dan googel map sebagai rujukan dan panduan korang.

GPS koordinat: 4°30'32.7"N 101°24'31.9"E atau 4.509090, 101.408859


aiskrim rare, POPSTICK, di Kea Farm, Cameron Highlands

gerai jual aiskrim popstick di Kea Farm
gerai jual aiskrim popstick di Kea Farm
Aiskrim popstick ni memang rare la di cameron highlands ni...dekat tempat lain jarang la aku jumpa aiskrim popstick ni...kalau korang pernah jumpa di tempat lain tu, cer bagitau dekat komen... Trend di Cameron highlands rasanya dengan airskrim yang macam ni. Ada pelbagai flavor yang korang boleh pilih...
disusun cantik dalam peti sejuk macam ni
disusun cantik dalam peti sejuk macam ni

pelbagai jenis flavor dan color aiskrim popstick
pelbagai jenis flavor dan color aiskrim popstick
Selain daripada aiskrim, popstick ni juga ada pelbagai jenis popcorn dengan flavor yang berbeza. Ada juga popstick air....Tapi dari pemerhatian aku, pengunjung kebanyakan membeli aiskrim dari benda lain...
popstick popcorn
popstick popcorn
Aiskrim popstick yang aku jumpa ni, dekat Kea Farm...boleh la korang nak cari di sini.

GPS koordinat:4°30'13.4"N 101°24'25.5"E atau  4.503709, 101.407072

Menikmati panorama menarik di BOH Sungai Palas Tea Centre, Cameron Highlands

BOH Sungai Palas Tea Centre
BOH Sungai Palas Tea Centre

BOH Sungai Palas Tea Centre
BOH Sungai Palas Tea Centre
Ladang Teh BOH Sungai Palas tea centre ni terletak di atas bukit. Aku ni kira first time la sampai ke BOH Sungai Palas walaupun dah banyak kali datang ke Cameron Highlands. Aku macam tak pernah terfikir untuk datang ke BOH Sungai Palas dan lagipun aku tak pernah tahu pun akan kewujudan BOH Sungai Palas ni๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…

Kalau dari Brinchang, Landmark lokasi adalah ada simpang ke kiri selepas Kea Farm. Dari Simpang tu nak naik ke atas akan melalui jalan bukit ladang teh yang adakalanya agak sempit bila nak berselisih kereta.

Korang kena drive sampai la korang akan terjumpa parking kereta yang agak luas dan besar serta selesa la untuk nak parking...Tapi itu bukan pengakhiranya...๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

laluan ke atas BOH tea centre bermula di sini
laluan ke atas BOH tea centre bermula di sini

bermula di sini
bermula di sini

tengah-tengah perjalanan ada tempat untuk bergambar berlatar belakang 'BOH'
tengah-tengah perjalanan ada tempat untuk bergambar berlatar belakang 'BOH'

Pandangan dari atas laluan yang korang kena hadap
Pandangan dari atas laluan yang korang kena hadap
Cer tengok laluan tu, agak tinggi jugak kan...tapi jangan risau sebab takde la penat sangat..enjoy jer mendaki...sambil naik anak tangga, sambil enjoy view ladang teh yang cantik...Bila dah sampai di atas, lagi cantik permandangan yang korang boleh tengok sambil ber OOTD๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜Ž
ada cafe yang korang boleh minum teh boh dan juga makan-makan
ada cafe yang korang boleh minum teh boh dan juga makan-makan

ada juga Tea Shop yang korang boleh shopping produk BOH
ada juga Tea Shop yang korang boleh shopping produk BOH
Terdapat anjung dengan view ladang teh yang cantik, sesuai untuk bergambar...Selain tu, yang paling best, korang boleh melawat masuk ke kilang memproses teh yang terdapat di sini. Korang boleh tengok proses-proses untuk menghasilkan teh...cuma packaging tak di buat disini...Ada masa tertentu untuk melawat kilang tersebut dan tidak dibenarkan untuk ambil gambar bila berada dalam tu..so aku tak boleh nak explain kat korang la proses tu..kena datang sendiri tengok๐Ÿ˜…
kilang pemprosesan BOH
kilang pemprosesan BOH

waktu yang ditetapkan untuk lawatan ke kilang BOH
waktu yang ditetapkan untuk lawatan ke kilang BOH

tour kilang BOH bermula di sini
tour kilang BOH bermula di sini

teh dari daun hijau ke serbuk teh
teh dari daun hijau ke serbuk teh

permandangan dari balcony cafe
permandangan dari balcony cafe

balcony cafe
balcony cafe
Satu pengalaman yang menarik la bagi aku yang first time sampai ke BOH Sungai Palas Tea Centre ni๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚...Korang pun patut singgah ke sini kalau ke Cameron Highlands....Wajib datang ladang teh!

Sebagai panduan bagi yang first time nak ke sini, aku sediakan gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan korang.

GPS koordinat: 4°30'57.3"N 101°24'58.4"E atau 4.515915, 101.416214

Santai-santai di Cameron Valley Tea House 3 (Kuala Terla), Cameron Highlands

 

Cameron Valley Tea House 3 (Kuala Terla), Cameron Highlands
Cameron Valley Tea House 3 (Kuala Terla), Cameron Highlands

Cameron Valley Tea House 3 (Kuala Terla), Cameron Highlands
Cameron Valley Tea House 3 (Kuala Terla), Cameron Highlands
Ni kira tempat wajib la untuk aku singgah kalau ke Cameron Highlands. Dalam blog aku ni pun dan ada 2 posting pasal Cameron Valley Kuala Terla ni....Biasa la kan...ladang teh ni mana ada kat tempat lain..jadi ladang teh wajib jadi tempat persinggahan kalau ke Cameron Highlands...Posting aku pasal Cameron Valley Tea House 3 (Kuala Terla) ni boleh tengok (2020)di SINI dan juga di posting (2022) SINI.
ada surau yang selesa jugak la
ada surau yang selesa jugak la

macam surau kat kampung aku jer tengok
macam surau kat kampung aku jer tengok
Surau pun disediakan..tapi surau ni memang besar, kita satu bangunan ni kira surau Cameron Valley Tea House 3 Kuala Terla....Yang mana datang dari jauh tu, boleh solat jamak terus kat surau ni...
homemade carrot cake
homemade carrot cake

teh tarik paduuu
teh tarik paduuu
Korang boleh cari ladang teh ni di Kuala Terla, Cameron Highlands...Aku juga sertakan GPS koordiant dan google map sebagai rujukan dan panduan korang.

GPS koordinat: 4°32'42.9"N 101°25'15.6"E atau 4.545241, 101.421006


Makan malam western food di Barracks Cafe, Tanah Rata, Cameron Highlands

 

Barracks Cafe waktu malam
Barracks Cafe waktu malam

Barracks Cafe waktu siang
Barracks Cafe waktu siang
Barracks Cafe ni terletak di Tanah Rata Cameron Highland, Pahang. Barracks Cafe ni kebanyakan menu diorang adalah berkonsepkan western food. Yang menjadikan cafe ni rare adalah bentuk bangunan dan persekitaran cafe ni adalah berkonsepkan kem tentera zaman dulu-dulu...

Bangunan tu ada bangunan berek tentera ataupun tempat tentera bermalam. Di depan Barracks Cafe ni ada beberapa kenderaan tentera lama menjadi hiasan depan cafe ni.

dalam bangunan barracks cafe
dalam bangunan barracks cafe

gambar-gambar perang dalam album gambar
gambar-gambar perang dalam album gambar

gambar-gambar di gantung di sepanjang dinding dalam bangunan barracks cafe
gambar-gambar di gantung di sepanjang dinding dalam bangunan barracks cafe
Masa aku sampai di Barracks Cafe ni, hujan lebat la pulak...jadi tak dapat nak ambil gambar yang cantik-cantik sikit๐Ÿ˜‚...

Antara menu-menu makanan yang ada di Barracks Cafe ni adalah seperti dalam senarai menu seperti gambar di bawah ni.

menu minuman Barracks Cafe
menu minuman Barracks Cafe

menu makanan Barracks Cafe
menu makanan Barracks Cafe
Menu yang akan makan di sini adalah grilled sirlion steak, fish and chip (butter fish), spicy salmon aglio olio dan chocolate brownies...Sekadar nak mencuba western food diorang ni..tapi harga boleh tahan gak la๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜Ž
chocolate brownies
chocolate brownies

grilled sirlion steak
grilled sirlion steak

fish and chip (butter fish)
fish and chip (butter fish)

teh ais dan air panas
teh ais dan air panas

spicy salmon aglio olio
spicy salmon aglio olio
Dari segi rasa, ok lah, not bad gak...boleh la korang nak try..cuma harga kayangan la sikit..mungkin bagi aku yg B40 kot๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…...
Kaunter Barracks Cafe
Kaunter Barracks Cafe
Kalau korang nak try makan malam di sini, boleh cari Barracks Cafe ni di Tanah Rata, Cameron Highlands. Cafe ni betul-betul di sebelah jalan yang nak masuk ke Heritage Hotel. Aku sertakan juga GPS koordinat dan google map sebagai panduan korang untuk ke Barracks Cafe ni.

GPS koordinat: 4.469959119886282, 101.37426881296051