Showing posts with label Cameron Highland. Show all posts
Showing posts with label Cameron Highland. Show all posts

Santai-santai di Cameron Valley Tea House 3 (Kuala Terla), Cameron Highlands

 

Cameron Valley Tea House 3 (Kuala Terla), Cameron Highlands
Cameron Valley Tea House 3 (Kuala Terla), Cameron Highlands

Cameron Valley Tea House 3 (Kuala Terla), Cameron Highlands
Cameron Valley Tea House 3 (Kuala Terla), Cameron Highlands
Ni kira tempat wajib la untuk aku singgah kalau ke Cameron Highlands. Dalam blog aku ni pun dan ada 2 posting pasal Cameron Valley Kuala Terla ni....Biasa la kan...ladang teh ni mana ada kat tempat lain..jadi ladang teh wajib jadi tempat persinggahan kalau ke Cameron Highlands...Posting aku pasal Cameron Valley Tea House 3 (Kuala Terla) ni boleh tengok (2020)di SINI dan juga di posting (2022) SINI.
ada surau yang selesa jugak la
ada surau yang selesa jugak la

macam surau kat kampung aku jer tengok
macam surau kat kampung aku jer tengok
Surau pun disediakan..tapi surau ni memang besar, kita satu bangunan ni kira surau Cameron Valley Tea House 3 Kuala Terla....Yang mana datang dari jauh tu, boleh solat jamak terus kat surau ni...
homemade carrot cake
homemade carrot cake

teh tarik paduuu
teh tarik paduuu
Korang boleh cari ladang teh ni di Kuala Terla, Cameron Highlands...Aku juga sertakan GPS koordiant dan google map sebagai rujukan dan panduan korang.

GPS koordinat: 4°32'42.9"N 101°25'15.6"E atau 4.545241, 101.421006


Makan malam western food di Barracks Cafe, Tanah Rata, Cameron Highlands

 

Barracks Cafe waktu malam
Barracks Cafe waktu malam

Barracks Cafe waktu siang
Barracks Cafe waktu siang
Barracks Cafe ni terletak di Tanah Rata Cameron Highland, Pahang. Barracks Cafe ni kebanyakan menu diorang adalah berkonsepkan western food. Yang menjadikan cafe ni rare adalah bentuk bangunan dan persekitaran cafe ni adalah berkonsepkan kem tentera zaman dulu-dulu...

Bangunan tu ada bangunan berek tentera ataupun tempat tentera bermalam. Di depan Barracks Cafe ni ada beberapa kenderaan tentera lama menjadi hiasan depan cafe ni.

dalam bangunan barracks cafe
dalam bangunan barracks cafe

gambar-gambar perang dalam album gambar
gambar-gambar perang dalam album gambar

gambar-gambar di gantung di sepanjang dinding dalam bangunan barracks cafe
gambar-gambar di gantung di sepanjang dinding dalam bangunan barracks cafe
Masa aku sampai di Barracks Cafe ni, hujan lebat la pulak...jadi tak dapat nak ambil gambar yang cantik-cantik sikitπŸ˜‚...

Antara menu-menu makanan yang ada di Barracks Cafe ni adalah seperti dalam senarai menu seperti gambar di bawah ni.

menu minuman Barracks Cafe
menu minuman Barracks Cafe

menu makanan Barracks Cafe
menu makanan Barracks Cafe
Menu yang akan makan di sini adalah grilled sirlion steak, fish and chip (butter fish), spicy salmon aglio olio dan chocolate brownies...Sekadar nak mencuba western food diorang ni..tapi harga boleh tahan gak laπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜Ž
chocolate brownies
chocolate brownies

grilled sirlion steak
grilled sirlion steak

fish and chip (butter fish)
fish and chip (butter fish)

teh ais dan air panas
teh ais dan air panas

spicy salmon aglio olio
spicy salmon aglio olio
Dari segi rasa, ok lah, not bad gak...boleh la korang nak try..cuma harga kayangan la sikit..mungkin bagi aku yg B40 kotπŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…...
Kaunter Barracks Cafe
Kaunter Barracks Cafe
Kalau korang nak try makan malam di sini, boleh cari Barracks Cafe ni di Tanah Rata, Cameron Highlands. Cafe ni betul-betul di sebelah jalan yang nak masuk ke Heritage Hotel. Aku sertakan juga GPS koordinat dan google map sebagai panduan korang untuk ke Barracks Cafe ni.

GPS koordinat: 4.469959119886282, 101.37426881296051


Jagung Cheese viral di Kea Farm, Cameron Highlands

 

jagung cheese viral, Kea Farm
jagung cheese viral, Kea FarmπŸ˜‹πŸ˜‹

jagung cheese viral, Kea Farm
jagung cheese viral, Kea Farm😍😍
Ni dah macam inovasi makanan yang baru....jagung cup yang biasa-biasa kita makan dulu tu, sekarang ni diorang tambahkan cheese bersama bijiran jagung...dan viral!

Jagung cheese ni korang boleh cari di Kea Farm, Cameron Highlands. Tapi korang kena bertabahlah nak sampai Kea Farm ni...sebab Kea Farm ni lah punca jalam jem di Cameron HighlandsπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜ˆ

beratur panjang nak beli jagung cheese
beratur panjang nak beli jagung cheese
Disebabkan dah viral, jadi bila korang nak beli pun kena hadap jem gak..bukan jem kenderaan, tapi jem orang beratur nak beli jagung cheese niπŸ˜…...Bagi aku yang tak berapa minat cheese ni, jagung ni biasa-biasa saja...selera masing-masing kaaannnn
ni jer koisk kecil yang menjadi igauan peminat jagung cheese
ni jer koisk kecil yang menjadi igauan peminat jagung cheese😁😁😁😎

bijiran jagung di campurkan dengan cheese
bijiran jagung di campurkan dengan cheese

ni masa cheese dah penuh leleh, ditarik-tarik panjang-panjang
ni masa cheese dah penuh leleh, ditarik-tarik panjang-panjangπŸ’ͺπŸ’ͺπŸ˜‹
Boleh la cari jagung cheese di Kea Farm kalau korang ke sini..tu pun kalau mamat indon ni masih jualπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚.....

GPS koordinat Kea Farm: 4°30'14.7"N 101°24'24.9"E atau 4.504094, 101.406929


Peminat coffee starbucks di Cameron Highlands, boleh cari di Tanah Rata

 

Starbucks, Tanah Rata, Cameron Highlands
Starbucks, Tanah Rata, Cameron Highlands

Starbucks, Tanah Rata, Cameron Highlands
Starbucks, Tanah Rata, Cameron Highlands
Walaupun di tempat tinggi, Starbucks tetap ada!!πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚..Ini mengembirakan peminat-peminat coffee hipster terutamanya penggemar-penggembar starbucks. Korang boleh cari Starbucks ni di Tanah Rata di Cameron Highlands ni...Minum coffee panas-panas di tempat sejuk ni memang ngam la..tambah-tambah lagi suhu masa aku datang ni 18 darjah celcius.
dapat la 2 cawan coffee starbucks
dapat la 2 cawan coffee starbucksπŸ˜πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹
Lokasi starbuck ni mudah jer nak cari...boleh usha di deretan bangunan kedai disepanjang jalan utama di Tanah Rata ni...GPS koordinat dan google map starbucks ni boleh rujuk seperti di bawah.

GPS koordinat: 4°28'14.2"N 101°22'40.3"E atau 4.470612, 101.377859


Nasi Lemak Abang Strawberry, Taman Sedia, Tanah Rata, Cameron Highlands

 

Restoran Nasi Lemak Abang Strawberry
Restoran Nasi Lemak Abang Strawberry

Restoran Nasi Lemak Abang Strawberry
Restoran Nasi Lemak Abang Strawberry
Sebenarnya dah banyak kali aku ke restoran Nasi Lemak Abang Strawberry ni...Asal ke Cameron Highlands jer, mesti akan singgah sini....Dalam blog aku ni pun dah 2 kali aku post pasal Nasi Lemak Abang Strawberry ni...korang boleh rujuk posti aku yang PERTAMA tahun 2019 (klik sini) dan KEDUA tahun 2022(klik sini) tu....

Jalan nak masuk ke Restoran Nasi Lemak Abang Strawberry agak mencabar sikit dengan jalan yang sangat jem yang kebanyakkan kereta menujuk ke arah Abang Strawberry ni.

ladang strawberry ni mesti ada punyalah
ladang strawberry 
Sistem order tahun ni yang aku pergi, ada perubahan sikit daripada tahun-tahun yang sebelumnya...Cara nak order tu korang kena send QR code menu untuk order..selepas order jangan lupa bayar dulu di kaunter...Kalau tak bayar, makanan korang tak akan sampai ke meja anda.
kawasan tempat makan yang luas
kawasan tempat makan yang luas

gerai jualan produk Abang Strawberry
gerai jualan produk Abang Strawberry

Walaupun ada banyak menu makanan, tapi aku tetap nak juga makan nasi lemak abang strawberry ni...Nasi lemak memang padu la nak habaq kat hang...
bekas air pun pinky
bekas air pun pinkyπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

nasi lemak abang strawberry, ayam goreng crunchy
nasi lemak abang strawberry, ayam goreng crunchy

nasi lemak abang strawberry, ayam goreng crunchy
nasi lemak abang strawberry, ayam goreng crunchy
Seperti biasa, nasi lemak ni masih mengekalkan warna pink sebagai tema nasi lemak abang strawberry.. Selain sambal biasa, diselit jugak sambal strawberry hasil produk diorang sendiri.

GPS koordinat abang strawberry dan google map adalah seperti di bawah.

GPS koordinat: 4°28'43.6"N 101°22'54.1"E atau 4.478764, 101.381686

Gerai roti canai sarapan pagi di Tanah Rata, Cameron Highlands

gerai sarapan pagi roti canai Tanah Rata
gerai sarapan pagi roti canai Tanah Rata

gerai sarapan pagi roti canai Tanah Rata
gerai sarapan pagi roti canai Tanah Rata
Pagi-pagi di Cameron Highlands dengan cuaca yang sejuk ni..dapat makan roti canai panas-panas untuk sarapan pagi memang ngam la...tambah-tambah lagi suhu masa ni sekitar 18 degree celcius...Memandangkan aku duduk di hotel area Tanah Rata, jadi aku cari roti canai area Tanah Rata ni je la...dan terjumpalah gerai jual roti canai...landmark dia adalah ada Ambank kat depan seberang jalan tu....
makan lain yang ada di gerai ni untuk sarapan pagi
makan lain yang ada di gerai ni untuk sarapan pagi
Kalau korang taknak roti canai, makan sarapan yang lain pun ada...ada nasi lemak...ada kuih muih...ada bihun goreng, mee goreng,megi goreng...
layan teh tarik panas-panas
layan teh tarik panas-panas

karipap pun layan gak la
karipap pun layan gak la

roti canai banjir
roti canai banjir
dah kenyang sarapan, jom kita mulakan jalan-jalan di Cameron Highlands ni...tapi bertabahla sikit dengan jem yang pekat likat melekat niπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚...

GPS koordinat dan lokasi gerai roti canai ni boleh rujuk seperti di bawah.

GPS koordinat: 4°28'13.7"N 101°22'34.3"E atau 4.470474, 101.376185

The Coffee Bean & Tea Leaf Cameron Centrum, Brinchang Cameron Highlands

Cameron Centrum, Brinchang
 Cameron Centrum, Brinchang

The Coffee Bean & Tea Leaf
The Coffee Bean & Tea Leaf
Sekarang ni kalau korang pergi Cameron Highlands, jangan terkejut Cameron dah ada Mall Shopping Complex. Dalam tu macam-macam kedai ada. Antaranya The Coffee Bean & Tea Leaf ni lah. So peminat kopi boleh la singgah di Cameron Centrum yang terlatak di Brinchang.
antara menu yang ada di restoran ni
antara menu yang ada di restoran ni

biskut, kek dan segala bagai la untuk korang
biskut, kek dan segala bagai la untuk korang
Malas aku nak tulis menu-menu yang ada kat sini, aku snap je menu tu cam dalam gambar kat atas tu😁...Aku pun beli kopi tapow bawa balik hotel je.. malas nak minum situ sebab dah lewat malam. Nak balik hotel gelap gak jalan kat cameron highland ni..cuma malam tak jem je laaa...
kopi yang aku tapow tu
kopi yang aku tapow tu
GPS koordinat The Coffee Bean & Tea Leaf : 4°29'44.4"N 101°23'23.9"E atau 4.495674, 101.389977

Big Red Strawberry, Brinchang, Cameron Highland

Big Red Strawberry
Big Red Strawberry
Big Red Strawberry ni aku dah pernah datang dulu masa tahun 2017. Boleh tengok dalam posting aku yang lepas DISINI. Dah lama la jugak tak masuk ke sini. Malas nak masuk sebab nak kena drive panjat bukit. Bukit yang pacak plak tu. Kalau terlebih muatan, tak naik kereta, kena turun semua orang dulu, baru boleh panjat bukitπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚...

Tapi sebab dah lama sangat tak masuk ke Big Red Strawberry ni, jadi nak masuk la lagi sekali. Nak makan kat atas bukit tu, ada cafeπŸ˜…

ladang strawberry
ladang strawberry

ladang salad
ladang salad
Kebanyakan tanaman yang ada dalam ni adalah salad dan strawberry. Kalau tengok salad tu, semua gemok-gemok dan segar bugar. Rasa macam nak pi kunyah mentah-mentahπŸ˜†πŸ˜†
ada Big Red Cafe
ada Big Red Cafe

tempat makan
tempat makan
Aku masuk je ke Big Red Strawberry ni, terus cari cafe yang duduk kat bahagian hujung sebelah atas. Nak try makan di situ pulak. Malas nak jalan-jalan kat tempat lain😊... Makan santai-santai jer kat sini. Aku makan big red chorus, strawberry float dan french fries.
strawberry float
strawberry float

french fries
french fries

big red chorus dan ais krim
big red chorus dan ais krim

complete set makan santai aku
complete set makan santai aku
Walaupun tempat yang tinggi dan kalau nak panjat bukit pacak ni yang struggle kalau ramai penumpang dalam kereta, namun masih ramai yang gigih nak naik ke sini. Kalau korang pun berhati kental dan gigih nak naik jugak, boleh cari Big Red Strawberry ni dengan gps koordinat dan google map seperti dibawah.

GPS koordinat: 4°29'43.9"N 101°23'12.1"E atau 4.495522, 101.386680