Showing posts with label muzium. Show all posts
Showing posts with label muzium. Show all posts

Jalan-jalan ke Muzium Negeri Kelantan di Kota Bahru

Muzium Negeri Kelantan
 Muzium Negeri Kelantan
Bangunan ini telah didirijan dalam tahun 1930an sebagai Pejabat Tanah Kota Bharu. Dalam tahun 1990 pengubahsuaian telah dilakukan untuk menjadikan bangunan ini sebagai balai pameran dan pejabat Perbadaran Muzium Negeri Kelantan. Di muzium ini dipamerkan tentang sejarah Negeri Kelantan dan kebudayaan seperti wayang kulit, mak yong dan lain-lain alat muzik traditional secara umum dan satu ruang legar yang khusus untuk pameran sementara yang diadakan dari masa ke semasa. Muzium Negeri ini telah disempurnakan perasmiannya oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Al Sultan Kelantan pada 6 ogos 1990.
ruang legar pameran
ruang legar pameran
Bagaimana nama Negeri Kelantan diperolehi?๐Ÿ˜Ž.... Mengikut cerita masyarakat tempatan, sebelum menjadi negeri, dipanggil oleh orang -orang patani "Klang Tang". Kedua-dua bahasa ini dari perkataan siam iaitu "Klang" bererti tengah dan "Tang bermaksud tempat. Maka jadilah "Klang Tang" itu "tempat tengah" kerana pelayaran orang-orang pattani ke Terengganu terpaksa berhenti di tempat tengah yang menjadi perantaraan antara Pattani dan Terengganu sebagai persingggahan sementara. Ada juga versi lain berkenaan asal usul nama kelantan ini. Boleh baca di Muzium ini

Banyak kisah-kisah sejarah berkenaan Kelantan ada di Muzium ini. Berikut adalah gambar-gambar berkenaan barangan bersejarah yang terdapat di dalam Muzium Kelantan.

peralatan tradisional masyarakat Kelantan
peralatan tradisional masyarakat Kelantan

penceritaan Sejarah di Jajahan-Jajahan di Kelantan
penceritaan Sejarah di Jajahan-Jajahan di Kelantan

wayang kulit Kelantan
wayang kulit Kelantan

replika Gua Cha
replika Gua Cha

replika Gua Cha
replika Gua Cha
Kepada yang ingin mencari Sejarah berkenaan Negeri Kelantan, boleh la datang ke muzium ini. Disertakan GPS koordinat dan google map sebagai rujukan lokasi jika nak datang sini.

GPS koordinat: 6.1250469922395565, 102.23829840608943

Mengimbau masa silam di Muzium Time Tunnel, Cameron Highland

 

Time Tunnel, Cameron Highland
Muzium Time Tunnel, Cameron Highland
Salah satu tempat menarik yang korang boleh singgah di Cameron Highland adalah muzium Time Tunnel. Muzium ni rare sikit. Lain dari yang lain. Mungkin takde kena mengena dengan Cameron Highland. Biasa kan orang cari strawberry ke, sayur ke, minum teh ke kan kan kan๐Ÿ˜…

Bila masuk sini, budak budak mungkin tak sempat la dengan barang-barang lama yang ada dalam ni. Tapi yang tua bangka macam aku ni, bila tengok barang lama, teringat masak kecik-kecik, barang tu pernah aku guna, kalau tak guna pun pernah tengok mak pakai.. memang mengimbau kenangan silam๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ

dapur minyak tanah
dapur minyak tanah
Paling aku ingat dapur minyak tanah macam dalam gambar kat atas tu. Mak aku masak guna dapur ni la dulu-dulu masa aku kecik. Sekarang dah takde orang guna. Dah masuk muzium, jadi barang antik๐Ÿ˜‚..
tv hitam putih
tv hitam putih
TV hitam putih ni pun sempat aku merasa tengok masa kecik dulu. Sekarang semua tv dah canggih-canggih dah.
mainan kanak-kanak
mainan kanak-kanak
Banyak lagi la bila tengok dalam ni boleh menetek ayaq mata ooooooo๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…... Lagi kalau rumah korang pernah ada suis lampu macam gambar kat bawah ni, kita geng✌✌
suis lampu
suis lampu
Dan banyak lagi la barang-barang lama dan dah jadi rare sekarang ni yang ada di muzium time tunnel ni. Antara gambar-gambar lain yang aku sempat snap, boleh tengok di bawah ni.
pinggan mangkuk lama
pinggan mangkuk lama

pelbagai barangan antik
pelbagai barangan antik

jenis-jenis telepon lama
jenis-jenis telepon lama

belangga lama
belangga lama
Begitu la ceritanyaaaaaa...... Kalau korang teringin nak masuk ke muzium time tunnel ni, datang la ke Cameron Highland, Pahang. Aku sertakan GPS koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan korang.

GPS koordinat : 4°29'48.8"N 101°23'42.1"E atau 4.496876, 101.395022

Muzium Perang (war museum) di Batu Maung, Pulau Pinang yang penuh mistik

 

Muzium Perang (war museum) Batu Maung
Muzium Perang (war museum) Batu Maung

Muzium Perang (WAR Museum) ni adalah tempat asal kubu tentera British yang dibina oleh British pada tahun 1930. Tujuan ia dibina adalah untuk melindungi Pulau ini dari serangan musuh terutama dari Selat Melaka. Kubu ini dibina oleh banduan-banduan yang mengambil masa 7 tahun untuk disiapkan. Bagi mengelakkan rahsia pertahanan dikubu ini terbongkar, banduan-banduan tersebut pada akhirnya dibunuh agar kerahsiaan kubu dikekalkan.

Pada tahun 1942, kubu ini jatuh ke tangan tentera Jepun selepas pemtempuran yang sengit. Tentera Jepun menjadikan kubu ini sebagai pusat tahanan dan penyeksaan selama lebih kurang 2 tahun sebelum menyerah kalah kepada tentera Berikat pada tahun 1945 yang menandakan tamatnya perang dunia kedua.
pedang dan senjata lama
pedang dan senjata lama

senjata lama dan topi tentera
senjata lama dan topi tentera

laluan utama masuk ke muzium
laluan utama masuk ke muzium

Muzium ni kalau dilihat agak menyeramkan. Mungkin kerana struktur bangunan adalah bangunan asal yang sebenar. Mengikut kisah kubu ini, pada zaman tersebut, banyak pembunuhan berlaku di sini. Maka tidak hairan la seringkali ada penampakkan mahkluk lain berkeliarkan di sini. Muzium ini juga dikatakan muzium paling berhantu di Asia. National Geographic pula menyatakan muzium ini antara 10 tempat muzium paling berhantu.
tempat hukuman pancung kepala
tempat hukuman pancung kepala

tempat hukuman gantung sampai mati
tempat hukuman gantung sampai mati

kubu ini berkeluasan kira-kira lapan hektar termasuk membina terowong bawah tanah, pejabat perisikan, pusat logistik, stor peluru, dewan, pejabat, saluran angin, ruang meriam, tempat tidur, tempat memasak, penjara dan dispensari.
Setiap laluan melintasi bangunan-bangunan di sini agak menyeramkan. Di tambah pula kawasan hutan yang sunyi. Jika berseorangan lagi menambahkan keseraman.
bangunan pejabat tentera
bangunan pejabat tentera

gambar yang menunjukkan keadaan sebenar suatu masa dahulu
gambar yang menunjukkan keadaan sebenar suatu masa dahulu

bangunan penjara
bangunan penjara

Ada banyak lagi bangunan-bangunan lain yang menyeramkan.

senjata untuk tembak kapal terbang musuh
senjata untuk tembak kapal terbang musuh

'6-inch breech loading gun' dipasang pada tahun 1941
'6-inch breech loading gun' dipasang pada tahun 1941

Ada bangunan yang di bina di bawah tanah sebagai kubu perlindnugan. Gambar di bawah ni salah satu kubu bawah tanah tersebut.
pintu masuk ke kubu bawah tanah
pintu masuk ke kubu bawah tanah
laluan sempit kubu bawah tanah
laluan sempit kubu bawah tanah


ruangan dalam kubu bawah tanah
ruangan dalam kubu bawah tanah

kena merangkak sejauh 7 meter
kena merangkak sejauh 7 meter

kena panjat setinggi 9 meter untuk keluar
kena panjat setinggi 9 meter untuk keluar 

Selain tu, pengunjung juga dapat melihat perbagai jenis bom jangka yang digunakan pada masa dahulu.

bom jangka
bom jangka

bom untuk peluang berani mati
bom untuk pejuang berani mati

replika bom
replika bom

Kesan kekejaman tentera Jepun yang menjadikan kubu ini sebagai pusat tahanan juga masih ada menyebabkan ada pengunjung yang lemah semangat akan menjadi terlalu takut.
Kepada yang nak datang ke sini, lokasinya adalah di Batu Maung, Pulau Pinang. Disertakan di sini GPS koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan untuk ke sini.

GPS koordinat : 5°16'53.3"N 100°17'19.5"E atau 5.281459, 100.288756

Jalan-jalan Muzium Arkeologi Lembah Bujang, Merbok Kedah


Muzium Arkeologi Lembah Bujang


Muzium Akreologi Lembah Bujang, Merbok, Kedah adalah tempat tinggalan sejarah yang banyak dipamerkan barang-barang purba terutamanya batu. 
Ianya juga adalah muzium arkeologi yang pertama yang dibina di Malaysia. Muzium ini telah dibuka secara rasmi oleh sultan Kedah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Abdul Halim Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan BadliShah pada 23 Januari 1980.
 Lembah Bujang merupakan tapak arkeologi yang paling dikenali orang pengkaji proto sejarah semenanjung tanah melayu. Ia adalah kerana kerajaan yang wujud dilembah bujang dalam abad ke 2 dan 15 masihi banyak meninggalkan warisannya. Setakat ini sebanyak 87 tapak warisan kerajaan tersebut telah dijumpai di Lembah Bujang. Antara warisan tersebut ada yang dijumpai terkumpul dalam satu kawasan yang luas dan strategik. 
Barang-barang tinggalan sejarah
Kawasan yang terkenal dengan tinggalan arkeologi yang boleh ditakrif sebagai kompleks ialah Sungai Mas, Bukit Batu Pahat, Merbok, Bukit Pendiat, Bukit Choras, Sungai Batu dan kompleks pencandian pengkalan bujang.
Warisan lembah bujang diketahui wujud apabila Kolonel Lames Low, seorang residen british melaporkan jumpaan tersebut dalam tahun 1840-an. Penyelidik arkeologi di lembah bujang merupakan penyelidikan berterusan semenjak tahun 1960-an. Antara ahli arkeologi yang menghasilkan kajian tentang lembah bujang I.H.N Evans, QuaritchWales, Dorothy Wales, Alastair Lamb, P.A.V Peacock, Al-Rasyid, Adi Haji Taha, Nik Hassan Shuhaimi, Leong Sau Heng, Kamaruddin Zakaria, Supian Sabtu dan Zulkifli Jaafar.
Pameran-pameran dalam muzium
Selain pameran indoor, pengunjung juga boleh tengok tinggalan sejarah outdoor iaitu tapak sebenar tinggalan sejarah yang bersebelahan dengan bangunan muzium. Di situ ada tinggalan Candi Pendiat, Candi Bukit Pahat, Candi Pengkalan Bujang dan Candi Bendang Dalam.
Papan tanda arah empat Candi yang bersebelahan muzium

Pintu gerbang anak tangga yang menuju ke empat-empat candi tersebut

Candi Pendiat

Candi Bukit Batu Pahat
Penat juga la nak memanjat bukit tu. Bersebelahan dengan muzium ni juga ada air terjun yang agak unik sikit. Seolah-olah macam disimenkan batu-batu tu ataupun memang disimenkan itu tak pasti.
รกir terjun
Jadi, kepada yang nak datang ke Muzium Lembah Bujang ni, datang la ke Merbok Kedah. Disertakan juga disini gps koordinat dan google map untuk ke muzium lembah bujang ini.
gps koordinat : 5°44'17.1"N 100°24'52.1"E atau 5.738083, 100.414464

Muzium terbalik, UPSIDE DOWN, Ipoh Perak

Muzium Upside Down, Ipoh Perak
harga tiket Upside Down
Upside Down ni adalah muzium yang mempamerkan susun atur barangan secara terbalik. Kebanyakannya adalah susun atur barangan perabot yang selalu terdapat dirumah. So, dalam ni kita boleh bergambar secara yang relax-relax tapi bila tengok balik gambar tu korang akan nampak bertapa extreme nya korang bergambar. Kena tengok gambar tu secara terbalik, baru boleh nampak. Kalau korang masukkan gambar-gambar tu dalam desktop, rotate kan mengikut angle yang sesuai.
Muzium Upsiede Down yang aku pergi ni terletak di Ipoh, Perak. Masa aku datang sini, muzium ni baru dua minggu buka. Masuk je dalam muzium tu, terus boleh bau cat... maklum la baru buka sangat-sangat.
Tiket untuk pemegang mykad a.k.a rakyat Malaysia la, harga tiket untuk dewasa adalah RM16, untuk kanak-kanak pula RM10 manakala untuk warga emas RM10. Bagi kanak-kanak yang tinggi kurang dari 100cm, masuk adalah percuma.
Berikut korang boleh tengok contoh-contoh upside down yang ada di dalam muzium nih. Memang aku ambil semua gambar dalam ni, tapi tak boleh la nak share semua sekali, nanti takut nampak bersepah plak blog aku ni...dah la dah nampak bersepah dah..hahahaha.. Gambar-gambar tu aku dah rotate kan siap-siap untuk korang tengok..
bergantung pada bangunan tinggi

naik tangga secara terbalik

bergayut secara terbalik di dinding

aksi acrobatic
berani sangat la tu berdiri di hujung tangga
Kepada yang nak berkunjung ke Muzium Upside Down di Ipoh ni, boleh setkan gps korang mengikut gps koordinat yang aku dah sertakan di bawah ni.
gps koordinat upside down : 4°35'50.7"N 101°04'43.9"E atau 4.597407, 101.078854