Showing posts with label Padang Besar. Show all posts
Showing posts with label Padang Besar. Show all posts

makan masakan thai di Arked Niaga Padang Besar, Perlis

 

gerai-gerai jual makanan
gerai-gerai jual makanan
Kalau pergi Padang Besar, wajib kena singgah Arked Niaga. Di sini adalah syurga bagi geng-geng wanita dari sekecil-kecil kuman ke sebesar-besar alam...apa taknya, kat sini adalah tempat shopping. Selain mengekalkan bazar lama, gerai-gerai di bangunan baru pun banyak telah dibuka.Maka lagi meriah la Padang Besar ni.
teh ais
teh ais
Disebabkan aku dah lapar, jadi aku singgah la di salah sebuah gerai makan di sini. Kebanyakan adalah menu masakan ala thai la...dah Padang Besar ni sempadan kan dengan Thailand.....

somtam
somtam

nasi goreng paprik daging
nasi goreng paprik daging

yang ni aku lupa nama dia
yang ni aku lupa nama dia
GPS koordinat dan google map tempat ni adalah seperti di bawah.

GPS koordinat: 6°39'38.5"N 100°19'31.4"E atau 6.660680, 100.325383


Bukit Chabang Mari, Padang Besar, Perlis - tempat viral di Perlis!

 

Bukit Chabang Mari
Bukit Chabang Mari
Bukit Chabang Mari ni adalah tempat viral yang sering muncul di media sosial. Ramai pengunjung yang pernah datang ke sini share pengalaman mereka ber OOTD. Bukit Chabang Mari ni terletak di Padang Besar, Perlis. 

Cabaran paling utama untuk datang ke sini adalah korang kena lalu jalan kampung yang sempit, sekadar muat sebuah kereta jer...Masalah kalau kereta yang masuk dan yang nak keluar terlalu banyak...tempat untuk nak selisih tak banyak...ditambah plak dgn driver yang takut-takut...memang boleh mendatangkan marah ooooo...

Permandangan di kaki Bukit Chabang
Permandangan di kaki Bukit Chabang

kambing tengah makan
kambing tengah makan

boleh bagi makan kambing
boleh bagi makan kambing

nak bergambar dengan kambing pun boleh
nak bergambar dengan kambing pun boleh
Kebanyakan orang datang di sini nak ber OOTD disebabkan tempat ni memang cantik...ala-ala vibe oberC😅...masa aku datang ni rumput kering, mungkin sebab cuaca panas kot...Aku pun taknak lama-lama sangat kat sini, panas lit-lit....

So, kalau datang perlis, korang kena masukkan dalam list antara tempat-tempat menarik yang korang patut singgah.

GPS koordinat dan google map Bukit Chabang Mari adalah seperti berikut:

GPS koordinat: 6°36'10.5"N 100°15'31.3"E atau 6.602905335742413, 100.2586894056707

https://maps.app.goo.gl/wQZpYdFRY6HCuqkEA

Makan tengahari nasi campur di Warung Caen Selera kampung dan Tomyam, Padang Besar, Perlis

Warung Caen Selera kampung dan Tomyam
Warung Caen Selera kampung dan Tomyam
Warung Caen Selera Kampung dan Tomyam ni terletak di Padang besar, Perlis. Warung ni warung untuk korang makan tengahari. Ada pelbagai jenis masakan yang korang boleh try. Walaupun gerai ni tak besar mana pun, tapi sempoi gak la layan makan tengahari di sini.
pelbagai masakan untuk menu tengahari
pelbagai masakan untuk menu tengahari

ni nasi campur aku punya
ni nasi campur aku punya
Sedap gak la menu masakan di sini. Recommeded untuk korang makan di sini. GPS koordinat dan google map adalah seperti di bawah.

GPS koordinat: 6°39'30.3"N 100°19'06.8"E atau 6.658403, 100.318556

Restoran makan tengahari Mak Bedah, Padang Besar, Perlis

 

lauk tengahari Restoran Mak Bedah, Padang Besar
lauk tengahari Restoran Mak Bedah, Padang Besar

gambar ambil dari google map, Restoran Mak Bedah
gambar ambil dari google map, Restoran Mak Bedah
Restoran Mak Bedah ni terletak di Padang besar, Perlis Indra Kayangan. Mak Bedah ni dekat dengan stesen minyak petronas. Kalau korang jumpa stesen petronas, maknanya Mak Bedah ada dekat-dekat situ jer. Nak lagi spesifik, sebelah Mak Bedah ni ada kedai gunting rambut.

Tapi aku tak makan tengahari la di restoran Mak Bedah ni....Sebab aku sampai pun dah pukul 4 petang. Walaupun lauk tengahari masih ada saki baki, tapi aku pilih untuk makan megi sup, megi siam punya yang bungkuih kala merah.

megi sup ayam (megi siam)
megi sup ayam (megi siam)
Oklah sedap gak megi sup ni. Nanti mai lain, boleh repeat sekali lagi.

Lokasi GPS koordinat dan google map restoran Mak Bedah seperti Dibawah:

GPS koordinat :




Jalan-jalan Padang Waremart, Padang Besar, Perlis

 Kaki shopping mesti suka kalau pergi ke Padang Besar, Perlis terutamanya kaum wanita. Majoritinya macam tu la.. Orang laki kebanyakkannya tak suka shopping, jadi mangsa kena bawa beg shopping ja..hihihi 

Aku pernah datang sekali dulu, masa tu di bangunan lama. Boleh rujuk posting aku berkenaan Aked Niaga Padang Besar. Sekarang ni dah pindah tak jauh pun dari situ. Bangunan lama macam nak buat bangunan baru. Tempat shopping baru ni adalah Padang Waremart. Semua peniaga dalam tu.

Padang Waremart - tempat shopping
Padang Waremart - tempat shopping

Macam biasa la dalam Padang Waremart tu, kebanyakkannya adalah barang-barang Siam. Dalam tu terbahagi kepada dua bahagiaan. Satu bahagian jual barangan kain baju serta pinggan mangkuk dan satu lagi jual barangan makanan kering. Kalau makanan, orang biasanya akan cari pes tomyam. Pes tomyam yang pure Thailand punya. Pasti sedap.
barangan kain baju, pinggan mangkuk
barangan kain baju, pinggan mangkuk

barangan makanan kering
barangan makanan kering
Kalau nak cari makanan yang basah atau korang nak makan masakan thai, boleh tengok di depan Padang Waremart ni. Banyak gerai yang korang boleh cuba. Aku pun nak try juga makan masakan thai kat sini. Dalam banyak-banyak gerai tu, aku pilih Restoran Istimewa No.9 sebab nampak yang ni cam kayang sikit..hahaha.. yang lain berniaga buka khemah, yang Restoran Istimewa No. 9 ni duduk dalam bangunan.
Restoran Istimewa No.9
Restoran Istimewa No.9

Dalam Restoran Istimewa No.9
Dalam Restoran Istimewa No.9

Perut pun dah lapar, jadi terus je la order, aku try nasi goreng paprik ayam dan nasi goreng daging merah. Ada banyak lagi menu yang padu. Boleh rujuk senarai menu seperti di bawah.
menu1 - Restoran Istimewa No.9
menu1 - Restoran Istimewa No.9

menu2 - Restoran Istimewa No.9
menu2 - Restoran Istimewa No.9

nasi goreng daging merah
nasi goreng daging merah

nasi goreng paprik ayam
nasi goreng paprik ayam
Dah habis makan, boleh la sambung shopping. Banyak lagi tempat yang tak round kat sebelah luar Padang Waremart ni.
sebelah luar Padang Waremart pun banyak lagi gerai yang ada
sebelah luar Padang Waremart pun banyak lagi gerai yang ada
Kepada yang nak datang ke shopping ke Padang Besar ni, aku sertakan untuk korang GPS koordinat dan google map sebagai panduan untuk ke sini.

GPS koordinat : 6°39'43.9"N 100°19'30.8"E atau 6.662189, 100.325209

Warung makan tengahari Zabedah, Padang Besar, Perlis

 Aku sampai je Padang Besar, dah tengahari. Perut pun dah berdondang sayang. Macam-macam dah berbunyi. Jadi misi pertama sampai je Padang Besar, terus cari kedai makan. Dan akhirnya terjumpa Warung Zabedah ni. Sebab tengok ramai je orang datang makan tengahari, jadi terus je aku masuk. Kebanyakkan yang datang tu pekerja-pekerja sekitar kawasan tersebut yang keluar cari makan waktu lunch.

Warung Zabedah, Padang Besar
Warung Zabedah, Padang Besar
Nampak simple je kan warung ni. Takde deko-deko bombastik pun. Hanya tiang-tiang kayu yang beratapkan bumbung zink.

Menu pun simple je tapi padu. Paling aku suka ayam goreng. Goreng biasa je, tapi sedap plak aku bila aku makan. Gulai, sup dengan masak sambal pun sedap.

antara lauk makan tengahari di Warung Zabedah
antara lauk makan tengahari di Warung Zabedah

nidiaaaaa... sepinggan makan tengahari aku
nidiaaaaa... sepinggan makan tengahari aku
Lokasi Warung Zabedah Padang Besar adalah seperti google map di bawah.

GPS koordinat : 6°39'17.7"N 100°18'13.5"E atau 6.654909, 100.303740

Jalan-jalan cuci mata di Arked Niaga Padang Besar, Perlis

Arked Niaga Padang Besar, Perlis memang menjadi tumpuan orang ramai. Sesiapa saja yang pergi ke Perlis, balik saja ke tempat masing-masing, pasti orang akan tanya pergi shopping kat Padang Besar tak? Nampak tak pengaruh Padang Besar ni...seolah-olah tempat wajib untuk singgah..Para wanita memang syok la datang sini....suami-suami kena layan je la hobi para isteri masing-masing..hihihihihi...Bentuk rupa paras bangunan Arked Niaga ni, korang boleh tengok macam kat sebelah ni...bangunan dua tingkat yang penuh dengan peniaga-peniaga yang kebanyakannya orang Thailand...Antara barangan yang diniagakan di Arked Niaga Padang Besar ni, semestinya pakaian yang cantik-cantik....tak cukup nak shopping, kat depan bangunan Arked Niaga ni pun ada banyak lagi kedai-kedai disepanjang laluan...kat luar tu ada jual barangan yang besar sikit macam karpet, toto dan banyak lagi lah.....Gambaran dalam bangunan Arked Niaga ni, korang boleh tengok gambar kat bawah ni.
Pandangan keadaan dalam Arked Niaga Padang Besar, Perlis

Pandangan kedua keadaan dalam Arked Niaga Padang Besar, Perlis
Dah penat berjalan cuci-cuci mata, tangan pun dah penuh dengan hasil peng'shopping'an, dah tentu perut pun dah lapar. Korang boleh makan dekat deretan gerai yang ada disebelah arked Niaga ni macam dalam posting aku 'makan tengahari di bazar Padang Besar, Perlis' atau pun korang boleh makan di kedai makanan restoran chempaka yang bertentangan dengan Arked Niaga ni tapi ke bawah sikit. Restoran chempaka ni menyediakan masakan ala thai...peniaga pun orang Thailand.
Restoran Chempaka, Padang Besar Perlis

menu yang aku order, nasi patprik, nasi goreng patrik, nasi goreng kampung dan megi goreng
Bagi yang first time yang nak datang ke Arked Niaga Padang Besar ni, aku sediakan google map dan gps koordinat kat korang sebagai rujukan. Tempat ni betul-betul dekat pintu sempadan Malaysia-Thailand dan nak masuk ke kawasan shopping ni, kena bayar parking..ada pondok tol parking mula-mula bila korang nak masuk...
gps koordinat : 6°39'39.2"N 100°19'27.9"E

Makan tengahari di Bazar Padang Besar, Perlis

Haaa...dah sampai pun Bazar Padang Besar, Perlis. Nak pi cuci mata shopping aka window shopping sebab bajet tak berapa nak elok bulan ni..Banyak jual baju-baju je aku tengok...sekali-sekali terserempak dengan orang jual mainan...terjumpa je, ada drama anak-anak buat...drama nak mainan, hahahaha..beli la jugak yang murah-murah...Dah penat berjalan, kitorang cari la kedai makan kat situ...nak keluar tempat lain, kalau nak masuk balik kena bayar tol parking...so cari je lah kat dalam-dalam ni...Kat belah hujung tu ada gak la deretan kedai makan...memang ramai orang la..sebab kawasan tumpuan kan...kena sabar tunggu orang lain habis makan..sebab meja tak cukup nak menampung pengunjung yang ramai...Sebab Padang Besar ni dah sempadan dengan Thailand, korang mesti try tomyam...ala-ala Thai or tak pun angin Thai boleh sampai kat korang..hihihihi...
Antara menu yang ada kat salah satu gerai makan

Tomyam