1

2

3

4

Nasi Kandar Imigresen, George Town Pulau Pinang

Nasi Kandar Imigresen
Nasi Kandar Imigresen
Salah satu tempat famous nasi kandar di Pulau Pinang ni, adalah Nasi Kandar Imigresen yang terletak di Lorong Pasar, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang. Nasi Kandar Imigresen ni sebenarnya bukan la sebuah restoran besar, tetapi sekadar kiosk roda yang menumpang di depan restoran cina...Nak makan nasi kandar ni, kena beratur panjang la beb..Aku just beli takeaway jer...sebab tempat makan tak banyak..
kuah, lauk pauk nasi kandar imigresen
kuah, lauk pauk nasi kandar imigresen
Nak kata banyak sangat lauk pauk, macam tak masuk akal gak sebab nasi kandar imigresen ni mungkin dan famous kot...Jadi walaupun limited lauk, tetap ada peminatnya yang tersendiri.
joki nasi kandar sedang beraksi
joki nasi kandar sedang beraksi
Nasi Kandar Imigresen lebih sesuai kalau nak beli bungkus nasi kandar. Ini kerana tempat makan sangat terhad. Namum begitu jika masih nak makan juga di gerai ini, diorang boleh menumpang di gerai cina sebelah tu...Cina tu akan ambil order minuman...Aku rasa sebagai syarat untuk pelanggan Nasi Kandar Imigresen untuk tumpan makan di restoran cina ni.

Nasi Kandar Imigresen ni beroperasi setiap hari kecuali pada hari Rabu, Rabu diorang cuti. Boleh datang seawal jam 7 pagi sehingga la 7 malam...

beratur panjang di Nasi Kandar Imigresen
beratur panjang di Nasi Kandar Imigresen
Kepada yang nak datang ke Nasi Kandar Imigresen ni, aku sediakan gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan korang.

GPS koordinat: 5°25'04.6"N 100°20'18.0"E atau 5.417944, 100.338327

Resepi ikan bakar kuah percik

ikan bakar kuah percik
ikan bakar kuah percik

Bahan Kuah percik:
  • *Bawang merah kecil 
  • *Bawang putih 
  • *Halia 
  • *Cabai kering
  • *Serai
  • Blend semua yg bertanda *
  • santan pekat
  • garam
  • gula
  • serbuk perasa
  • asam keping
  • Masak semua diatas api.
Ikan temenung perap:
  • *Bawang merah
  • *Bawang putih
  • *Garam
  • *Halia
  • Tumbuk semua bahan & gaul dengan ikan.

Bakar ikan tadi ,dan tuangkan kuah percik ats ikan.

Ok selamat mencuba

kredit resepi: Nor Azirah

Resepi ayam ala korea

ayam ala korea
ayam ala korea 

Bahan-bahan:
8 ketul ayam
Tepung Goreng Ayam seri aji (suka hati nak guna jenama apa pun tak kisah)
1 biji telur
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:
Ambil sedikit tepung goreng seri aji dan lumut pada ayam. Perap semalaman.
Pecahkan telur dalam bekas berisi ayam dan gaulkan.
Golekkan ayam atas tepung dan goreng hingga masak.

Nota: 
Nak ayam yang rangup di luar dan lembut di dalam, goreng dalam periuk dan tutupkan periuk masa menggoreng. Dah masak.. angkat dan toskan.

Untuk Sira:
5 sudu sos cili (versi kurang pedas)
DAN TAMBAHKAN
8 tangkai Cili Padi Setan / Merah (versi pedas ala korea)
1 biji bawang putih
5 sudu madu
2 sudu sos tiram
Sedikit gula
1 sudu plum sos
Minyak untuk menumis

Cara-cara:
Tumis semua bahan dan sira pada ayam goreng

Kredit resepi: Ina Sehot

Resepi Roti Telor Cheese Bakar

Roti Telor Cheese Bakar
Roti Telor Cheese Bakar

Bahan-bahan:
  • 4 biji telur 
  • 2 sudu besar planta
  • Serbuk lada putih
  • Lada hitam kasar
  • Mushroom seasoning 
  • 1 sudu kecil mayonis
  • Kepingan cheese

Cara-cara: 
  • Rebus 4 biji telor kemudian kupas kulit telor dan masukkan dalam mangkuk, lenyekkan dengan garfu. 
  • Masukkan planta, serbuk lada putih, lada hitam kasar (black pepper coarse), musroom seasoning, dan mayonis. Gaul semua sehingga sebati  
  • Ambil roti, letak cheese sekeping dan sapu planta di bahagian luar roti  
  • Grill atas non-stick kuali, jangan letak minyak ke apa-apa, pusingkan sampai roti tu garing. 
  • Angkat. Potong tepi roti dan belah tengah. Makan panas-panas!

Kredit resepi: Yatiekitchen