1

2

3

4

Bihun soto ayam bakar

Bihun soto ayam bakar
Bihun soto ayam bakar 

Resepi Sup:
  • Tumis bawang merah bawang putih halia bunga lawang kulit kayu manis bunga cengkih dan buah pelaga
  • Masukkan air
  • Biarkan mendidih
  • Masukkan rempah sup adabi lada hitam 
  • Masukkan kaki ayam
  • Rebus sampai empuk
  • Masukkan kentang carrot daun saderi
  • Perasakan dengan cukup rasa garam aji
Resepi Ayam Bakar:
  • Perap bersama madu sos lada hitam halia bawang putih
  • Bakar di atas bara api

Suun - digoreng dalam minyak yg panas tapi buka api kecik ja takut hangit

Celur bihun 
  • Kemudian bila hidangkan masukkan bihun kuah sup kemudian baru tabur ayam bakar kacang goreng taugeh daun sup&bwg..
Sambal kicap
  • Cili api kicap bawang pth air limau gula ajinomoto.. Blender

Kredit resepi: zarazelah othman

Cendawan goreng kacang panjang

Cendawan goreng kacang panjang
Cendawan goreng kacang panjang

Bahan-bahan:
  • Bawang putih 3,4 ulas
  • Cili padi ikut cita rasa nak pedas mana
  • Lengkuas sedikit
  • Bilis sedikit,udang kering sikit sgt
  • Garam
  • Serbuk perasa (sedikit sangat)kalau suka

Caranya:

Tumbuk dan tumis bahan-bahan hingga separuh garing,masukkan cendawan.tumis hingga cendawan separuh masak,masukkan asparagus.tak perlu masukkan air sbb air akan keluar daripada cendawan yang telas kita basuh tadi..selamat mencuba..

Kelebihan jika meninggal dunia di Bumi Madinah

Sabda nabi saw:

مَنْ اسْتَطَاعَ أَنْ يَمُوتَ بِالْمَدِينَةِ فَلْيَمُتْ بِهَا ؛ فَإِنِّي أَشْفَعُ لِمَنْ يَمُوتُ بِهَا

Maksudnya: Siapa yang berkemampuan untuk meninggal dunia di Madinah, maka meninggallah di sana kerana aku akan memberi syafaat kepada mereka yang mati di sana.

Hadith riwayat al-Tirmidzi: (3917)


Doa Saidina Umar al-Khattab:

اللَّهُمَّ ارْزُقْنِي شَهَادَةً فِي سَبِيلِكَ وَاجْعَلْ مَوْتِي فِي بَلَدِ رَسُولِكَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Maksudnya: Ya Allah, kurniakanlah aku syahid di jalanmu, matikan aku di Negeri Rasulmu SAW (Madinah).

Hadith riwayat al-Bukhari: (1890)

RESEPI KANGKUNG BELACAN

KANGKUNG BELACAN
KANGKUNG BELACAN
Bahan- bahan:
  • kangkung (untuk satu pinggan hidangan) - dipotong
  • 10 ekor udang kecil (kalau taknak letak pun takpe)
  • minyak secukupnya
  • garam secukup rasa
  • air secukupnya

ditumbuk:
  • 2 ulas bawang putih *
  • sedikit belacan (guna sambal belacan pun takpe) *
  • satu tangkai cili merah

cara membuatnya:
  • panaskan sedikit minyak untuk menumis bahan tumbuk sehingga naik bau.
  • masukkan kangkung dan air, biarkan setengah masak.
  • masukkan udang dan gaul rata. perasakan dengan sedikit garam dan jangan biarkan sehingga sayur tersebut terlalu layu (terlalu lembik).
  • siap! hidangkan dalam pinggan.