1

2

3

4

Singgah makan di RNR Rawang arah utara, lain dari yang lain

food court RNR Rawang arah utara
Kalau kita travel jauh nak ke utara, kalau penat drive tu, boleh la singgah di RNR Rawang. Food court di sini lain macam sikit. gerai-gerai makan di sini banyak yang best-best, yang famous. Tak macam RNR yang lain, semuanya gerai biasa-biasa jer. Di sini ada Mohd Chan (makanancina yang halal), ada Hot Kambing (gerai kambing bakar), ada juga kenny rogers dan banyak lagi lah yang sempoi-sempoi.
gerai Mohd Chan (chinese food)

gerai hot kambing

mee kari Mohd Chan

dimsum Mohd Chan
Semua tu yang ada di food court. Kalau kita round di RNR ni ada banyak lagi makanan fast food yang ada seperti A&W, Dunkin Donut's, Sushi King.
Jadi memang best la kalau nak makan di sini. Fasiliti pun ok. Dijaga rapi oleh pihak plus.
gps koordinat : 3°19'46.5"N 101°33'29.6"E atau 3.329584, 101.558224

Nasi Arab Damsyik, Seremban, Negeri Sembilan

Restoran Nasi Arab Damsyik, Taman Melati Indah, Seremban
Restoran Nasi Ayam Damsyik ni terletak di Jalan Paroi - Senawang, Taman Melati Indah, 70450 Seremban, Negeri Sembilan.
Restoran Nasi Arab Damsyik seringkali menjadi tempat makan yang selalu dikunjungi oleh orang ramai. Sentiasa ramai orang yang datang untuk mencuba nasi arab di sini. Sememangnya makanan di Restoran Nasi Arab Damsyik ni sedap-sedap belaka.
Restoran Nasi Arab Damsyik, Taman Melati Indah, Seremban
Restoran Nasi Arab Damsyik ni buka dari jam 11 pagi hingga ke jam 11 malam setiap hari kecuali pada hari Selasa. Selasa tutup (diorang cuti). Cuma hari Jumaat restoran ni buka lewat sikit iaitu pada jam 2 petang hingga ke 11 malam. 
Ada banyak menu yang korang boleh pilih untuk makan. Di antaranya adalah wahid set, thaslasa set, khamsa set, ashara set, mashwi (grilled) dan pelbagai jenis kebab. Semua set-set tersebut berdasarkan bilangan orang untuk satu hidangan. Korang boleh pilih sama ada ayam atau kambing ataupun boleh ambil kedua-duanya sekali dalam satu hidangan (ayam dan kambing).
Untuk makan malam aku, aku pilih Thaslasa set kambing dan ayam macam dalam gambar dibawah ni.
nasi arab damsyik - thaslasa set (ayam dan kambing)
Nampak sedapkan? korang tak try lagi, dah try makan baru tahu sedapnya macam mana. Daging ayam yang lembut, daging kambing juga lembut. Makan memang feeling macam duduk kat arab lah rasanya.
Gambar kat bawah ni pulak adalah menu restoran nasi arab damsyik yang sempat aku snap.
menu makanan Nasi Arab Damsyik

menu minuman Nasi Arab Damsyik
Restoran Nasi Arab Damsyik ni jugak pernah diterjah oleh team Jalan-Jalan Cari Makan TV3 (JJCMTV3).
Jalan-Jalan Cari Makan TV3 (JJCMTV3) di restoran Nasi Arab Damsyik
Kepada yang nak datang ke sini, boleh cari restoran Nasi Arab Damsyik ni di alamat Jalan Paroi - Senawang, Taman Melati Indah, 70450 Seremban, Negeri Sembilan. Kalau masih blur-blur, boleh je guna gps koordiant dan google map seperti di bawah ni.
gps koordinat : 2°43'01.7"N 101°58'47.1"E atau 2.717146, 101.979738

Apa ada di Pantai Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan

Pantai Teluk Kemang, Port Dickson

Pantai Teluk Kemang, Port Dickson
Apa yang menarik di Pantai Teluk Kemang? Pantai teluk Kemang ni terletak di Port Dickson Negeri Sembilan. Memang sejak turun temurun lagi, Port Dickson terkenal dengan pantainya yang sentiasa dikunjungi oleh orang ramai. Rasanya semua rakyat Malaysia tahu tempat ni. Cumanya ada yang pernah sampai dan ada yang masih belum pernah sampai ke sini.
Pantai teluk Kemang ni akan menjadi sesak dengan manusia apabila tiba musim cuti sekolah ataupun cuti peristiwa tertentu. Kena bersedia la dengan keadaan yang kurang selesa terutamanya untuk ke bilik mandi. Bilik mandi pun sesak. Kadang-kadang sampai air tangki habis.
Pantai teluk Kemang ni sesuai untuk budak-budak nak mandi sebab ombak pantai tidak begitu ganas disamping pantainya yang landai dan tidak dalam. Cuma kena hati-hati sikit takut terpijak cengkerang digigi pantai.
Selain tu, pengunjung juga boleh mencuba aktiviti-aktiviti yang lain seperti banana bot dan sebagainya. Pelampong tayar juga boleh disewa di sini.

Jalan seksa dengan parking terhad
Jika lapar, jangan takut. Ada banyak kedai-kedai makan yang boleh disinggah di sepanjang Pantai Teluk Kemang. Jika datang dengan family yang besar, untuk keselesaan, dicadangkan untuk sewa Khemah (macam khemah pasar malam tu). Jadi takde la panas sangat kalau tengahari kan. Boleh juga buat BBQ atau aktiviti memasak. 
Kepada yang plan nak ke Pantai Teluk Kemang ni, boleh rujuk gps koordinat dan google map sebagai panduan.
gps koordinat : 2°27'15.2"N 101°51'20.2"E atau 2.454228, 101.855600

Kopi kaww punya di Mr. Manshor Kopitiam Power, Seremban

Kopi power
Mr. Manshor Kopitiam Power yang beralamat di Lot 717 Jalan Seremban - Kuala Pilah, 70400 Seremban, Negeri Sembilan mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. 
Orang datang ke Mr. Manshor Kopitiam Power ni untuk nak minum kopi. Banyak jenis kopi yang ada di sini dan semuanya harga agak mahal dari kedai-kedai biasa. Antara jenis-jenis kopi adalah kopi power (macam dalam gambar), kopi walid, kopi badam, kopi peria, kopi mahkota dewa dan banyak lagi. Semuanya tak kurang daripada 25 jenis kopi termasuk juga teh.
Kopi yang ada minum ni, kopi power, harganya adalah RM8 secawan. Yang paling mahal, kalau tengok dalam menu adalah kopi Double Extra Power yang berharga RM36 secawan. Harga-harga lain boleh rujuk dalam menu dibawah.
Menu kopi Mr. Manshor Kopitiam Power
Boleh la kalau nak rasa kelainan minum kopi. Ikutkan dari Mr. Manshor Kopitiam ni, harga di hotel lagi mahal dari harga yang diorang tawarkan.
bahagian pintu masuk depan restoran

keadaan dalam restoran

ada banyak parking disebelah tepi restoran
Selain minum, korang boleh la juga nak layan makan. Takan minum je kan. Tapi makanan tak banyak sangat menu. Makanan yang ada adalah sup ayam, sup kambing, sup bebola, nasi lemak yam rempah, nasi lemak ayam rendang, mee udang, mee rebus dan mee bandung.
mee bandung

mee rebus
Yang penting secawan kopi power yang aku minum memang terbaik ke'power'annya. Terasa kelainan kopi sebenar.
tinggal sikit lagi nak habis.....
Kepada sesiapa yang nak datang minim di Mr Manshor Kopitiam Power, boleh la datang ke Seremban. Betul-betul bersebelahan jalan besar Jalan Seremban-Kuala Pilah. Boleh juga guna gps koordinat dan google map seperti di bawah.
gps koordinat: 2°43'07.1"N 102°00'29.3"E atau 2.718636, 102.008142