RESEPI ROTI MANIS

ROTI MANIS

Bahan A:
  • 150ml air suam
  • 1 sb yeast
  • 1 sb susu pekat
  • 1 sb gula
  • Campurkan bahan ni sampai berbuih
Bahan B:
  • 250gm tepung gandum/all purpose
  • Secubit garam
  • 1 sb gula
  • Sebiji telur
Bahan C:
  • 30gm butter cair
Campurkan bahan A dan B:
  • Dough memang melekit, tapi sabarlah.. ini cuma ujian kepada bakal tukang2 roti.
Kemudian masukkan Bahan C:
  • Uli, baling2 manja dlm bekas uli sampai menjadi dough yg elastik lebih kurang 15-20mnt. Kak cik guna tangan je menguli..
  • Kalau tangan melekat dough, amik sikit tepung sapu kat tangan dan sambung uli lagi sampai dough tak lekat kat bekas uli dan di tangan. Ulang2 langkah ni ye..
  • Siap uli, tutup ngn kain dan letakkan kat tempat yg sesuai, kak cik letak dekat heater utk naikkan dough dalam setengah jam, tumbuk dough. Kemudian perap lagi setengah jam sampai naik tiga kali ganda.
  • Setelah siap dibahagikan doh bulat ke lonjong ke ikut suka hati kita, sapukan telur atas dough dan tabur gula banyak sikit.
  • Pastu bakar dengan suhu 180'dgr lebih kurang 20mnt. Ikut lah oven korang ye, bakar sampai masak. Akhir sekali bakar jap guna api atas sahaja utk dapatkan kaler kuning atas roti.
  • Lepas keluar dari oven kasi butter cair atas roti, biar dia kekal lembab dan lembut..
  • Pelbagaikan lah ye, nk letak inti kacang, coklat kat dalam ke, nak buat roti cheese ke, roti sadin ke.. ikut lah kesesuaian selera memasing..
Kredit resepi: ‎Amie Samuri‎ 

No comments:

Post a Comment