Resepi donut gemuk gebus

 

Donut gemuk gebus
Donut gemuk gebus

Bahan-bahan:
  • 2 sudu majerin 
  • 1 biji telur 
  • 1 paket yis
  • 5 sudu gula
  • 3 sudu susu pekat
  • 3/4 cawan air suam
  • 3 cawan tepung gandum
  • Secubit garam
Cara-cara:
  • Cair kan majerin..biar sejuk..pukulkan telur dan campur dalam majerin yang dah cair tadi
  • Larutkan gula dan susu dalam air suam. Bila dah larut letak yis tunggu yis aktif.
  • Letak secubit garam dalam tepung..masukkan campuran telur dengan majerin dalam tepung dahulu kemudian uli tepung guna campuran yis tadi..
  • Biarkan doh sejam. Pastikan mangkuk doh ditutup ye..
  • Selepas sejam tumbuk-tumbuk manja doh..kemudian boleh bentuk kan..
  • Tunggu lagi 20 minit atau sehingga gebu seperti gambar..
  • Kemudian goreng... siap!
👍 Selamat mencuba...!

Kredit resepi: Fadhila Akma

No comments:

Post a Comment