ROTI GULUNG SARDIN |
Bahan-bahan:
- 10-15 keping roti sandwich atau secukupnya potong tepi supaya nampak kemas .
- Sardine ayam brand mackerel (satu tin besar diasingkan sos dan isinya)
- 1 labu bawang besar (hiris halus )
- 2 tangkai cili merah (hiris halus)Cili padi (jika suka pedas)
- 2 biji telor dipukul
- 1 mangkuk bread crumb (berwarna putih)
- 2 sudu kecil jus limau kasturi
Cara Menyediakannya:
- Untuk mengelakkan minyak meresap ke dalam roti sewaktu digoreng, roti sandwich hendaklah dilenyekkan dengan kayu pengelek.
- Ikan sardine mackerel itu dibelah 2 dan dibuang lendir berwarna hitam serta tulang,dihancur kemudian gaul dengan bahan diatas kecuali roti,sandwic,telor dan bread crumb.
- Kemudian, letakkan sardine ke atas roti dan digulung. Pastikan kedua-dua hujung roti tersebut dilenyek supaya inti tidak terkeluar.
- Kemudian lumurkan dengan telor yang telah dipukul seterusnya salut dengan bread crumb. goreng dengan minyak yang banyak (deep fry).
- Api jangan terlalu panas kerana bread crumb akan cepat menjadi hangus ..masakkan sebentar kemudian toskan roti sardines roll .sedap dicecah bersama sos cili thai dan mayonis.
Kredit resepi : chef mat gebu
No comments:
Post a Comment