Restoran Gerak 23, antara tempat tumpuan makan tengahari di Kampung Baru Kuala Lumpur

Restoran Gerak 23, Kampung Baru, KL
Restoran Gerak 23, Kampung Baru, KL

Restoran Gerak 23, Kampung Baru, KL
Restoran Gerak 23, Kampung Baru, KL
Restoran Gerak 23 ni terletak di Kampung Baru Kuala Lumpur. Waktu tengahari, restoran Gerak 23 memang menjadi tumpuan orang ramai untuk makan tengahari di sini. Ni kira kali kedua aku sampai di Restoran Gerak 23. Kali pertama pada tahun 2018 dan aku pernah post dalam blog aku ni berkenaan Restoran Gerak 23 yang masa kali pertama aku datang sini. Boleh tengah posting tu DISINI.
ada ikan bakar, ayam bakar, sotong bakar
ada ikan bakar, ayam bakar, sotong bakar

pilihan masakan/lauk tengahari yang sangaat banyak
pilihan masakan/lauk tengahari yang sangat banyak

dari hujung ke hujung, ulam-ulaman pun ada
dari hujung ke hujung, ulam-ulaman pun ada
Biasanya kalau restoran menyediakan pelbagai jenis masakan dan lauk yang sangat banyak, ia akan menjadi tumpuan dan tarikan untuk orang ramai datang ke restoran tersebut, apatah lagi jika semua masakan tersebut sedap dan menepati citarasa orang ramai. Begitu juga la dengan restoran Gerak 23 ni.... tak hairanlah jika ramai orang memilih untuk makan tengahari di sini.
ni nasi tengahari aku, bersama ayam goreng dan terung sambal
ni nasi tengahari aku, bersama ayam goreng dan terung sambal

aku ambil gak keli bakar...surrrr
aku ambil gak keli bakar...surrrr
Style di Restoran Gerak 23, korang beratur pilih makanan, kemudian beratur lagi untuk bayar...kena bayar dulu sebelum makan...lepas tu baru la korang cari meja untuk nak makan..kalau datang peak hours, kena bersabar la sikit nak dapat meja makan...ramai orang beb...

Kalau korang nak datang ke sini, sangat recommended untuk datang... Boleh cari Di Kampung Baru Kuala Lumpur. GPS koordinat dan google map Restoran Gerak 23 adalah seperti di bawah.

GPS koordinat: 3°09'38.8"N 101°42'09.1"E atau 3.160772, 101.702513

No comments:

Post a Comment