resepi kuih siput

kuih siput
kuih siput

Bahan-bahan:
  • 1 kilo tepung gandum
  • 1 cawan mantega
  • 3 sb cili kering blend
  • 2 sb serbuk kari (daging) 
  • 1 sb serbuk jintan manis
  • 1 sb serbuk jintan putih
  • 12 tangkai daun kari -basuh ,lurut daun gunting halus..
  • Campur semua bahan gaul sebati seperti serbuk roti.... lama sikit gaul pun takpe asalkan 
  • rata dan sebati semua bahan.
  • 1 1/2 cawan santan-sederhana pekat
  • 1biji telur
  • Garam ikut rasa dan selera
  • 1 kiub ikan bilis-hancurkan

Cara-cara:
Masuk semua bahan dalam satu bekas kacau rata sampai garam larut, masuk sikit-sikit dalam bekas tepung gaul rata,uli bagi semua bahan tergaul rata dan adunan lembut bukan lembik.. kalau kurang rata tambah sikit air.. Dah siap uli rata biar adunan sekejap dalam 10/15 minit, selepas tu bolehlah menggentel... dengan alat khas untuk kuih siput... buat ler sampai habis, nak terus goreng pun boleh ,nak goreng lewat sikit pun takde hal... Janji kuih siput digoreng sampai warna perang ya sahabat untuk kerangupan... dah nak perang tu masuk ler daun kari untuk wangi,dah siap goreng ,sejuk boleh dah masuk dalam bekas. 

Hiasan: 
Beberapa ranting daun kari-ikut citarasa 

Kredit resepi:Lina Sahedin

No comments:

Post a Comment