Warung Kacang Poi Utagha, Jalan Paya Keladi, Kepala Batas Pulau Pinang

 

Warung Kacang Poi Utagha
Warung Kacang Poi Utagha

Warung Kacang Poi Utagha
Warung Kacang Poi Utagha
Kalau nak makan Kacang Poi sebelah utara ni, boleh cari di Warung Kacang Poi Utagha yang terletak di Jalan Paya Keladi, Kepala Batas Pulau Pinang (Permatang Tinggi C). Warung ni buka setiap hari kecuali hari Jumaat. Start beroperasi dari jam 7 pagi hingga 12 tengahari. Warung Kacang Poi Utagha ni betul-betul dekat simpang jalan. Agak samar-samar sikit warung ni kalau first time nak datang sebab warung duduk dalam nuseri pokok-pokok.
Warung Kacang Poi Utagha dalam pokok-pokok nuseri
Warung Kacang Poi Utagha dalam pokok-pokok nuseri
Selain kacang poi, ada juga menu-menu lain roti bakar yang boleh korang cuba. Ganbar kat bawah ni adalah menu-menu yang ada di Warung Kacang Poi utagha ni.
Menu Warung Kacang Poi Utagha
Menu Warung Kacang Poi Utagha
Antara menu yang aku makan untuk bersarapan di sini adalah seperti dalam gambar-gambar di bawah ni.
set kacang poi leleh
set kacang poi leleh

roti teloq menghambu dangdut
roti teloq menghambu dangdut

set kacang poi dengan roti bakar
set kacang poi dengan roti bakar

roti teloq dangdut
roti teloq dangdut
Semuanya sedap-sedap dan padu..Rekomen untuk korang pula cuba. Kalau nak datang, boleh rujuk GPS koordinat dan google map seperti di bawah ni.

GPS koordinat: 5°32'12.5"N 100°26'16.2"E atau 5.536814, 100.437823


No comments:

Post a Comment