NILAI PAHALA AMAL DICATATKAN PALING TINGGI DI DALAM SETAHUN TERDAPAT PADA (1 HINGGA 10 DZULHIJJAH) DAN IA MELEBIHI AMALAN DIBULAN RAMADHAN

 1. Persiapkan diri untuk memperhebatkan amal pada 10 hari yang awal Dzulhijjah bermula Jumaat minggu hadapan (1 July), kerana beramal pada 10 hari yg awal Dzulhijjah ini melebihi pahala 10 hari orang yang berada dimedan jihad, lebih besar pahala dari beramal di bulan Ramadhan. Pahala dilipat kali gandakan sebanyaknya dan Allah SWT merahsiakan ganjarannya. Itulah hebatnya 10 hari yang awal dibulan Dzulhijjah sehingga Allah bersumpah dengan kelebihan malam-malam pada 10 hari Dzulhijjah di dalam Surah Al Fajr: Ayat 2.

2. Justeru apabila masuk 1hb Dzulhijjah bermula Khamis Malam minggu hadapan, hidupkan solat tahajjud, perhebatkan bersedekah, berpuasa sunatlah dari 1hb hingga 9 dzulhijjah, jika tidak mampu secara berterusan, maka buatlah secara berselang, namun jika kalian masih tidak mampu, maka jangan sesekali kalian lepaskan peluang berpuasa pada 9 dzulhijah kerana ia menghapuskan dosa selama dua tahun.

3. Kemudian perbanyakkan membaca  Al Quran dan perbanyakkan dzikir ini iaitu "Subhanallah Walhamdulillah Wala ila haillallah Wallahu Akbar". Buat sebanyak-banyak kebaikan, bantu orang2 susah, jaga diri dari perkara2 lagho.

4. Sedarilah wahai rakan2 maya-ku, Allah SWT meletakkan manusia di dunia bukanlah tujuannya untuk mencari kemewahan dan kesenangan. Dunia adalah tempat persinggahan yg sementara yang pasti akan kita tinggalkan.

5. Namun kebanyakkan manusia LUPA bahawa yang sementara ini akan berakhir lalu membuatkan mereka bersusah payah mengumpul harta, mengejar kesenangan seolah-oleh usia itu panjang sedang kematian boleh hadir pada bila-bila masa.

6. Begitu juga sesetengah manusia menilai bahawa yang berjaya itulah yang dianggap taqwa, dijaga oleh Allah, dekat dengan Allah, mendapat rahmat Allah, sedang mereka tidak melihat bahawa kesenangan itu juga dimiliki oleh orang-orang kafir.

7. Allah memberikan dunia pada sesiapa sahaja hamba2Nya samada yang baik atau yang ingkar, NAMUN Allah SWT HANYA memberikan nikmat Iman kepada insan-insan yang diCINTAINYA sahaja.

8. Namun hakikatnya, hati manusia yang kosong akan terisi dengan impian duniawi disebabkan ia tidak/kurang mengimani/menyakini akan kesenangan akhirat yang kekal abadi.

9. Hati manusia yang kekosongan itu juga menyebabkan talbisul iblis memenuhi ruang itu dengan mengisinya dengan angan-angan kosong, kegagalan, kesedihan serta putus asa.

10. Jiwa yang resah dan merasa kekurangan adalah disebabkan oleh rasa syukur tidak sampai di dalam bayangan. Maka kerana itu Nabi SAW menasihati agar kita semua bermuhasabah dengan cara melihat kesusahan orang lain yang jauh lebih teruk dari kita. Itu adalah tarbiyah yang paling mujarab untuk melembutkan hati dan merasi nikmat syukur agar tidak merasa merana.

11. Untuk memiliki jiwa-jiwa taqwa di dalam menjalani dan menempuh kehidupan yang masih berbaki, isilah kekosongan hati kita dengan amalan2 zikir kerana hanya zikir sahaja dapat membuatkan hati dan jiwa menjadi tenang. Memperbanyak doa adalah memperbaiki tauhid kita iaitu kita hanya mengharapkan pertolongan dari Rabul 'Alamin yang Maha Berkuasa serta mendengar rintihan hambaNya.

12. Melalui amalan2 zikir dan doa2nya kita dapat merapatkan kembali hubungan kita dengan Tuhan dengan pujian-pujian yang dilontarkan itu akan mendekatkan kita kepada Rahmat Allah dan kita pasti akan diawasi dan dijaga. 

13. Dengan zikir/doa inilah yang mengangkat diri seseorang itu sebagai insan taqwa yang akan dibukakan jalan untuk menuju kebahagian didunia serta kejayaan akhirat.

14. Sedarilah rezeki bukan hanya wang ringgit. Sihat juga adalah rezeki kerana jika sakit banyak wang akan dikeluarkan. Bahagia juga adalah rezeki kerana berapa org yg membelanjakan hartanya untuk mencari kebahagian melalui hiburan sedang ia tidak ada nilai disisi Tuhan.

15. Semoga Allah SWT mengurniakan Taufiq Hidayahnya untuk kita temui pengakhiran hidup yang baik sebelum kita dijemput pulang.

ISTIQOMAH ZIKIR2 HARIAN.... Inn Shaa Allah Aamiin

No comments:

Post a Comment