RESEPI KEROPOK LEKOR CHEESE

KEROPOK LEKOR CHEESE
KEROPOK LEKOR CHEESE

Keropok lekor sebenarnya mudah untuk disediakan dan ringkas sahaja cara penyediaannya.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 500g isi ikan(dikisar/dihancurkan)
  • 230g tepung sagu/ubi kentang/ubi kayu
  • 20g tepung jagung
  • 2 sudu besar garam & 1 sudu besar gula (atau secukup rasa)
  • Air (dimasukkan sekadar membolehkan doh keropok dibentuk)
  • Boleh juga dimasukkan bahan perisa lain mengikut cita rasa anda.
  • cheese
Cara-cara membuat doh keropok lekor:
  • Campurkan tepung sagu& jagung dalam satu bekas dan gaul rata.(bukan bekas isi ikan)
  • Masukkan gula ke dalam isi ikan dan gaul sebati, kemudian masukkan garam dan gaul sehingga rata.
  • Tuang sedikit air, kemudian masukkan tepung yang dah digaul tadi sedikit demi sedikit dan gaul rata.
  • Campurkan air secukupnya dalam bancuhan sehingga semua bahan sebati & menjadi doh.(Hati-hati,masukkan air jangan terlalu sedikit,keras nanti keropok tu.Atau terlalu banyak susah nak bentuk kepok nanti)
  • Siap doh,rehatkan dalam 5minit & terus bentuk ikut bentuk yang dimahukan. Jangan Lupa Masukkan cheese. 
  • Selesai bentuk keropok lekor, rebus dalam air panas mendidih selama 5-10minit atau sehingga keropok lekor timbul diperkaan air&kembang.
  • Siap angkat keropok rebus tadi & boleh dihidangkan…….Nak goreng terus doh tadi tak rebus pun boleh Atau rebus kemudian goreng juga boleh ikut kesukaan masing-masing….
SELAMAT MENCUBA…

No comments:

Post a Comment