Menikmati permandangan di atas SKYDECK @ Hatten City, tempat paling tinggi di Melaka

Permandangan di atas Skydeck @ Hatten City, Melaka
Skydeck ni sebenarnya terletak di atas bangunan berkembar hotel Hatten City. Beberapa tingkat yang pertama adalah pasaraya. Tingkat seterusnya adalah hotel. Kenapa dipanggil Skydeck? Sebabnya kalau tengok dari jauh, Skydeck ni seolah-olah sebuah kapal besar yang terletak diatas dua buah bangunan. Dari atas Skydeck tu kita akan dapat lihat permandangan seluruh Bandaraya Melaka.
laluan di Skydeck
Bangunan Hatten City ni setinggi 195 meter dan mempunyai sebanyak 45 tingkat. Jika nak naik tangga, anak tangga adalah sebanyak 900 anak tangga. Secara tak langsung, Skydeck adalah tempat yang paling tinggi di Melaka.
kaunter tiket dan informasi skydeck
Ok... Sekarang ni jangan ingat boleh naik free ek. Nak naik ke Skydeck ni, korang kena beli tiket dulu. Kemudian akan naik lift terus ke atas Skydeck. Liff memang laju, sebab takde persinggahan mana-mana level. Lift ni direct lift ke Skydeck.
Harga tiket ni, masa aku nak naik, harga tiket per head adalah RM20 weekdays dan RM25 weekends. Harga tiket mungkin berubah, tu aku tak pasti. Harga ni masa aku datang ke sini. 
Tapi kalau korang jadi guest hotel hatten, dengan kata lain, korang tidur hotel diorang ni la.. Korang boleh naik free.
kad hotel hatten place
Boleh tengok rakaman video di bawah ni dari atas Skydeck.

So, nak naik free, bawa kat hotel korang, tunjuk dekat kaunter tiket, then boleh la korang naik atas tu. Jika cuaca buruk, angin kuat ke, pengunjung tidak ada dibenarkan naik atas faktor-faktor keselamatan.
Sekiranya, korang nak naik ke Skydeck di Melaka ni, boleh la datang ke Hatten City. Aku sediakan gps koordianat dan google map sebagai panduan korang.
gps koordinat : 2°10'59.1"N 102°15'44.9"E atau 2.183069, 102.262459

1 comment: