Senarai Kabinet Malaysia 2018 angkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah simpan rahsia pada 21 Mei 2018

Adat bertanding, ada menang dan ada yang kalah. Yang menang bukan akan sentiasa memang, yang kalah bukan bererti mengalah. PRU14 kali ini yang dijalankan pada 9 Mei 2018 menyaksikan satu gelombang besar yang berjaya menumbangkan gergasi besar Barisan Nasional (BN) melalui kesepakatan parti pembangkang yang bersatu di bawah satu payung yang sama iaitu Pakatan Harapan (PH). BN yang telah memerintah Malaysia lebih dari 60 tahun akhirnya akur dengan suara rakyat yang mahukan perubahan dalam sistem pentadbiran negara. BN bukanlah tidak ada jasa langsung kepada negara, banyak jasa dari sebelum merdeka lagi telah ditabur dan segala bakti adalah untuk rakyat Malaysia. Generasi lama (orang-orang tua) mungkin lebih memahami jasa BN ini. Namun akhir-akhir ini, banyak kepincangan yang berlaku dalam BN yang di terajui oleh para pemimpin yang lupa akan keperluan rakyat. Kehendak rakyat tidak ditunaikan dan tidak dizahirkan dalam bentuk yang menyenangkan rakyat. Rakyat terasa beban dengan kos sara hidup yang tinggi. Mungkin orang yang kaya tidak merasai sangat kos sara hidup ini. Orang-orang kampung, golangan pendapatan sederhana adalah golongan yang sangat terkesan dengan isu ini. Seharusnya para pemimpin BN sedar akan hal ini kerana di situ lah rakyat akan menghukum kerajaan yang berkuasa. 
Buat pertama kalinya berlaku di Malaysia, kerajaan sekarang yang selama ini hanya mengalas tugas sebagai pembangkang, tiba-tiba diberi mandat untuk mentadbir negara melalui PRU14 yang lepas. Selain itu, banyak sejarah lain juga tercipta pada mandat kerajaan kali ini. Antaranya adalah Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia buat kali kedua selepas mentadbir Malaysia selama 22 tahun ketika beliau masih dalam Barisan Nasional. Timbalan Perdana Menteri juga buat kali pertamanya adalah dari golongan wanita apabila Datin Seri Wan Azizah Ismail dipertanggungjawabkan untuk mengalas jawatan tersebut. BN yang selama ini yang menjadi tunjang negara, buat kali pertama memegang title sebagai pembangkang. Itu lah antara perkara-perkara yang berlaku yang bukan pada kebiasaan yang kita dengar selama ini kini menjadi realiti.
Kepada BN, jadilah pembangkang yang kuat kerana setiap kerajaan perlukan pembangkang. Tanpa pembangkang, kerajaan tidak akan ada pihak yang boleh menegur jika akan kesalahan ataupun salah guna kuasa yang menyebabkan rakyat yang akan terkesan dengan tindakan tersebut. BN perlu mengunakan masa 5 tahun ini untuk bermuasabah mencari di mana silapnya agar kesilapan tersebut diperbetulkan. Jika Allah izinkan, mungkin BN akan kembali menerajui negara. Jika masih dibuai dengan cara lama, mungkin PH akan berjaya mendapat mandat sekali lagi. Allah tidak akan mrngubah sesuatu kaum itu melainkan kaum itu sendiri yang berusaha untuk berubah.
Satu lagi parti politik yang tidak diberi perhatian dalam pergelutan BN dengan PH adalah parti PAS. PAS dahulunya bersama-sama dengan parti pembangkang lain menerusi gagasan Pakatan Rakyat, mengambil keputusan untuk keluar dari gagasan tersebut atas hilang kepercayaan dengan DAP. Persengketaan dengan DAP akhirnya membawa PAS berjuang bersendirian atas tanggungjawab memertabatkan Islam di bumi Malaysia. Siapa sangka, walaupun dipandang sepi, di hina oleh bekas rakan pakatan, PAS menunjukkan kekuatannya di mana berjaya menawan Kelantan, Terrengganu dan hampir-hampir mendapat mandat untuk Kedah. Perlunya PAS dalam parlimen kerana PAS secara konsisten memperjuangkan Islam di bumi Malaysia. PAS bukan agama, tapi PAS adalah platform untuk memperjuangkan agama.
Kepada kerajaan PH, berbaktilah kepada rakyat. Martabatkan lah Islam walaupun mungkin akan ada tentangan dalam kem PH sendiri. Kita sebagai rakyat Malaysia memberi kepercayaan penuh kepada Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri apatah lagi pengalaman 22 tahun sebagai Perdana Menteri masih segar dalam ingatan kita bagaimana Tun Dr Mahathir berjaya membawa Malaysia dari biasa-biasa kepada Malaysia yang luar biasa. Itulah hebatnya Tun Dr Mahathir Mohamad! Pada tanggal 21 Mei 2018, Kabinet Malaysia yang baru dibentuk menerusi kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah diadakan proses mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di Istana Negara. Berikut adalah senarai kabinet Malaysia yang telah mengangkat sumpah. Tun Dr Mahathir dijangka menamakan anggota kabinet yang seterusnya secara berperingkat-peringkat.

Perdana Menteri - Tun Dr Mahathir Mohamad
Timbalan Perdana Menteri - Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail


Menteri Dalam Negeri - Tan Sri Muhyiddin Yassin
Menteri Kewangan - Lim Guan Eng
Menteri Pertahanan - Mohamad Sabu

Menteri Hal Ehwal Ekonomi - Datuk Seri Mohamed Azmin Ali
Menteri Pelajaran - Dr Maszlee Malik
Menteri Pembangunan Luar Bandar - Rina Mohd. Harun



Menteri Pengangkutan - Anthony Loke Siew Fook
Menteri Komunikasi dan Multimedia - Gobind Singh Deo


Menteri Tenaga Manusia - M. Kulasegaran
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Salahuddin Ayub

Menteri Kesihatan - Dr Dzulkefly Ahmad
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Zuraida Kamaruddin

No comments:

Post a Comment