1

2

3

4

Showing posts with label tips masakan. Show all posts
Showing posts with label tips masakan. Show all posts

Rahsia 5 Teknik Masakan Sihat

 1. Celur
sayur sayuran seperti bendi , asparagus, carrot , kacang boleh di celur dalam 30 saat-1 minit jangan celur terlalu lama nanti khasiat sayur akan larut dalam air celur tadi

2. Kukus
teknik Kukus juga sangat baik untuk kesihatan kerana kita tidak menggunakan minyak langsung , pelbagai resepi mudah boleh dilakukan , ikan siakap kukus halia sangat mudah dan di tambah dengan herba Halia yang menyihatkan , jangan tenguk aje cuba tau ..

3. Rebus
Teknik Rebusan ini boleh kita buat masakan asam pedas ikan atau ayam , asam pedas tidak ada minyak kerana kita tidak menumis kan ..campak aje bahan-bahan tunggu hingga masak letak ikan atau protein lain ..mudah kan !

4. Sup
teknik sup ini lebih kurang dengan teknik rebusan cuma sup ada herba-herba seperti kulit kayu manis , bunga cengkih dan herba lain. teknik sup ini juga tidak memerlukan minyak dan sangat sihat .

5. Bakar
Teknik bakar,salah satu teknik yang sangat mudah , kalau nak pilih makanan kat luar pun boleh ambil ikan bakar atau ayam bakar , ini sudah tentu lemaknya dah habis di bakar kan …  

10 RAHSIA DAN TIPS DALAM MASAKAN

 1. Timun.
- Masukkan timun jika masakan asam pedas atau masak lemak anda terlalu pedas. Kerana timun dapat mengurangkan rasa pedas.

2. Garam.
- Jangan bubuh garam ketika memasak daging dan ayam jika belum betul-betul empuk.
Ini bagi mengelakkan daging menjadi liat dan lambat empuk akibat tindak balas garam jika diletakkan terlalu awal di dalam masakan.

3. Santan.
- Elakkan menggunakan api yang terlalu kuat ketika memasak menggunakan santan.
Ini kerana ramai yang percaya menggunakan api dengan kuat dapat mempercepatkan proses santan pecah minyak.
Gunakan api dengan perlahan atau sederhana.

4. Gula merah.
- Gula merah bukan sahaja memberikan rasa manis dalam masakan malah membuatkan sambal anda menjadi lebih sedap dan menarik. Gula merah juga berfungsi mengelakkan orang sakit perut memakan sambal walaupun pedas.

5. Buah keras.
- Buah keras berfungsi memekatkan masakan dan memberi aroma yang sedap serta menyelerakan dalam masakan.
Jangan masukkan buah keras yang berlebihan kerana mampu membuatkan orang sakit perut ketika menjamah masakan anda.
Sukatan paling baik adalah sebiji buah keras untuk seekor ayam. Contohnya seperti masakan berkuah seperti kari, kurma dan masak merah.

6. Asam gelugor.

- Masukkan beberapa keping asam gelugur ke dalam kuali ketika menggoreng ikan.
Ikan tidak akan melekat di kuali dan lebih mudah diangkat.

7. Bawang putih.

- Ambil dan masukkan bawang putih ke dalam tempat simpanan beras. Boleh juga dimasukkan ketika memasak nasi.
Ini akan membuatkan beras tahan lebih lama dan beras atau nasi berbau wangi.

8. Tebu.
- Potong tebu kecil-kecil dan masukkan ke dalam air rebusan sup tulang diikuti dengan bahan rempah sup.
Sup tulang akan lebih kaw dan bertambah sedap.

9. Limau kasturi.
- Rendam ikan dengan air asam jawa. Kemudian potong limau kasturi dan gaul bersama ikan beserta air asam jawa.
Biarkan seketika dan bau hanyir ikan akan hilang.

10. Air kelapa.
- Masukkan air kelapa ke dalam kelapa parut dan biarkan seketika. Kemudian barulah diperah kelapa tersebut ke dalam masakan.
Ini akan membuatkan masak lemak lebih sedap dan terasa kelainannya

PETUA DAN TIPS MASAKAN

1. Elak Pedih Mata Kupas Bawang Merah  
Rendam bawang dalam air garam 5-10 minit lepas tu dah boleh membawang tanpa rasa sedih. 
 
2. Elak Ikan Goreng Melekat Di Kuali  

Panaskan minyak, goreng 2,3 keping asam keping then baru goreng ikan like a boss tak payah pakai helmet sebab minyak juga takkan terpercik.  
 
3. Warna Sambal Cantik  
Nak sambal merah sedap cantik, masak lada lama + gunakan gula merah. 
 
4. Buat Rendang  
Nak buat rendang gunakan bawang kecil dari bawang besar, sebab bawang besar boleh buat makanan cepat basi. 
 
5. Kurangkan Masin Makanan  
Kalau masak tapi masakan tu terlalu masin sebab terlebih garam, cara nak kurang kan rasa masin tu letak lah kentang sampai masak, rasa akan kurang masinnya.. tak caya cuba lah.  
 
6. Tomato Kekal Segar  

Nak simpan tomato supaya tomato tak cepat busuk/lembik, simpan dalam bekas bertutup jangan basuh tomato tu. Nak masak baru basuh. 
 
7. Daging Cepat Empuk  
Daging nak cepat empuk, rebus sekali sudu kecil dalam rebusan, bukan sudu 
 
8. Timun Rangup  
Merangupkan timun untuk buat jelatah timun, potong siap-siap timun tu, rendam dalam air kapur sirih, lepas tu bilas. Kesannya timun rangup walaupun berejam simpan, selalu mak buat sebab menu nasi minyak ada jelatah timun.  
 
9. Elak Nasi Cepat Basi  
Nak elak nasi cepat basi, cuci beras bersih-bersih, masak masak nasi letak 2,3 cubit garam. Nasi boleh tahan lama, satu lagi nak elak nasi mentah renjis kan air garam atas nasi tu, balik-balik kan nasi tu dan tutup sampai berwap. 
 
10. Taugeh Kekal Segar  
Nak simpan taugeh untuk kekalkan segar, rendam dalam air garam simpan dalam peti ais. 
 
11. Mudah Kupas Telur Rebus  
Selepas rebus sejuk kan dulu telur, rendam dalam ais batu, nak kupas kulit telur semudah abc. 
 
12. Ayam Goreng Sedap  
Nak dapatkan ayam goreng yang sedap, tumbuk lumat 2,3 ulas bawang putih untuk setengah ekor ayam, lumur garam dan kunyit.Masak sampai garing, ayam goreng lebih sedap/garing. 
 
13. Ayam Goreng Rangup  
Nak merangup kan ayam goreng hendak lah mengoreng ayam dengan perah sebiji asam limau nipis ke dalam minyak, melompat lah sekejap kemudian masukkan ayam.  
 
14. Nasi Lemak Cepat Masak  
Nak nasi lemak cepat masak, masukkan sebatang garpu atau sudu ke dalam periuk nasi yang bakal di masak. Biarkan di dalam beras sehingga nasi masak. InsyaAllah nasi lemak cepat dimasak. 
 
15. Tahu Tahan Lama  
Nak simpan tahu supaya tahan lama, rendam tahu dalam air panas sampai dah sejuk, lepas tu baru boleh simpan dalam peti ais, simpan berhari-hari masih elok lagi tahu tu.  
 
16. Pekatkan Kuah Sup  
Kadang-kadang terbubuh banyak air sehingga sup menjadi cair. Nak memekatkan sup mak masukkan sedikit kentang rebus yang dilecek, sup lebih sedap/pekat tau. 
 
17. Mata Pisau Blender Kekal Tajam  
Kisarkan garam biasa di dalam blender sehingga beberapa minit. Buat setiap bulan. Mata pisau blender akan kekal tajam, tak yah beli baru ye 

Selamat mencuba

Kredit:Tip Masakan dan Resepi