Showing posts with label KLCC. Show all posts
Showing posts with label KLCC. Show all posts

Pintasan Saloma (Saloma Link), tempat menarik untuk bergambar di Kuala Lumpur

 

Pintasan Saloma (Saloma Link)
Pintasan Saloma (Saloma Link)

Pintasan Saloma (Saloma Link)
Pintasan Saloma (Saloma Link)
Pintasan Saloma atau nama bahasa inggerisnya Saloma Link, adalah satu jejantas yang unik yang menghubungkan Kampung Baru dengan KLCC. Masa yang di ambil bagi sesiapa yang berjalan kaki dari KLCC ke pintasan saloma ni adalah lebih kurang 7 ke 10 minit. Di sebelah Kampung Baru, ada terdapat stesen LRT (LRT Kampung Baru). Mananya korang ada 2 pilihan jika dari KLCC untuk ke Kampung Baru, sama ada menaiki LRT turun di stesen LRT Kampung Baru atau berjalan kaki saja melalui pintasan saloma ni.

Senibina pintasan saloma ni berkonsepkan sirih junjung. Pada malam hari ianya nampak sangat cantik dengan  lampu LED yang memberi impak mengikut tema sesuatu festival. Panjang dari hujung ke hujung adalah sepanjang 69 meter manakala panjang keseluruhanya adalah 370 meter.

pemandangan berlatarbelakang KLCC yang cantik
pemandangan berlatarbelakang KLCC yang cantik

bumbung yang cantik dan unik
bumbung yang cantik dan unik

disebelah Kampung baru, ada lift dan tangga untuk ke tingkat atas pintasan saloma
disebelah Kampung baru, ada lift dan tangga untuk ke tingkat atas pintasan saloma
Kebanyakkan orang ramai akan datang pada waktu malam untuk bergambar di atas pintasan saloma ni. Ianya bukan saja berkenaan akan kecantikan pintasan saloma, malahan spot gambar juga akan lebih cantik dengan berlatarbelakangkan menara berkembar KLCC.

Bagi yang belum pernah ke sini, boleh la berkunjung untuk melihat keindahan dan keunikan senibinanya. Sebagai rujukan lokasi, disertakan GPS dan google map sebagai rujukan untuk ke sini.

GPS koordinat: 3°09'39.7"N 101°42'29.9"E atau 3.161039, 101.708308

Nasi Lemak Royale Kedah, di Wisma Central, Jalan Ampang, Kuala Lumpur

Restoran Nasi Lemak Royale Kedah
Restoran Nasi Lemak Royale Kedah

Restoran Nasi Lemak Royale Kedah
Restoran Nasi Lemak Royale Kedah
Ni bukan dekat Kedah ye...ni Di Jalan Ampang, Kuala Lumpur...Restoran ni terletak di ground floor Wisma Central di mana Wisma Central ni terletak betul-betul bersebelahan dengan  KLCC a.k.a twin tower petronas.

Nasi lemak royale kalau korang ke Alor Setar, Kedah, memang bersepah la restoran nasi lemak royale ni. Asal nasi lemak royale dari Kedah...Sebenarnya nasi lemak royale ni adalah nasi kandar..tapi diotang tukarkan nasi tu kepada nasi lemak dan nasi lemak tu color kuning!

lauk-lauk (masakan) di nasi lemak royale sama je dengan lauk nasi kandar
lauk-lauk (masakan) di nasi lemak royale sama je dengan lauk nasi kandar
Nasi lemak royale jug sebenarnya restoran mamak...tapi restoran mamak yang beridentitikan negeri kedah.
hasil makan malam aku nasi lemak royale
hasil makan malam aku nasi lemak royale

nasi lemak royale ayam goreng, telur masin, bendi rebus..surrrrr!
nasi lemak royale ayam goreng, telur masin, bendi rebus..surrrrr!
Dekat restoran Nasi Lemak Royale ni pun ada roti canai, ada roti nan, ayam tandoori...Boleh juga makan roti canai di sini...sedap gak la roti canai diorang ni...
roti canai
roti canai
Kalau orang kedah, mesti tau punya la nasi lemak royale ni...yang asal dari negeri lain tu..boleh la try nasi lemak royale ni...ni dekat sebelah KLCC jer.. nak pergi ke KEdah jauh sangat kanπŸ˜…πŸ˜œ

Lokasi google map dan GPS koordinat adalah seperti di bawah.

GPS koordinat: 3.158803901252388, 101.71448634413082

berehat sekejap di Kenangan Coffee, Suria KLCC

Kenangan Coffee, Suria KLCC
Kenangan Coffee, Suria KLCC
Puas pusing-pusing dalam Suria KLCC ni, boleh la nak berehat sekejap di Kenangan Coffee. Lepak-lepak sekejap selepas penat berjalan shopping di Suria KLCC ni...Kalau korang dari stesen train, pasti korang akau jumpa Kenangan Coffee ni dulu bila nak masuk Suria KLCC dari laluan pintu stesen train...
ni laluan untuk ke stesen train KLCC
ni laluan untuk ke stesen train KLCC
Di Kenangan Coffee ni try minum air milo dinasour kaw dan air kenangan lattte......Kalau nak makan yang ringan-ringan sikit, di sini ada red velvet cake, banana chocolate chip muffin dan dua tiga jenis lagi la....
milo dinasour kaw dan air kenangan lattte
milo dinasour kaw dan air kenangan lattte

makanan yang santai-santai kalau nak makan
makanan yang santai-santai kalau nak makan
Kenangan Coffee ni berada di Lot C70 No.241, Kuala Lumpur City Centre (KLCC). Cari je KLCC, lepas tu korang explore jer...agak-agak tak jumpa cari jer kopi kedai lainπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

GPS koordinat: 3.1577672813643543, 101.71216699970559




 

Singgah beli makanan di Auntie Anne's KLCC sebelum masuk KLCC park

Auntie Anne's KLCC
 Auntie Anne's KLCC
Sebelum aku lepak-lepak dengan famili aku di KLCC Park, singgah dulu sekejap beli makanan di autie's anne. Dekat je dengan pintu keluar ke KLCC park, di tingkat bawah....Standard la Auntie Anne ni, kat mana-mana mall terutamanya Jusco AEON Big ada je kiosk Auntie Anne ni....
menu/makanan di Auntie's Anne
menu/makanan di Auntie's Anne

menu/makanan di Auntie's Anne
menu/makanan di Auntie's Anne
KC6, Concourse Level, Suria KLCC, Jalan Ampang, 50088, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
GPS koordinat:3.158009712543186, 101.7126269997056

Suria KLCC ada food court?

food court di KLCC
food court di KLCC

food court di KLCC
food court di KLCC
Jangan terkejut kalau aku cakap dalam Suria KLCC ni ada food court. Korang boleh cari food court ni di tingkat 2 Suria KLCC. Yang menariknya semua gerai makanan di food court ni adalah dari gerai-gerai famous macam mee tarik, 4 finger, pizza, old town white coffee dan sebagainya... korang nak cari gerai makcik-makcik menang takde la dekat siniπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚..

Boleh la korang nak cari makan dalam Suria KLCC ni kalau malas nak cari makan kat luar. KL kan Jammed...tapi korang kena hadap la harga di sini agak mahal la sikit....

ni mee tarik dengan harga semangkuk RM16.80
ni mee tarik dengan harga semangkuk RM16.80

ni nasi putih daging goreng kunyit dengan harga RM16
ni nasi putih daging goreng kunyit dengan harga RM16
Masa aku datang ni, time makan tengahari...ramai betul orang sampai nak cari tempat duduk kosong pun agak mencabar jugak la....
antara gerai makanan yang lain di sini
antara gerai makanan yang lain di sini

Warung Prima Kunyit ni yang aku beli nasi daging kunyit tu
Warung Prima Kunyit ni yang aku beli nasi daging kunyit tu
Kalau cari food court ni, korang cari je di aras 2 Suria KLCC ni....pasti korang akan jumpa la...Lepas makan boleh sambung shopping dalam mall Suria KLCC niπŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…

GPS koordinat KLCC: 3°09'24.8"N 101°42'43.3"E atau 3.156901, 101.712017

Restoran Sup Haji Abu & Nasi Kandar Jamal Mohamed (bawah pokok) (KLCC), Kuala Lumpur

Restoran Sup Haji Abu & Nasi Kandar Jamal Mohamed (bawah pokok) (KLCC), Kuala Lumpur
Restoran Sup Haji Abu & Nasi Kandar Jamal Mohamed (bawah pokok) (KLCC), Kuala Lumpur

Restoran Sup Haji Abu & Nasi Kandar Jamal Mohamed (bawah pokok) (KLCC), Kuala Lumpur
Restoran Sup Haji Abu & Nasi Kandar Jamal Mohamed (bawah pokok) (KLCC), Kuala Lumpur
Mesti korang pelik kan??πŸ˜…..Sebenarnya ni restoran Sup Haji Abu or restoran Nasi Kandar Jamal Mohamed?....haaaaa...sebenarnya dua-dua tu adalah merujuk kepada restoran yang sama❗❗❗...Restoran ni beralamat di Lot G Floor, De King Boutique KLCC, No 160, Jln Ampang, Kuala Lumpur City Centre, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur...Berkembar dengan De King Boutique Hotel KLCC....
De King Boutique Hotel KLCC
De King Boutique Hotel KLCC
Dari restoran ni, tak jauh pun jalan kaki ke menara berkembar KLCC. Di sini menu sup memang padu. Ada pelbagai jenis sup. Antaranya adalah sup ayam, sup ayam kampung, sup kambing, sup kambing, sup daging, sup perut, sup burung puyuh, sup lidah kambing, sup lidah lembu, sup ekor, sup tulang, sup kosong, sup tambah, sup urat, sup international, sup campur special dan sup campur pilihan... Aku cuba la nak makan sup perut...nak review semua sup tak boleh la..bajet tak cukup..kalau tokey bagi free boleh nak nak try semua sekali sup tuπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Daripada menu sup perut yang aku makan tu, dapat aku buat kesimpulan, sup Abu ni memang padu..kemudian cicah dengan roti bengali menanbahkan kesyahduan sup tuπŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹

sejarah Sup Haji Abu, korang baca la sendiri kat sini
sejarah Sup Haji Abu, korang baca la sendiri kat sini😁😁😁

stesen Sup Haji Abu
stesen Sup Haji Abu

ni la sup perut yang aku makan bersama roti bengali
ni la sup perut yang aku makan bersama roti bengaliπŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜
Selain Sup haji Abu ni, Korang boleh juga nak makan nasi kandar Jamal Mohamed ni..Jenama Nasi Kandar Jamal Mohamed ni memang famous kat Penang terutamanya bila diorang buka gerai bawah pokok ketapang...Aku pernah makan kat sini..boleh tengok dalam posting aku yang lepas...
boleh makan nasi kandar di sini
boleh makan nasi kandar di sini
Korang juga boleh makan roti canai dan juga makanan goreng-goreng. Aku order gak la mee goreng, megi goreng, roti canai dan juga nasi lemak...Menu-menu lain, korang boleh tengok dalam gambar di bawah ni....
nasi lemak
nasi lemak

menu air
menu air

menu makanan
menu makanan

mee goreng
mee goreng

megi goreng telur mata
megi goreng telur mata

roti canai (bawang)
roti canai (bawang)

roti bom
roti bom
Kalau ke Kuala Lumpur, tengah jalan-jalan di KLCC, boleh la datang makan di sini, dari KLCC tak jauh pun..jalan kaki jer...aku pun jalan kaki jer ke KLCC...
Sup Haji Abu & Nasi Kandar Jamal Mohamed
Sup Haji Abu & Nasi Kandar Jamal Mohamed
GPS koordinat dan google map Sup Haji Abu & Nasi Kandar Jamal Mohamed ni boleh rujuk seperti di bawah.

GPS koordinat: 3.1596929130874902, 101.71481633031635

Petrosains, Suria KLCC, tempat ilmiah untuk anak-anak

Petrosains, Suria KLCC
Petrosains, Suria KLCC

Petrosains, Suria KLCC,Aras 4
Petrosains, Suria KLCC,Aras 4
Petrosains yang terletak di Aras 4, Suria KLCC adalah merupakan tempat yang sesuai untuk bawa anak-anak berjalan. Tempat yang penuh dengan aktiviti interaktif yang boleh di cuba sendiri oleh anak-anak sambil belajar berkenaan konsep sains pada setiap game interaktif tersebut.
setiap stesen ada aktiviti sains yang menarik
setiap stesen ada aktiviti sains yang menarik

laluan masuk dan keluar pun cantik
laluan masuk dan keluar pun cantik
Ada satu stesen yang korang boleh merasai suasana serta peralatan di pelantar minyak. Semuanya direka seperti benar-benar berapa di atas pelantar minyak. Korang juga boleh tengok gerudi sebenar yang digunakan untuk carigali minyak..
mata gerudi carigali minyak
mata gerudi carigali minyak

pelantar minyak...seolah-olah kita berada di atas pelantar
pelantar minyak...seolah-olah kita berada di atas pelantar
Selain tu, ada juga bahagian yang menunjukkan "kelajuan"...ada kereta F1 dan korang juga boleh main game F1 dengan screen besar feeling-feeling macam korang drive sendiri la kat litar sepang tuπŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…...
boleh main game F1
boleh main game F1

kereta F1 sebenar
kereta F1 sebenar
Selain pameran dan aktiviti sains yang ada dipetronas ni, ada satu lagi yang rare la gak bagi aku...sebab dalam petrosains ni pun ada taman dinosaur...siap ada jambatan gantung lagi untuk menyeberang taman yang penuh dengan dinosaur tu..dinosaur tu seolah-olah cam hidup...tapi sebenarnya robot je😁😁😁
dinosaur tengah kira telur dia sendiri
dinosaur tengah kira telur dia sendiriπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

jambatan gantung menyeberangi taman dinosaur
jambatan gantung menyeberangi taman dinosaur
Kadar bayaran tiket masa aku datang ni macam dalam gambar kat bawah ni...masa ni cuti sekolah..jadi kena beratur panjang la nak beli tiket...kalau nak beli online pun boleh tiket ni...
kadar harga tiket petrosains
kadar harga tiket petrosains
Jadi kesimpulannya memang menarik la datang jalan-jalan bawa anak ke petrosains ni....tiket pun takde la mahal sangat...ilmu sains secara tak langsung pun diorang dapat jugak...

Jadi boleh la datang ke sini, Petrosains, Suria KLCC, aras 4......GPS koordinat dan google map seperti di bawah.

GPS koordinat: 3.157892898173291, 101.71197880156397