1

2

3

4

Showing posts with label kerabu mangga. Show all posts
Showing posts with label kerabu mangga. Show all posts

Resepi Kerabu Daging & Mangga Muda

 

Kerabu Daging & Mangga Muda
Kerabu Daging & Mangga Muda

Bahan-bahan diperlukan:
  • 300 g daging 
  • 1 sudu teh lada hitam kisar 
  • 1 sudu makan minyak masak  
  • 1 kuntum bunga kantan (Dibelah 2 dan dihiris) 
  • 1 labu bawang besar 
  • 2 batang serai 
  • 3 biji cili merah 
  • 3 biji cili hijau 
  • 5 biji cili api
(Semua bawang besar, batang serai, cili merah, cili hijau, cili api dihiris)
  • 1 biji mangga muda (Dicencang kasar) 
  • 3 biji limau kesturi (Diambil jusnya) 
  • ½ sudu teh gula 
  • Garam secukup rasa
Cara menyediakan dan memasak:
  • Hiris daging kira-kira setebal 1 inci. 
  • Gaulkan dengan lada hitam, minyak masak dan sedikit garam. 
  • Bakar daging sehingga masak. Sejukkan. 
  • Hiriskan kecil. 
  • Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk besar. 
  • Gaul rata. 
  • Sedia dihidangkan
Kredit resepi: Chef Hanieliza

Resepi Kerabu Pauh/Kerabu Pelam Muda

Kerabu Pauh/Kerabu Pelam Muda
Kerabu Pauh/Kerabu Pelam Muda

Bahan-bahan:
  • 3 biji pauh lemak atau mangga sederhana besar
  • 5 ulas bawang merah
  • 1 sudu teh lada hitam
  • 3 sudu besar kerisik
  • garam secukup rasa
  • gula secukup rasa
  • 2 tangkai lada burung dipotong serong
  • 3/4 cawan santan yang diperah segar
  • 3 ekor ikan kembung dibakar diambil isinya
Cara-Cara:
  1. Pauh atau mangga dibuang kulit dan diparut. Ketepikan (boleh guna mangga jenis lain)
  2. Bawang merah dan lada hitam ditumbuk halus.
  3. Masukkan isi ikan yang dibuang tulang ke dalam bahan tumbuk dan tumbuk lagi hingga lumat.
  4. Dalam satu bekas, gaul bersama bahan tumbuk dan kerisik. Masukkan mangga yang diparut dan gaul hingga sebati.
  5. Kemudian masukkan santan dan perasakan dengan gula dan garam secukup rasa. Tabur lada burung yang dah dipotong. Siap untuk dihidangkan.
Nota:
  • Untuk rasa lebih sedap, perah jus limau nipis sekiranya mangga tak masam. Kalau dah terkena mangga masam tak payah perah jus limau nipis.
  • Untuk kerabu yang lebih kering, kurangkan penggunaan santan... kalau boleh guna santan fresh yang diperah.
SELAMAT MENCUBA!!

Kredit resepi: pipi pau

RESEPI KERABU MANGGA IKAN BILIS

KERABU MANGGA IKAN BILIS
KERABU MANGGA IKAN BILIS

Bahan-bahannya:
  • 3 biji buah mangga muda
  • 1/2 mangkuk ikan bilis di goreng garing
  • 4-8 biji cili padi-saya guna 4 jer
  • 1 labu bawang besar
  • 1/2 mangkuk kelapa goreng
  • Sedikit belacan
  • Garam
  • Gula
  • Asam limau nipis

Cara-caranya:
  • Sagat buah mangga.
  • Tumbuk cili padi, belacan, garam dan gula.
  • Masukkan dalam buah mangga tadi.
  • Tumbuk halus kelapa goreng.
  • Masukkan dalam mangkuk mangga.
  • Masukkan sekali ikan bilis dan bawang besar yang dimayang nipis.
  • Gaul/Ramas- masukkan sedikit air asam limau nipis. Gaul.
  • Siap

Kerabu Mangga, hidangan pembuka selera

Kerabu Mangga antara sajian yang boleh mengatasi masalah hilang selera kerana rasanya yang masam dan lemak bergantung kepada jenis mangga yang digunakan.

BAHAN:
• Dua atau tiga biji mangga muda
• Seekor ikan kembung, digoreng
• Sekuntum bunga kantan
• Empat biji bawang merah
• Dua biji cili api
• Garam secukup rasa
• Kacang tanah goreng, ditumbuk (jika suka)
• Udang kering digoreng tanpa minyak (jika suka)

CARA MEMBUAT:
1. Kupas kulit mangga dan racik halus. Jika tiada alat peracik, hiris dengan pisau. Ketepikan.
2. Hiris bawang merah, cili api dan bunga kantan. Siat isi ikan kembung. Masukkan semua bahan ini ke dalam pinggan.
3. Gaul semua bahan dan letakkan garam secukup rasa. Hidangkan.

NOTA:
Jika mahu mempel­bagaikan rasanya, boleh tambahkan kacang tanah goreng dan udang kering. Jika mahu menambah hirisan tomato juga boleh bagi menambah khasiatnya.