1

2

3

4

Showing posts with label coffee. Show all posts
Showing posts with label coffee. Show all posts

Jom layan kopi di cafe Dua Darjat, Pasar Seni (Central Market), Kuala Lumpur

 

cafe Dua Darjat
 cafe Dua Darjat

cafe Dua Darjat
 cafe Dua Darjat
Cafe Dua Darjat yang aku beli coffee ni terletak di Pasar Seni (Central Market)...bukan dalam Pasar Seni tu, korang kena pergi ke pintu belakang Pasar Seni...Dua Darjat Cafe tu ada di situ...Aku tak past la pulak kenapa nama dia dua darjat...mungkinkah darjah antara B40 dengan T20?😝😝..yang ni kena tanya owner Dua Darjat tu sendiri ler.... Di sebabkan wife aku ni hantu coffee, asal jumpa ke cafe coffee hipster macam ni jer, wajib singgah dan beli, jadi aku pun kena layan la jugak coffee Dua Darjat ni... Menu Cafe Dua Darjat ni, korang boleh tengok gambar di bawah ni...
menu coffee Dua Darjat
menu coffee Dua Darjat

menu coffee Dua Darjat
menu coffee Dua Darjat
Menu tu ada 3 jenis...menu darjat series latte, kedua menu coklat seris dan ketiga mocha series...korang pilih la yang mana korang berkenan...feveret masing-masing kann..
ni aku beli 2, satu coffee, satu lagi coklat
ni aku beli 2, satu coffee, satu lagi coklat
Kalau korang dah memang plan nak jalan-jalan Pasar Seni @ Central Market ni, boleh la singgah di Cafe Dua Darjat ni. GPS koordinat dan google map seperti di bawah ni.

GPS koordinat: 3.1449469203482896, 101.69590480961033

Minum kopi santai-santai di Richiamo Coffee Cafe di Sungai Besar, Selangor

 

Richiamo Coffee Cafe, Sungai Besar
Richiamo Coffee Cafe, Sungai Besar

Richiamo Coffee Cafe, Sungai Besar
Richiamo Coffee Cafe, Sungai Besar
Kafe Richiamo Coffee ni beralamat di Business Centre, 6, Jalan SBBC 7, Sungai Besar, 45300 Sungai Besar, Selangor. Nik kira kafe hipsters la...sekarang ni dah banyak kafe-kafe macam ni tumbah bagai cendawan selepas hujan.

Richiamo coffee ni pun sempoi jugak...kopi pun padu...selain tu ada jugak makanan western yang light-light serta menu yang paling wajib ada di kafe macam ni adalah dessert a.k.a pencuci mulutπŸ˜‹πŸ˜‹

antara menu air di richiamo coffee
antara menu air di richiamo coffee

dessert dah tinggal sikit je lagi, sebab aku datang dah lewat petang...
dessert dah tinggal sikit je lagi, sebab aku datang dah lewat petang...
Jadinya, aku masuk ke richiamo coffee ni, terjebak la jugak membeli dalam ni. Air aku pilih untuk try ice salted caramello cuppuccino, spaghetti carbonara dan macaron orange.
macaron orange
macaron orange

spaghetti carbonara
spaghetti carbonara

ice salted caramello cuppuccino
ice salted caramello cuppuccino
Untuk kakitangan kerajaan yang makan di sini, korang boleh dapat diskaun 10%...sapa mau bagi kan...untunglaaaaaaaa kakitangan kerajaan..
diskaun 10% kepada kakitangan kerajaan
diskaun 10% kepada kakitangan kerajaan

kaunter untuk order dan buat bayaran richiamo coffee
kaunter untuk order dan buat bayaran richiamo coffee

deko dalaman menggunakan warna hitam sebagai tema utama
deko dalaman menggunakan warna hitam sebagai tema utama
Kepada yang nak santai-santai minum kopi, boleh la datang terjah kafe richiamo cofffe ni yang terletak di Sungai Besar, Selangor. GPS koordinat dan google map lokasi Richiamo Cofffee ni boleh rujuk seperti di bawah ni.
GPS koordinat: 3°40'24.5"N 100°59'20.5"E atau 3.673481, 100.989026

Layan minum di Kafe Bendera Coffee & Tea betul-betul di depan Masjid Ibadur Rahman, Taman Seri Serdang, Kepala Batas, Pulau Pinang

 

Kafe Bendera Coffee & Tea, Kepala Batas
 Kafe Bendera Coffee & Tea, Kepala Batas
Peminat-peminat Coffee di area Kepala Batas, boleh la datang layan Coffee di Kafe Bendera Coffee & Tea yang terletak betul-betul di hadapan Masjid Ibadur Rahman, Kepala Batas. Selalu tengok orang viral Kafe Bendara ni...terutamanya di tiktok...sampai aku sendiri terpengaruh, then terus cariπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚..

Aku try la kan sebab ramai dah orang komen dah try...aku pilih untuk minum caramel machiatto..menu ni agak manis la sikit...yang tak suka manis-manis boleh try menu lain..tapi adik musstiii mau manisss😍😍

caramel machiatto
caramel machiatto

caramel machiatto
caramel machiatto
Lokasi Kafe Bendera ni secara detail boleh rujuk GPS koordinat dan google map seperti di bawah.

GPS koordinat: 5°30'20.4"N 100°25'47.9"E atau 5.505668, 100.429981


Minum kopi di Brown Sugar Eatery, Bayan Lepas, Pulau Pinang

Brown Sugar Eatery
Brown Sugar Eatery

Brown Sugar Eatery
Brown Sugar Eatery
Peminat-peminat kopi, terutamanya perempuan yang suka sangat kopi hipster ni, kalau ada di area Bayan Lepas, boleh cari di Jalan Sultan Azlan Shah, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang. Cafe ni sempoi jer...betul-betul tepi jalan...Cafe pun takde la besar sangat, tapi sudah cukup memanggil-manggil peminat-peminat kopi untuk datang ke sini....

Ada pelbagai jenis kopi di Cafe Brown Sugar Eatery. Antaranya korang boleh tengok senarai menu kopi tu seperti gambar di bawah ni...

Senarai menu kopi di Cafe Brown Sugar Eatery
Senarai menu kopi di Cafe Brown Sugar Eatery
Aku try Signature coffee diorang..ada 2-3 jenis jugak la signature coffee. Tapi pilih untuk minum cremo latte.
cremo latte
cremo latte
Fuh! memang padu la kopi ni....Korang pun kalau lalu di sini, singgah-singgah la ke Cafe Brown Sugar Eatery.

Nak mudah, guna jer GPS koordinat dan google map seperti di bawah.

GPS koordinat:5°18'02.0"N 100°16'22.5"E atau 5.300562, 100.272902