Showing posts with label Teluk Air Tawar. Show all posts
Showing posts with label Teluk Air Tawar. Show all posts

Nasi Ayam Periuk Besar, Lunas Kedah

Nasi Ayam Periuk Besar, Lunas
Nasi Ayam Periuk Besar, Lunas
Nasi Ayam Periuk Besar ni terletak di Lunas, Kedah.Di sini main menu diorang adalah nasi ayam. Depa kata nasi ayam sini sedap. Jadi aku pun nak try la...

Tapi malangnya nasi ayam dah habis😭😭😭😭😭.

Tapi masih ada nasi ayam dengan daging kambing grill (ayam takde). Menu ni je yang ada. Jadi aku belasah jer. Tapi sedap jugak nasi dengan daging kambing gill ni.

nasi ayam dengan daging kambing grill 

Kepada yang nak mecuba makan nasi ayam dengan kambing grill, boleh la datang ke sini dengan menggunakan panduan lokasi gps koordinat dan google map sebagai panduan seperti di bawah.
gps Koordinat : 5°25'09.4"N 100°32'17.5"E atau 5.419265, 100.538201

Restoran Chicken Chop di Teluk Air Tawar, Butterworth Pulau Pinang


Restoran Chicken Chop, Teluk Air Tawar
Tengok restoran dan macam gempak dah.... Apa ntahnya chicken chop tu umpama menu utama yang ada di sini. Tapi sebenarnya bukan menu chicken chop je yang ada, menu lain pun ada je kat sini..saja je nama konon-konon paling special di sini adalah chicken chop. Dah disebabkan nama restoran pun chicken chop, jadi tak complete la kalau datang sini tak makan chicken chop kan....so aku pun mengoder la jugak chicken chop tu...
ni la rupanya chicken chop yang dihidangkan untuk aku
Aku datang restoran ni bukan semata-mata nak makan chicken chop je, jadi aku order juga menu lain sebagai menu tambahan makan malam aku iaitu nasi goreng paprik dan set nugget.
nasi goreng paprik

set nugget
Kepada yang nak cuba makan di Restoran Chicken Chop Shop ni, boleh datang ke Teluk Air Tawar, Butterworth, Pulau Pinang. Aku kasi kat korang gps koordinat dan google map sebagai rujukan korang.
gps koordinat : 5°29'34.1"N 100°23'01.5"E atau 5.492796, 100.383742
                                                                            

Makan malam char koay teow di Teluk Air Tawar, Butterworth Pulau Pinang

Char Koay Teow Teluk Air Tawar
Teringin nak makan char koay teow? Aku rekomen kat korang Kedai char koay teow di Teluk Air Tawar, Butterworth Pulau Pinang. Jangan takut nak makan sebab depa kata teloq kami basuh. Taktau la basuh teloq yang mana satu...kui kui kui...
malam-malam meriah dengan orang ramai
Char koay teow ni sinonim la dengan atmosphere Pulau Pinang. Pendek kata, kalau dah sampai pulau pinang, selain nasi kandar, tak pekena char koay teow, tak lengkap la lawatan muhibah korang ke Pulau Pinang ni. Di char koay teow Teluk Air tawar ni,     gerai ni macam seolah-olah   kawasan medan selera.Tetapi menu utama adalah char koay teow.
Aku tak pasti ada berapa ramai yang berniaga char koat teow, yang aku pasti, aku duduk betul-betul depan kedai yang tulis Mail 07 Char Koay Teow. So char koay teow aku datang dari kedai Mail 07 ni. 
Macam biasa, korang boleh pilih sama ada nak pinggan besar or nak pinggan kecil, dan juga ada menu special char koay teow. Selain tu, kalau taknak makan char koay teow, boleh je korang order menu makanan yang lain, cuma lebih baik makan char koay teow yang dah memang specialist diorang ni.
Menu Mail 07 Char Koay Teow

galeri gambar selebriti yang pernah hadir ke Char Koay Teow Teluk Air Tawar ni
Ada satu sudut yang pamerkan geng-geng selebriti yang pernah datang ke tempat diorang. Ada juga keratan akhbar yang menunjukkan Char Koay Teow Teluk Air Tawar ni pernah mendapat liputan dari wartawan.
sedap bak hang char koay teow niiiii......

sepinggan char koay teow
Lokasi Char Koay Teow ni betul-betul dekat dengan traffic light simpang tiga di Teluk Air Tawar Butterworth Pulau Pinang. Jika korang tak biasa dengan kawasan ni, boleh la guna gps koordiant dan juga google map yang dah aku sediakan untuk korang.
gps koordiant Char Koay Teow Teluk Air Tawar : 5°29'14.4"N 100°23'00.9"E