Showing posts with label Queensbay Mall. Show all posts
Showing posts with label Queensbay Mall. Show all posts

Restoran The Manhattan Fish Market di QueensBay Mall, Pulau Pinang

Restoran The Manhattan Fish Market
Restoran The Manhattan Fish Market
Mall paling besar di Pulau Pinang, korang boleh pergi jalan-jalan di Queensbay Mall ber'shopping' dan cuci mata...Kalau nak makan pun banyak restoran makanan yang ada di sini..Kebanyakannya makanan jenis fast foods la...Yang aku try makan di Queensbay ni adalah di restoran The Manhattan Fish Market. Kira menu utama diorang dah tentu la ikan!...
air coke
air coke

mushroom soup
mushroom soup

set yang aku order
set yang aku order

fish and chip
fish and chip
Sesekali makan The Manhanttan Fish ni, sempoi jugak...sedap pun sedap....

GPS koordinat Queensbay: 5.3332845076648026, 100.30682912975976

4 Fingers Crispy Chicken di Queensbay Mall, Pulau Pinang

4 Fingers Crispy Chicken
4 Fingers Crispy Chicken 

4 Fingers Crispy Chicken
4 Fingers Crispy Chicken 
4Finger Crispy Chicken ni aku terjumpa kat Queensbay Mall di Pulau Pinang. Tak pernah makan lagi aku benda alah ni..Ni saja nak try makan. 4Fingers Crispy Chicken ni kiranya dalam kategori fast food la...Makanan macam ala Korea sikit.. tapi sedap...dan aku ternampak ada logo halal besar kat kaunter order...So alaa conpiden sikit la nak makanπŸ˜…πŸ˜…
2 ketul mochi
2 ketul mochi

milo ais
milo ais

burger, fries, ayam
burger, fries, ayam
Sebenarnya ada nama setiap menu tu, tapi aku malas nak tulis satu persatuπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚.... Jadi kalau korang nak tahu menu yang aku makan ni, boleh tengok gambar senarai makan dalam bil aku ni😎😎
nama-nama makanan yang spesifik menu yang aku order
nama-nama makanan yang spesifik menu yang aku order
Lokasi Queensbay ni korang boleh cari dengan menggunakan GPS koordinat dan google map seperti dibawah.

GPS koordinat: 5.334374523555728, 100.30674127089546

Restoran Texas Chicken, Queensbay Mall, Pulau Pinang

 Peminat ayam goreng Texas Chicken yang berada di Pulau Pinang, bolehlah datang ke Queensbay Mall. Di Queensbay Mall ni ada restoran Texas Chicken. Di kalangan rakyat Malaysia, mungkin Texas Chicken ni masih baru. Di hati rakyat Malaysia, KFC sudah sebati dan melekat dalam hati sanubari.

Restoran Texas Chicken, Queensbay Mall
Restoran Texas Chicken, Queensbay Mall

Seperti mana KFC, Texas Chicken ni juga berasal dari Amerika. Texas Chicken sudah bertapak lama di Texas, USA.

coleslaw, mashed potato, fries, milo ais
coleslaw, mashed potato, fries, milo ais

honey butter biscuits, ayam goreng, rice
honey butter biscuits, ayam goreng, rice

Standard restoran fast food la menu, lebih kurang macam KFC juga. Ada juga burger, desserts dan sebagainya.

GPS koordinat lokasi : 5°19'59.0"N 100°18'23.5"E atau 5.333050, 100.306528 

Restoran Kapitan, Bayan Bays, Queensbay. Bayan Lepas Pulau Pinang

Nasi kandar restoran Kapitan
Penat berjalan-jalan dan Queenbays Mall, kalau nak makan nasi kandar, kena keluar sikit dari Queensbay Mall sebab restoran kapitan ni berada betul-betul bertentangan dengan Queensbay Mall ni. Dalam Mall tu takde la nasi kandar.. nak makan fastfood banyak la. Restoran Kapitan ni dibuka 24 jam dan sentiasa ramai orang. Biasanya orang akan order nasi briyani claypot. Depa kata sempoi....
lauk-lauk nasi kandar

Restoran Kapitan

Restoran Kapitan
Ada banyak juga menu-menu lain selain nasi kandar yang korang boleh cuba. Lagi satu yang sempoi, korang boleh try roti naan ayam tandoori. Sedap gak arrr... Kalau ambil roti naan cheese, lagi sempoi.
roti naan ayam tandoori
Kepada yang nak ke sini aku sertakan alamat diorang, gps diorang...kalau tak cukup juga, aku selit sekali google map sebagai panduan dan rujukan korang.
Restoran Kapitan
89-G Persiaran Bayan Indah
11900 Bayan Lepas, Penang
gps koordinat : 5°20'02.3"N 100°18'27.1"E atau 5.333965, 100.307530

Jom makan roti sandwich SUBWAY di Queensbay Mall, Pulau Pinang

Subway, Queensbay Mall, Penang
Queensbay Mall Penang ni adalah pasaraya yang famous dan terbesar di Pulau Pinang. Orang sentiasa ramai berkunjung ke sini, tambah-tambah lagi kalau cuti hujung minggu. Nak cari parking pun susah. Selain outlet jual pelbagai barangan bersepah dalam ni, kedai makan pun banyak. Dah puas jalan-jalan cuci mata, boleh pi makan-makan. Aku nak cerita kat sini pasal SUBWAY yang berjaya memikat hatiku untuk singgah menjamu selera. Subway ni sebenarnya sandwich la. Cuma kita boleh customize jenis roti dan 'inti' dalam roti tu. Kalau pilih set, tak bolah la nak customize.
menu subway 
Kalau pilih yang set, boleh dalam giant cookies dan air boleh pilih sendiri air apa yang kita nak. Nak refill air aku tak pasti plak boleh ke tak.
cookies dan air
sandwich in making
After all, akhirnya dapat la aku makan dua sandwich subway ni. Tengok pun dan menyelerakan, apatah lagi kalau dapat menjamah barang sesuap dua. yum yum yummmmmmmmm........
Sandwich subway 1

Sandwich subway 2
Aku dah lupa nama sandwich yang aku order ni, sebab aku just tulis sandwich subway 1, sandwich subway 2 jer...hihihihihi...
Kalau korang nak makan subway di queensbay Mall ni, aku sertakan gps koordinat untuk nak cari queensbay mall ni. Dah masuk dalam ni pandai-pandai la korang cari kat mana subway ni..hihihi..
gps queensbay Mall : 5°19'59.6"N 100°18'23.8"E