RESEPI REBUNG MASAK LEMAK CILI API

REBUNG MASAK LEMAK CILI API
REBUNG MASAK LEMAK CILI API

Bahan-bahan:
  • 300 gram rebung
  • 250 gram udang
  • 3 batang serai – diketuk
  • 3 helai daun kunyit – disiat
  • 1 keping asam keping
  • 1 liter santan cair
  • 1 biji santan
  • Garam dan gula secukupnya
Bahan yang perlu dikisar :
  • 20 biji cili padi atau ikut tahap kepedasan
  • setengah inci kunyit hidup
  • 8 biji bawang merah
  • 6 ulas bawang putih
Cara-cara memasak:
  • Bersihkan rebung dahulu dan direbus sekejap.Selepas direbus perlulah ditoskan
  • Masukkan kesemua bahan yang telah dikisar, santan serta serai ke dalam periuk kemudian kacau sehingga sebati
  • Kemudian masukkan rebung, garam dan masak lagi hingga keluar minyak
  • Jika sudah masak bolehlah ditutup apinya.
  • Siap untuk dihidangkan
P/s:Resepi Rebung Masak Lemak Cili Api Pedas lebih sedap jika dimasak dengan menggunakan santan segar.Selain itu,kuahnya perlulah sentiasa di kacau atau dilimbuk supaya kuahnya tidak berbiji-biji.

Resepi Ayam Masak Hitam

 

Ayam Masak Hitam
Ayam Masak Hitam 

Bahan bahan:
  • 1/2 ekor ayam
  • 10 tangkai cili kering
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • Halia besar ibu jari
  • 1 biji tomato potong potong suka hati(buat hiasan)
  • 1 biji bawang besar potong suka hati (buat hiasan)
  • kicap manis secukup rasa(saya guna kicap kipas udang)
  • Rempah untuk menumis (pelaga, bunga lawang, kayu manis)
Cara Memasak Ayam Masak Hitam:
  • kisar bawang merah, bawang putih, cili kering dan halia
  • ayam potong sederhana gaulkan dgn serbuk kunyit dan garam sikit dan goreng separuh masak
  • panaskan minyak dalam kuali dan masukan rempah tumis dan bahan kisar no#1 biar sehingga pecah minyak.
  • masukan ayam goreng tadi tambahkan kicap manis secukupnya. kemudian tambahkan air 1/2 cawan dan tutuptudung periuk dan biar sehingga mendidih.
  • masukan gula, garam secukup rasa, tomato, dan bawang besar dan apabila kuah dah pekat matikan api dan siap untuk dihidangkaan.
  • Daging pon sedap masak macam ni.
Kredit resepi: Khairul Ghazali‎_mahn

Resepi bihun sup chinese style

 

Bihun sup chinese style
Bihun sup chinese style

Resepi kuah :
  • Bawang putih (ikut nak banyak mana)
  • Air
  • Fish ball,fish cake 
  • Sayur
  • Kiub ayam 1
Cara :
  • Tumis bawang putih
  • Masukkan air ikut nak banyak mana
  • Masukkan fish ball,fish cake & kiub ayam
  • Dah mendidih masukkan sayur
  • Last sekali masukkan garam & gula
(Kalau ada minyak bijan boleh masukkan sikit,wangi je)

Resepi minyak bawang putih :
  • Bawang putih 1 labu (dipotong dadu)
  • Minyak secukupnya
Cara: 
  • Tumis bawang putih hingga keperangan, pastikan minyak cukup ye. Dah perang boleh angkat
Resepi cili kicap :
  • Kicap cair sikit
  • Kicap manis sikit
  • Minyak bijan sikit
  • Cili potong
Bihun  macam biasa,kita celur air panas je

Siap..selamat memasak

kredit resepi: Nur Habibah Yapani

Resepi Kueh Cakoi/Pak Tongkol

 

Kueh Cakoi/Pak Tongkol
Kueh Cakoi/Pak Tongkol

Bahan-bahan cakoi:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 3/4 cawan air suam
  • 1/2 sudu kecil yis
  • 2 sudu besar gula
  • 1 1/2 sudu besar minyak jagung
  • 1/2 sudu kecil garam
Cara-cara:
  • Masukkan gula dan yis ke dalam air suam. Kacau dan biarkan yis kembang. Lebih kurang 15 minit.
  • Satukan tepung, minyak jagung dan garam ke dalam bekas besar.
  • Masukkan yis yang telah kembang tadi ke dalam bekas tepung. Uli adunan sehingga tidak melekat di tangan dan menjadi doh.
  • Perap doh sehingga naik 2 kali ganda lebih kurang 1jam.
  • Tumbuk doh yang telah kembang untuk mengeluarkan angin.
  • Canai doh secara memanjang. Tebal lebih kurang 1cm. Kemudian potong kecil-kecil secara melintang. Letakkan air di bahagian tengah doh yang telah dipotong kecil dan lapik dua.
  • Perap doh sekejap lebih kurang 5 ke 10 minit supaya lebih kembang.
  • Tarik doh memanjang dan terus goreng dengan api sederhana kecil.
Nota :
  • Jangan guna air yang terlalu panas untuk mengelakkan yis mati.
  • Uli lama untuk mendapatkan kuih yang lembut.
  • Boleh tambah sedikit baking powder dan soda bikarbonat jika suka.
Resepi Kuah Pandan untuk Cakoi(Ala Kaya Cakoi)

Bahan kuah pandan untuk cakoi:
  • 1 1/2 sb tepung kastard
  • 1 cawan susu segar (guna santan pun boleh)
  • 3-4 sb susu pekat manis (kalau takde, letak gula pun ok)
  • sedikit pandan paste (kalau takde, letak air daun pandan tu je)
Cara-caranya:
  • Masuk sumanya dalam periuk dan masak atas api sederhana. Kacau selalu sehingga sedikit pekat (cam kaya tu la..sama je). Angkat dan sejukkan.
  • Sedia dihidangkan bersama kuih Cakoi Sedap Sangat anda!

Resepi Mee Kuah Daging

Mee Kuah Daging
Mee Kuah Daging

Bahan Kuah:
  • 1 biji bawang holland
  • 1 biji bawang besar
  • 6 ulas bawang putih
  • 1/2 inch halia
  • 2 biji tomato
  • Potong semua bahan diatas, dan tumis sehingga naik bau. Lepas tu blend semua bahan
  • Cili kering kisar 
  • 1 biji kentang russet
  • 2 biji keledek merah
  • Daging 
  • Asam keping
  • 1 tin tomato soup 
  • Susu pekat
  • Garam 
  • Gula
  • Ajinamoto
  • Sos cili
Cara-cara:
  • dalam periuk, didihkan air, masuk daging/tulang, rebus skli kentang dan keledek
  • agak-agak kentang keledek dah empuk, angkat pastu blend
  • masuk bahan kisar, 3 senduk cili kisar, kalau nak pedas letak lebih, 1 tin tomato soup, 2 asam keping,kentang yang dah blend tadi, garam, pak aji, 5 sudu besar susu pekat, 1 senduk sos cili. 
  • agak-agak dah mendidih balance dengan gula.  
  • biar mendidih
Selamat mencuba

Resepi soto yang lazat

soto
soto

RESEPI KUAH SOTO
  • Blend halia, lada hitam, jintan manis, jintan putih, halia, bawang besar & bawah putih
  • Panaskan minyak, tumis 3 sekawan (kayu manis, bunga lawang & buah pelaga..bila dah naik bau, masukkan bahan blend tadi. Goreng hingga naik minyak & bau semerbak😀
  • Masukkan air, sekeping asam keping, sebatang serai dititik. Kemudian masukkan rempah mak siti (masukkan air kacau dahulu so that dia tak berketul kemudian baru masukkan dalam bahan tadi)
  • Masukkan dada ayam dan ayam di rebus sampai masak. Setelah masak keluarkan dan tos. Sup ni di tambah air ikut suka banyak mana kemudian masukkan garam gula secukupnya
  • Ayam yang direbus tadi kemudian di goreng dan diricih2kan
RESEPI BEGEDIL
  • Kentang di buang kulit dan dihiris2 kemudian digoreng
  • Bila dah masak, kentang di tumbuk lumat dan gaulkan dengan mince meat
  • Masukkan sedikit telur (kalau sebijik telor di pecah dan kacau, masukkan separuh) * kalau terlembik masukkan sedikit tepung kalua 'ok'..tepung tidak perlu
  • Potong daun sup & bawang , gaulkan sekali dengan bahan tadi (option). Jangan lupa garam gula dan perasa
  • Kemudian di bulat2kan. Panaskan minyak..celup telur dan goreng dengan api sederhana
RESEPI CILI KICAP
  • Blend cili (sebanyak dan mengikut kepedasan masing2)
  • Seulas dua bawang putih (depends banyak mana cili)
  • Kicap dan garam sedikit
  • Blend kesemua, last sekali perah limau sedikit
Semoga resepi ini memberi manfaat kepada semua😉

Kredit resepi: ‎Kaseh Aryssa‎

Resepi kuah kacang dhal

kuah kacang dhal
kuah kacang dhal

 Kacang dhal- rendam semalaman

Rebus sampai empuk

Daun Kari, bawang merah 3 biji, biji sawi - tumis dengan minyak sapi. Kalau takda minyak sapi minyak masak pun boleh.
Lepas tu masukkan Lada kering dalam 5 biji . Potong kecik-kecik.
Masukkan kacang dhal..masuk air sikit, kunyit serbuk dan buh santan. Kalau takda santan ganti susu sejat sikit.
Perasakan dengan garam.

Siap

RESPI PUDING JAGUNG LEMAK MANIS

PUDING JAGUNG LEMAK MANIS
PUDING JAGUNG LEMAK MANIS

Bahan-bahan: 
  • 1 bungkus agar-agar serbuk
  • 1 tin jagung krim
  • 1 cawan tepung kastard
  • 3/4 cawan gula pasir
  • 1 tin susu sejat
  • 1 cawan santan @ 1 kotak santan 200ml
  • 1 cawan air
  • 2 1/2 sudu susu manis
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • pewarna kuning
Cara-cara:
  • Campurkan semua bahan ke dalam periuk. Kacau hingga sebati.Masak adunan hingga pekat kemudian matikan api.
  • Tuangkan adunan  ke dalam loyang. Biarkan puding sejuk seketika.Masukkan ke dalam peti ais untuk didinginkan.

RESEPI BIHUN GORENG KOSONG SIMPLE

 

BIHUN GORENG KOSONG SIMPLE
BIHUN GORENG KOSONG SIMPLE

Bahan:
  • 200 gr bihun, rendam hingga lembut dan toskan
  • sawi
  • toge
  • cili merah besar
Bahan Sos:
  • 2 sdm cili giling
  • 2 sdm sos tiram
  • 3 sdm kicap manis
  • 2 sdm cili sos
Bahan Kisar:
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • segenggam ikan bilis, rendam dahulu
Cara-cara:
  • Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau.
  • Masukkan cili giling, kecilkan api dan masak sehingga cili benar benar masak dan garing.
  • Setelah itu masukkan sedikit air, sos tiram, cili sos, kicap, gula, garam dan seasoning. Masak sehingga sambal terbit minyak.
  • Masukkan carrot, udang, fishcake, fishball jika ada.
  • Kemudian masukkan bihun  jika bihun belum cukup lembut, masukkan air sedikit demi sedikit.
  • Akhir sekali, masukkan sawi dan taugeh.
  • Kacau rata dan tutup api.
  • Siap! 
kredit resepi: kualihelena

RESEPI PUDING ROTI SOS KASTARD

PUDING ROTI SOS KASTARD
PUDING ROTI SOS KASTARD

Bahan bahan:
  • 8 keping roti (gardenia @ hi5)
  • 500ml susu segar
  • 2 biji telur
  • 4 sudu besar gula kastor (nak guna gula biasa pun boleh tapi kena kurangkan la sbb takut nanti manis sgt)
  • 1 sudu besar tepung kastard
  • 2 sudu besar butter (cairkan dulu)
  • 1 sudu esen vanilla (nak hilangkan bau telur)
  • Kismis utk hiasan
Cara cara:
  • Koyakkan roti ke dalam loyang.
  • Susu segar, telur, gula kastor, tepung kastard, butter, esen vanila dcampurkan dan dputarkan sekali hingga sebati. (Bagi gula tu betul2 hancur).
  • Masukan bahan yang dputar tadi ke dalam loyang yang berisi roti dan gaulkan kesemuanya hingga sebati. Rendamkan selama 20-30 minit.Taburkan kismis ke atasnya.. 
  • Boleh juga guna mix fruit, chocolate chips, almond... Ikut kesukaan masing2. (Kena tabur selepas bahan di. No 3 drendam 20-30 minit)Bakar selama 20-30 minit dgn suhu 180'. Nak kukus pun boleh.
Untuk sos kastard:
  • 1 tin susu cair
  • 1/4 tin air (guna tin susu cair tadi)
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • 2 sudu besar gula
Cara cara:
  • Campurkan kesemua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga agak pekat. Kepekatan ikut selera masing-masing.
  • Tuang keatas puding roti tadi. Jika suka sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk dahulu sebelum dipotong dan dituang sos kastard.

RESEPI BAWAL BUMBU(REMPAH) BALI

BAWAL BUMBU(REMPAH) BALI
BAWAL BUMBU(REMPAH) BALI

Bahan-bahannya:
  • Ikan bawal 2 ekor
  • Air 200 ml
  • Lada merah 8 biji, dibuang bijinya
  • Bawang putih 4 ulas
  • Tomato 1 biji
  • 3 sudu makan kicap manis
  • ½ sudu teh air limau nipis
  • 1 ½ sudu teh garam
  • 1 sudu teh gula merah
  • Minyak utk menggoreng
Cara-caranya :
  • Bersihkan ikan bawal, potong jadi 2, kemudian lumurkan ikan dengan air limau nipis dan setengah sudu teh garam, biarkan 15 minit.
  • Panaskan minyak dan goreng ikan bawal hingga kering keperangan.
  • Kisar lada merah, bawang putih, dan tomato . Tumis sampai harum.
  • Masukkan ikan bawal, kacau. Tambahkan air dan masak sampai rempahnya meresap.
  • Setelah masak, angkat dan sajikan panas-panas.

RESEPI IKAN BAWAL MASAK SOS

 

IKAN BAWAL MASAK SOS
IKAN BAWAL MASAK SOS

Bahan-bahannya :
  • 1 ekor Ikan Bawal. (ikan lain pun boleh)
  • Sedikit Garam*
  • Sedikit Kunyit Serbuk*
  • 1 sudu besar Tepung Jagung*
  • 1 1/2 inci Halia Muda. (diracik halus)
  • 2 biji Tomato. (dibuang biji)**
  • 1/2 labu Bawang Besar**
  • 3 ulas Bawang Putih**
  • 3 ulas Bawang Merah**
  • 2 biji Limau Kasturi. (buang biji)**
  • 5 sudu besar Sos Cili
  • 2 sudu besar Sos Tomato
  • 2 sudu besar Sos Tiram
  • 1 sudu kecil Kicap Pekat
  • 1/2 sudu kecil Lada Sulah
  • 1 sudu besar Tepung Jagung dibancuh bersama 1/2 cawan air .(jika suka, untuk memekatkan kuah)
  • Garam, gula dan Serbuk Perasa.
  • Minyak untuk menggoreng dan menumis.
  • Kisarkan bahan-bahan bertanda **
Cara-caranya :
  • Gaulkan Ikan Bawal dan bahan bertanda*. Goreng sehingga garing.
  • Dalam kuali lain, panaskan 2 sudu besar Minyak Masak dan tumiskan Halia Muda yang diracik sehingga naik bau.
  • Masukkan bahan yang dikisar, kacau hingga sebati.
  • Masukkan Sos Cili, Sos Tomato, Sos Tiram, Kicap Pekat dan Lada Sulah. Kacau sehingga masak.
  • Akhir sekali, masukkan air tepung jagung (jika perlu), garam, gula dan serbuk perasa. Jika suka masukkan 1/2 labu baki Bawang Besar tadi yang dihiris bulat.
  • Apabila dah siap curahkan kuah tadi ke atas ikan yang dah digoreng. Sedia untuk dihidang.
kredit resepi: DenaiHati Network

Resepi gulai tenggiri

gulai tenggiri
gulai tenggiri

Bahan-bahan:
  • 1/2 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 3 tbsp cili kisar
  • 3 tangkai daun kari
  • 1 tbsp biji sawi
  • Rempah kasar
  • 5 tbsp rempah kari ikan
  • 5 keping ikan tenggiri
  • Bendi
  • Terung
  • Tomato
  • 2 asam keping
  • Air secukup nya
  • Santan rm2
  • Gula
  • Garam
Cara-cara:
  • Panaskan kuali bersama sedikit minyak, kemudian masukkan daun kari dan biji sawi. Tumis seketika
  • Kemudian masukkan rempah kasar, bawang besar, bawang putih dan halia yang dihiris. Tumis hingga layu.
  • Masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak.
  • Setelah itu, masukkan pula rempah kari ikan dan sedikit air. Tumis hingga pecah minyak.
  • Kemudian masukkan sedikit air, dan terung. Biar seketika. Masukkan pula bendi dan juga ikan tenggiri
  • Masukkan santan dan tomato. Perasakan. Gulai ikan tenggiri sedia dihidang bersama nasi panas dan ikan masin. 
  • Selamat mencuba
Kredit resepi: seminit resepi 

Resepi otak-otak Ikan Tenggiri

Otak-otak Ikan Tenggiri
Otak-otak Ikan Tenggiri

BAHAN-BAHAN (Hidangan untuk 30 keping):
  • 300 gm ikan tenggiri
  • 2 sudu besar santan pekat
  • 1 biji telur ayam
  • 1/4 cawan tepung ubi garam dan gula secukup rasa
BAHAN-BAHAN(Sambal)
  • 3 sudu besar cili
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci belacan
  • 1 biji buah keras
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 inci kunyit
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1 batang serai dihiris
  • 1 sudu besar rempah kari ikan
  • 1 sudu besar air asam jawa
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • 1/4 cawan air
BAHAN-BAHAN (Untuk membungkus)
  • Daun kelapa
  • Lidi
CARA-CARA MEMBUATNYA
  • Mula-mula masukkan bawang putih, belacan, buah keras, halia, kunyit, lengkuas, serai, rempah kari ikan, cili, air asam jawa dan air ke dalam mesin pengisar. Kisar sehingga halus. Kemudian tumis dgn minyak sehingga mendidih dan ketepikan seketika
  • Kisar isi ikan sehingga halus dan campurkan bersama santan pekat, tepung ubi, telur,sedikit air,garam, gula serta bahan-bahan sambal. Gaul sebati.
  • Selepas itu, ambil satu sudu besar isi ikan masukkan ke dalam daun kelapa. Kemudian kepitkan dgn lidi di kedua-dua hujungnya dengan kemas. Langkah ini diulangi sehingga semua adunan habis.
  • Bakar di atas arang hingga daun nampak garing dan otak-otak masak
  • Otak-otak sedia untuk dihidang. Ia boleh juga dimasukkan ke dalam petisejuk beku jika ingin disimpan lama.
Kredit Resepi:iCookAsia