Pekena Bihun Sup Seri Manggis, Kepala Batas Pulau Pinang

Gerai Bihun Sup Seri manggis
Gerai Bihun Sup Seri manggis

Gerai Bihun Sup Seri manggis
Gerai Bihun Sup Seri Manggis
Kepada yang nak makan bihun sup di area kepala batas boleh la cuba di gerai Bihun Sup Manggis yang terletak di sebelah jalan besar Butterworth-Kepala Batas. Landmark yang senang korang nak cam adalah Pasar Awam kepala Batas. Dekat je dengan pasar awam ni.

Gerai Bihun Sup Seri Manggis ni buka dari jam 11 pagi hingga ke 7 petang setiap hari kecuali hari Jumaat. Jumaat cuti. Disebabkan aku datang sini dah petang pukul 6 lebih, jadi hanya tinggal bihun sup daging je yang tinggal...aku takda pilihan, kena makan gak la bihun sup daging ni😂😂😂😂

bihun sup daging
bihun sup daging
Bihun sup daging yang aku makan ni pun sedap gak..penuh dengan daging..kena selak daging baru jumpa bihun😁😁😁... Di sebabkan aku tak boleh nak order sup-sup lain, dalam gerai ni ada 2 stall yang jual roti john dan makanan goreng-goreng, jadi aku order la gak roti john, mee goreng dan megi goreng..
roti john
roti john

mee goreng
mee goreng

megi goreng
megi goreng
Selain tu ada juga la menu mee kuah, mee kuah tulang, megi kuah...Tapi kena datang awal-awal sikit..kalau datang hujung-hujung takut habis awal.

Kalau korang nak datang ke sini, aku sediakan gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan korang kat bawah ni..

GPS koordinat: 5°30'55.9"N 100°25'02.6"E atau 5.515527, 100.417383

No comments:

Post a Comment