Resepi koleh kacang

koleh kacang
koleh kacang

Bahan utk tahi minyak:
  • 1 cawan santan pekat
  • secubit garam

masak bahan atas dengan api perlahan, kacau jangan tinggal, dah keluar tahi minyak, boleh tutup api.tapis supaya tahi minyak tak hitam,tabur atas tisu.

Bahan A:
  • 1 1/2 cawan gula merah (boleh dapatkan dekat kedai bakeri, gula dia warna gelap sikit, bukan gula perang) 
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 cawan air
  • 1 helai daun pandan 

masak bahan di atas dengan api perlahan sampai gula hancur. jangsn smpai pekat, tapiskan dan guna 2 CAWAN sahaja.

Bahan B:
  • 2 1/2 cawan tepung kacang hijau (boleh dapatkan dekat kedai bakeri
  • 2 cawan santan pekat
  • 5 cawan air
  • secubit garam
satukan semua bahan di atas.. tapis dan campur sekali bahan A tadi.
masak diatas api sederhana besar sampai likat.

sapu loyang dgn minyak atau alas dengan plastik.. tuang adunan dan biarkan sejuk seketika..tabur tahi minyak masa adunan tu tengah panas supaya melekat cantik..

sejukkan sekejap dekat luar, lepastu masuk dalam peti ais lebih kurang sejam.. dah boleh potong

Kredit resepi: noratikah syuhada 

No comments:

Post a Comment