RESEPI DAGING MASAK MERAH ALA THAI

DAGING MASAK MERAH ALA THAI
DAGING MASAK MERAH ALA THAI

Bahan-bahan:
Daging secukupnya cuci bersih dan rebus hingga empuk bersama sos bawang atau boleh juga guna pewarna merah. (zie rebus 30-35 minit menggunakan api kecil) kalau air kering tambah lagi. 
Bila daging dah empuk sejukan dan hiris nipis-nipis

Bahan Tumis:
  • 2 ulas bawang putih dicincang 
  • 1 biji bawang besar dihiris tebal
  • 4 sudu besar ibu sambal,atau boleh juga guna cili boh sahaja
  • 4 sudu besar sos cili  
  • 2 sudu besar sos tomato 
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos merah bawang (jika tiada boleh guna beberapa titik pewarna merah) 
  • 1 sudu besar penuh tepung jagung dibancuh dengan sedikit air
  • garam, gula, secukup rasa dan serbuk perasa jika perlu 
  • tambahan: apa-apa sayur kegemaran 
Cara-cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang putih masukkan daging bila hampir garing masukkan bawang besar dan semua jenis sos dan bahan berbaki satu persatu kecuali air tepung jagung dan sayur.
Setelah mendidih masukkan air tepung jagung, sayur dan air  mengikut banyak kuah yang diingini kacau sebati. siap.

Kredit resepi: Aisyah humairah(mahn)

No comments:

Post a Comment