1

2

3

4

makan tengahari di restoran Saffani, Simpang Pulai

Restoran Saffani, Simpang Pulai
Alamat lengkap Restoran Saffani ni adalah no 54, Persiaran Pulai Baru 2, Taman Muda, 31300 Ipoh, Negeri Perak. Walau pun restoran ni agak tersorok sikit tapi tetap menjadi pilihan untuk orang ramai menjamu selera di sini. Restoran ni buka seawal 6.30 hingga ke 4 petang setiap hari kecuali hari Jumaat.
restoran Saffani

nasi campur dengan ikan keli dan ikan kembung bakar.
Ikan bakar keli yang dicicah dengan air asam sangat sedap. Lagi satu yang aku cuba, masak lemak pun sedap jugak. Masa aku datang ni pun dah dekat pukul 3 petang, jadi banyak makanan yang dah nak habis.
Untuk ke sini, boleh guna gps koordinat dan google map seperti dibawah.
gps koordinat : 4°31'37.4"N 101°07'24.8"E atau 4.527050, 101.123542

Kellie's Castle yang berhantu di Batu Gajah, Perak

Kellie's Castle, Batu Gajah, Perak

Kellie's Castle, Batu Gajah, Perak
Kellie's Castle yang terletak di Batu Gajah, Perak telah dibina oleh Willian Kellie Smith. Pembinaannya banyak di pengaruhi oleh Rom, Moor dan Indo-Sarasenik. Rekaan ini seakan-akan sama dengan senibina Banganan Sultan Abdul Samad yang terletak di Kuala Lumpur.
Yang menariknya, bangunan ini tidak menggunakan simen kerana simen masih belum ada pada ketika itu. Jadi, untuk melekatkan batu-bata, campuran putih telur itik, kapur, pasir, gula merah dan madu. Rumah agam ini juga tidak menggunakan sebarang besi, mahupun paku dalam pembinaannya.
Willian juga memastikan penebatan yang baik dari sinaran panas matahari di mana terdapat lubang-lubang yang dibuat untuk pengudaraan yang sempurna. Dikatakan juga, pembinaan asal rumah agam ini menyediakan 14 buah bilik.
Kellie's Castle ini juga mempunya ruang untuk lift. Namun lift yang ditempah khas tidak dapat dipasang kerana William sudah meninggal dunia. Rumah agam ini sebenarnya tidak sempat disiapkan oleh William. Jika rumah agam ini siap, kemungkinan ianya menjadi rumah agam yang tercantik di Malaya pada ketika itu dan juga lift yang pertama di Malaya juga pada ketika itu.
Pada masa sekarang, Kellie's Castle telah menjadi tempat tumpuan orang tempatan dan juga pelancong walaupun Kellie's Castle ini dikatakan berhantu dan sering dilihat berkeliaran di sekitar rumah agam tersebut. Ianya menjadi semangkin popular selepas filem Munafik 2 arahan Syamsul Yusof menjalankan penggambaran di sini. Jika kita ke sini, terdapat juga signboard yang menyatakan kawasan-kawasan penampakan hantu. Contohnya signboard seperti di bawah.
Balkoni serambi berhantu

Balkoni 2 serambi berhantu
Sebenarnya sebelum Kellie's Castle dibina, William telah pun membina sebuah rumah keluarganya yang dibina pada tahun 1905. Walau bagaimanapun, rumah ini runtuh semasa perang dunia ke-2. Rumah ni sisa binaannya masih boleh dilihat dibelakang Kellie's Castle ini.
runtuhan rumah keluarga William yang pertama
Pengunjung juga boleh naik hingga ke bumbung rumah agam ini, tetapi pengawasan ibupada terhadap anak-anak kecil adalah sangat dititikberatkan kerana tiada safety pagar dipasang disekeliling bumbung tersebut.
Pengunjung boleh naik hingga ke bumbung
Berikut adalah antara gambar-gambar yang sempat di snap untuk tatapan semua.
susun atur perabot diruang tamu

salah satu bilik di Kellie's Castle

koridor Kellie's Castle
Kepada yang nak ke Kellie's Castle ni, boleh la datang ke Batu Gajah, Perak. Lebih kurang 2-3km dah boleh nampak Kellie's Castle ni sebab kedudukannya di atas kawasan yang tinggi. Nak masuk ke dalam Kellie's Castle ni ada dikenakan tiket. Untuk dewasa RM10 dan kanak-kanak RM8. Jika tunjuk mykad dan mykid, boleh dapat harga diskaun dewasa RM5 dan kanak-kanak RM3. 
Di sini juga, aku sertakan gps koordiant dan google map sebagai rujukan dan panduan korang.
gps koordinat : 4°28'27.8"N 101°05'16.0"E atau 4.474379, 101.087787

Mamu roti canai terbang, Penaga Pulau Pinang

Mohd Zambree Yacob (Mamu roti canai terbang) - gambar ihsan Berita Harian


Mamu roti canai terbang yang terletak di Penaga Pulau Pinang, menjadi tarikan orang ramai untuk datang sendiri makan sambil menyaksikan penebar roti canai menunjukan aksi roti canai terbang.
Pengasas, Mohd Zambree Yacob atau lebih dikenali mamu roti canai, telah menjelajah ke banyak negara berbekalkan kemahiran menebar roti canai terbang.
Antara negara yang pernah dilawati adalah Korea, Jepun, Perancis, Azerbaijan, Filipina, Indonesia, Australia, London dan banyak lagi tempat-tempat lain. Jepun adalah negara yang paling berminat dengan roti canai menurut mamu dan dijual dengan harga RM24 sekeping.
Restoran mamu roti canai terbang, beroperasi setiap hari kecuali hari Selasa. Selasa tutup. Selain roti canai yang menjadi tarikan orang ramai, ada juga nasi lemak, cucur udang dan juga nasi berlauk. Banyak juga lauk pauk yang ada.
restoran Mamu Roti Canai Penaga

penebar-penebar roti canai
Sekarang ni kalau pergi ke Mamu Roti Canai, ramai penebar-penebar muda ada disini, mungkin semuanya anak murid mamu sebab semuanya pandai buat roti canai terbang. Sesekali diorang beraksi menunjukkan aksi roti canai terbang, tambahan pulak tempat diorang menebar roti canai mengadap ke arah pelanggan.
sambil makan, sambil lihat aksi roti canai terbang

ramai orang yang datang sarapan pagi roti canai
Ok sekarang tiba masa aku nak tunjuk rupa paras roti canai yang berterbangan tu. Biasa roti canai petak kan, jarang ada roti canai bulat. Tapi di sini roti canai adalah berbentuk bulat.
roti canai kosong

roti canai telur

nasi lemak, cucur udang dan tahu sumbat

nak makan nasi campur pun ada
Kepada yang nak merasai roti canai terbang, boleh lah ke restoran Mamu Roti Canai Terbang ni yang terletak di, Penaga yang beralamat, Next to 460, Jalan Besar Penaga, Kampung Paya, 13100, Penaga Pulau Pinang. Boleh juga guna gps dan google map yang aku sertakan dibawah ni.
gps koordinat : 5°31'44.0"N 100°22'55.4"E atau 5.528889, 100.382047

Restoran Happy Waffle, Bertam Perdana 3, Kepala Batas

restoran Happy Waffle
Kalau dah rasa bosan nak makan nasi kandar di Pulau Pinang ni, korang boleh la cari restoran-restoran yang ada kelainan sikit. Macam-macam ada yang boleh korang try. Antara yang aku pernah terjah, Big Tas Tea Pokok Sena, Debob Coffee, Barastar Cafe, dan banyak lagi lah yang aku pernah terjah.
Restoran Happy Waffle ni salah satu la yang korang boleh terjah. Di sini menu kebanyakannya adalah menu western food a.k.a makanan barat.
Tapi yang rare sikit di Happy Waffle ni, menu utama adalah waffle. Sesuai la dengan nama restoran kan... takan la menu utama nasi lemak kot...hahahahaha. 
Ada banyak jugak la pilihan makanan western dan waffle. Selain tu ada jugak goreng-goreng kalau tak suka makan western food. Boleh tengok menu-menu yang aku sempat snap di bawah ni.
menu-menu western

menu-menu waffle

menu hidangan happy platter, kidz menu dan pasta

menu goreng-goreng dan menu side order
Daripada menu-menu tu, aku telah mengorder beberapa makanan yang ada di Happy Waffle ni. Semestinya waffle kena order la kan..
waffle

waffle

waffle

set burger

pasta

cheesy wedges

nasi goreng kampung
Ok, minuman yang aku try di sini adalah root beer float dan mocha ais.
root beer float

mocha ais
Itu saja kisah aku di Happy waffle. Kalau korang nak datang ke sini, silakan. Restoran ni buka dari jam 4 petang hingga malam. Akusertakan juga di sini gps koordinat dan google map sebagai rujukan korang.
gps koordinat : 5°32'21.5"N 100°28'00.2"E atau 5.539309, 100.466722