Showing posts with label Simpang Pulai. Show all posts
Showing posts with label Simpang Pulai. Show all posts

Makan petang di Restoran Al Ansaar Tomyam di Simpang Pulai, Perak

Restoran Tomyam Al Ansaar, Simpang Pulai
Restoran Tomyam Al Ansaar, Simpang Pulai
Singgah di restoran Al Ansaar Tomyam ni sebab aku dah rasa lapar bila turun dari Cameron Highland. Disebabkan aku turun ni dah petang, lebih kurang jam 4 aku sampai ke Simpang Pulai, jadi aku decide nak makan yang goreng-goreng ala thai je lah...kebetulan Al Ansaar Tomyam ni ada masakan ala thai, jadi tanpa berlengah, terus ler mengorder makananπŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹
sayur kangkung belacan
sayur kangkung belacan

nasi goreng daging, telur dadar
nasi goreng daging, telur dadar

sup ayam
sup ayam
Di restoran ni juga ada disediakan masakan lauk tengahari masakan melayu style....Masa aku sampai ni, makan tengahari masih ada..cuma aku dah aim nak macam masakan ala thai, so aku tak ambil la masakan tengahari tu...
Masakan melayu untuk makan tengahari
Masakan melayu untuk makan tengahari
Jika korang nak try makan di sini, boleh rujuk GPS koordinat dan google map seperti di bawah.

GPS koordinat: 4°31'42.6"N 101°07'46.0"E atau 4.528490, 101.129450

Warung Kak Yam, Simpang Pulai, Perak

Warung Kak Yam, Simpang Pulai
Warung Kak Yam, Simpang Pulai

Warung Kak Yam, Simpang Pulai
Warung Kak Yam, Simpang Pulai
Perjalanan aku nak ke Cameron Highlands dari Simpang Pulai, berhenti sekejap di Warung Kak Yam, Simpang Pulai untuk makan tengahri. Warung Kak Yam ni, betul-betul di laluan untuk naik bukit Cameron Highlands, sebelum stesen minyak petronas...Walaupun, aku boleh je nak makan di Cameron Highlands, sebab dari Simpang Pulai ke Cameron Highlands hanya ambil masa kurang lebih 1 jam sahaja, namun memandangkan kebarangkalian untuk nak hadap jem di Cameron Highlands sangat tinggi, sebab tu la aku makan tengahari siap-siap kat bawah niπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚
ada pelbagai pilihan jugak lauk tengahari
ada pelbagai pilihan jugak lauk tengahari

ni la nasi makan tengahari aku
ni la nasi makan tengahari aku
Kepada yang nak singgah ke sini sebelum naik ke Cameron Highlands, boleh la singgah di Warung Kak Yam ni...GPS koordinat dan google map seperti di bawah.

GPS koordinat: 4°31'59.6"N 101°08'06.1"E atau 4.533218, 101.135014

makan tengahari di restoran Saffani, Simpang Pulai

Restoran Saffani, Simpang Pulai
Alamat lengkap Restoran Saffani ni adalah no 54, Persiaran Pulai Baru 2, Taman Muda, 31300 Ipoh, Negeri Perak. Walau pun restoran ni agak tersorok sikit tapi tetap menjadi pilihan untuk orang ramai menjamu selera di sini. Restoran ni buka seawal 6.30 hingga ke 4 petang setiap hari kecuali hari Jumaat.
restoran Saffani

nasi campur dengan ikan keli dan ikan kembung bakar.
Ikan bakar keli yang dicicah dengan air asam sangat sedap. Lagi satu yang aku cuba, masak lemak pun sedap jugak. Masa aku datang ni pun dah dekat pukul 3 petang, jadi banyak makanan yang dah nak habis.
Untuk ke sini, boleh guna gps koordinat dan google map seperti dibawah.
gps koordinat : 4°31'37.4"N 101°07'24.8"E atau 4.527050, 101.123542