1

2

3

4

JADUAL KEHIDUPAN HARIAN YG DISUSUN OLEH USTAZ ISMAIL KAMUS

1. Bangun Malam (sekitar jam 3 pg)
- Mandi dan ambil wuduk

2. Solat Sunat Wuduk.

3. Solat Sunat Taubat.

4. Solat Sunat Tahajjud (8 rakaat).

5. Solat Sunat Hajat (mintak Allah makbulkan permintaan kita, bila2 masa kita mintak).

6. Solat Sunat Witir 3 rakaat.

7. Istighfar 

( أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْه ) 100X

8. Tahlil 
( لاَ إِلَهَ إِلَّاالله ) 300X

9. Baca Doa Nabi Yunus 

( لاَإِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَا نَكَ إِنِّيْ كُنتُ مِنَ الظَّا لِمِيْنَ ). 40x

10. Tasbih 40x

( سُبْحَانَ اللَّهِ وَ الْحَمْدُ لِلَّهِ وَ لاَ اِلهَ إِلاَّ اللَّهُ وَ اللَّهُ أَكْبَرُ ) 40X

11. Solat Sunat Fajar.

12. Solat Subuh.

13. Baca Yaassin lepas subuh.

14. Solat Sunat Dhuha 6 rakaat.

15. Solat Zohor.
- Solat sunat sebelum
- Solat sunat selepas

16. Solat Asar.
- Solat sunat sebelum

17. Solat Maghrib.
- Solat sunat selepas

18. Solat Isya'
- Solat sunat sebelum
- Solat sunat selepas

19. Sebelum tidur baca :
- Al-Quran
- surah Al-Mulk
- surah Sajjadah
- surah Al-Waqiah

20. Setiap hari mesti sedekah, walaupun sedikit.

“ Didunia bukan tempat untuk berehat, tetapi tempat untuk beribadat."

[Ustaz Ismail Kamus]

## Share ilmu ini utk peringatan semua
Ps: kongsi ilmu walau sedikit moge2 yg sedikit ini membawa kite ke syurga Allah S.W.T in shaa Allah Allahuma Aameen! 


Kata Ulama, apabila Allah tidak mengkehendaki kita lagi :

• Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia.
• Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak.
• Allah akan sibukkan kita dengan urusan perniagaan.
• Allah akan sibukkan kita dengan harta.
• Allah akan sibukkan kita dengan mencari pengaruh pangkat dan kuasa.

• Alangkah ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan. Sekiranya kita mampu bertanya pada orang-orang yang telah pergi terlebih dahulu menemui Allah SWT dan jika mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi sudah semestinya mereka memilih tidak lagi akan bertarung bermati-matian untuk merebut dunia.

• Tujuan kita diciptakan adalah untuk menyembah Allah dan beribadat kepada Allah SWT. Sebenarnya apa yang kita dapat dari habuan dunia ini telah pun ditentukan oleh Allah SWT.

• Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harta, kereta mewah dan rumah besar.

• Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat ilmu dan amalan orang lain lebih daripada kita. Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat orang lain bangun disepertiga malam untuk solat tahajjud.

• Kita cemburu melihat orang lain tukar kereta baru, tetapi jarang kita cemburu melihat orang lain boleh khatam Al-Quran sebulan 2 kali.

• Kesemua petanda-petanda ini menunjukkan dunia akhir zaman apabila duit, pangkat dan harta mengatasi segalanya.

• Setiap kali menyambut hari jadi kita sibuk hendak raikan sebaik mungkin tetapi kita telah lupa dengan bertambahnya umur kita maka kita akan dipanggil oleh Allah SWT semakin dekat.

• Kita patut bermuhasabah mengenai bekalan ke satu perjalanan yang jauh yang tidak akan kembali lagi buat selama-lamanya.

• Sesungguhnya mati itu benar, alam kubur itu benar, pertanyaan munkar dan nakir itu benar, mahsyar Allah itu benar, syurga dan neraka itu benar.

(Jom kita kongsikan tazkirah ringkas yang banyak memberi kesedaran bahawa dunia ini hanya sementara dan Akhirat itu kekal abadi)

Food Court Osdiah D'bendang, Permatang Sireh, Kepala Batas Pulau Pinang

Osdiah D'bendang, Permatang Sireh, Kepala Batas, Pulau Pinang

Jom ke Food Court Osdiah D'bendang Permatang Sireh Kepala Batas untuk nikmati pelbagai menu dari gerai-gerai yang ada di sini.Sebelum ni semua gerai dibuka dr jam 3.30-11.30 malam.    Namun ada beberapa gerai di Food court akan dibuka dari jam 11.30 pagi,selebihnya dibuka petang seperti biasa. Jadi, kalau korang nak lunch tu, boleh la datang kat food court Osdiah D'bendang ni.
Gerai Tini's Kitchen yg menjual Bihun Sup,Mee Kari termasuk menu-menu Chinese Style iaitu Nasi Ayam Apollo,Wantan Mee,Koay teow Th'ng dan Kaki Ayam Masak Kicap.

Gerai D Safwa Corner yg menjual Nasi Kerabu,Nasi Berlauk Ala Kak Wok,Sizzling, Laksa, Laksam, Roti Bakar+Sup Kambing, Roti Bakar+Mushroom Sup dan lain-lain lagi. Ada macam-macam gerai lagi la macam koay teow kerang, char koay teow, sate, western food, etc.
So, kunjungan aku ke sini, aku try la beberapa makanan yang ada. Semua yang aku try tu seperti dalam gambar-gambar dibawah ni.
Jangan datang hari Isnin. Isnin diorang tutup.
Koay teow th'ng

satay

ayam grill

koay teow kerang

kacang pool

burger ( takde sayur takde sos, sebab anak aku nak makan)
Dari pemerhatian hati malam yang aku singgah tu, ramai gak orang datang. Penuh la semua tempat duduk. Aku gak food court ni memang tempat tumpuan kot. Osdiah D'bendang ni agak jauh sikit dari pekan Kepala Batas. Kawasan kampung sikit, tepi tali air. So, kepada sesiapa yang nak datang tak tahu kat mana Permatang Sireh ni, korang boleh guna gps koordinat yang aku sertakan dan juga google map.
gps koordinat: 5°29'48.9"N 100°25'44.4"E atau 5.496908, 100.429000

Makan nasi lemak sotong goreng tepung di Abe Nasi Lemak Ayam Berempah, Kepala Batas

Abe Nasi Lemak Ayam Berempah

boleh layan pemandangan sunset yang cantik
Abe Nasi Lemak Ayam Berempah ni terletak di Guar Kepayang, Kepala Batas, Pulau Pinang. Kedai ni ada ke dalam sikit. Bukan tepi jalan ek... Korang kena masuk melalui satu lorong kecil yang muat untuk satu laluan je... kiri kanan adalah sawah padi. Kedai ni bertentangan dengan sawah pagi...kalau datang petang-petang sikit, korang boleh enjoy permandangan sunset yang cantik sambil makan-makan. Nak buka puasa pun boleh di sini..
nasi lemak sotong goreng tepung
Yang special di sini, korang kena cuba adalah nasi lemak sotong goreng tepung.. memang terbaik lah..dengan sotongnya yang ranggup...perghhh....
Selain nasi lemak sotong ni, ada la juga nasi lemak yang lain-lain. Nasi lemak ayam berempah ofcoz la kena ada sebab nama kedai pun Abe Nasi Ayam Berempah.... tak lupa jugak, aku cuba nasi lemak paru... kalau orang utara paru ni kelempong/pelempong.
nasi lemak ayam berempah (takde sambal sebab anak aku tak suka pedas)

nasi lemak paru

milo ais tabur
Selain menu nasi lemak, di Abe Nasi Lemak Ayam Berempah ni jugak, ada western food... Western food diorang pun boleh tahan sedap gak la...Chicken chop, burger, meatball dan lain-lain lagi..macam-macam adaaaaa... boleh tengok menu kat bawah ni..
menu special nasi lemak sotong (sotong goreng tepung)

menu western

menu nasi lemak
Bagi yang nak ke sini, mula-mula korang pergi ke Guar Kepayang, Kepala Batas. Dah sampai, korang kena alert satu lorong kecil (first time memang tak perasan). Lebih mudah, korang guna je gps koordiant yang aku dah sediakan ni. Boleh juga rujuk google map.
gps koordinat: 5°27'44.5"N 100°25'57.4"E atau 5.462360, 100.432623

Makan Nasi Kukus Pok Ya, Manjung Perak

Restoran Nasi Kukus Pok Ya

Bahagian dalam Restoran Nasi Kukus Pok Ya
Kalau korang ada di Manjung, Perak, boleh la nak cuba makan nasi kukus ayam berempah di Restoran Nasi Kukus Pok Ya nih. Biasanya kita beli nasi kukus ni kat gerai-gerai tepi jalan, pasar malam ataupun pasar ramadhan kan...tapi yang ni, nasi kukus dekat restoran.
set nasi kukus ayam berempah

set nasi kukus ayam berempah
So, kepada yang nak makan nasi kukus ni, korang boleh la datang ke manjung, Perak. Aku sediakan gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan korang.
gps koordinat : 4°12'59.2"N 100°40'07.1"E atau 4.216432, 100.668639