Food Court Osdiah D'bendang, Permatang Sireh, Kepala Batas Pulau Pinang

Osdiah D'bendang, Permatang Sireh, Kepala Batas, Pulau Pinang

Jom ke Food Court Osdiah D'bendang Permatang Sireh Kepala Batas untuk nikmati pelbagai menu dari gerai-gerai yang ada di sini.Sebelum ni semua gerai dibuka dr jam 3.30-11.30 malam.    Namun ada beberapa gerai di Food court akan dibuka dari jam 11.30 pagi,selebihnya dibuka petang seperti biasa. Jadi, kalau korang nak lunch tu, boleh la datang kat food court Osdiah D'bendang ni.
Gerai Tini's Kitchen yg menjual Bihun Sup,Mee Kari termasuk menu-menu Chinese Style iaitu Nasi Ayam Apollo,Wantan Mee,Koay teow Th'ng dan Kaki Ayam Masak Kicap.

Gerai D Safwa Corner yg menjual Nasi Kerabu,Nasi Berlauk Ala Kak Wok,Sizzling, Laksa, Laksam, Roti Bakar+Sup Kambing, Roti Bakar+Mushroom Sup dan lain-lain lagi. Ada macam-macam gerai lagi la macam koay teow kerang, char koay teow, sate, western food, etc.
So, kunjungan aku ke sini, aku try la beberapa makanan yang ada. Semua yang aku try tu seperti dalam gambar-gambar dibawah ni.
Jangan datang hari Isnin. Isnin diorang tutup.
Koay teow th'ng

satay

ayam grill

koay teow kerang

kacang pool

burger ( takde sayur takde sos, sebab anak aku nak makan)
Dari pemerhatian hati malam yang aku singgah tu, ramai gak orang datang. Penuh la semua tempat duduk. Aku gak food court ni memang tempat tumpuan kot. Osdiah D'bendang ni agak jauh sikit dari pekan Kepala Batas. Kawasan kampung sikit, tepi tali air. So, kepada sesiapa yang nak datang tak tahu kat mana Permatang Sireh ni, korang boleh guna gps koordinat yang aku sertakan dan juga google map.
gps koordinat: 5°29'48.9"N 100°25'44.4"E atau 5.496908, 100.429000

No comments:

Post a Comment