1

2

3

4

Restoran Nik Ikan Bakar 2, Brinchang, Cameron Highland


Restoran Nik Ikan Bakar, Brinchang, Cameron Highland

boleh pilih ikan yang fresh2
Boleh la korang jadikan restoran ni sebagai alternatif untuk makan malam dekat Cameron Highland ni.... Malam-malam di Cameron Highland ni seolah-olah pekan mati...tak hidup sangat..tak banyak aktiviti yang boleh dibuat... Yang ni Nik Ikan Bakar 2, yang restoran lama ada dekat dengan balai bomba....ada yang review sedap, so aku pun nak try la jugak kan...tapi aku tak try yang grand2 cam ikan bakar ke, tiga rasa ke.....aku makan yang biasa-biasa jer..
paprik

tomyam

telur dadar

yang ni aku tak ingat benda apa...hahahahha
So kalau korang nak datang Nik Ikan Bakar 2 ni, aku sertakan gosp korrdinat dan google map sebagai rujukan dan panduan korang.
gps korrdinat : 4°29'38.7"N 101°23'18.5"E atau 4.494074, 101.388461

Pasar malam Brinchang, Cameron Highland

Pasar malam Brinchang Cameron Highland
Pasar malam Brinchang ni dulunya terletak di hadapan hotel Legency. Sekarang telah dialihkan ketempatan yang lebih selesa di Jalan Golden Hill. Walaupun begitu, tetap sesak untuk ke sini.... Walaupun ada disediakan parking berbayar yang luas, tapi parking sentiasa penuh. Pasar malam ni start pukul 6 petang setaip hari Jumaat dan Sabtu. Rasanya kalau cuti sekolah, dibuka hari-hari.
ada jual jagung dan sayur-sayuran

ada jual strawberry dah teh

dan ada macam-macam lagi....
Selain barangan basah dan kering, ada pelbagai makanan juga dijual disini. Tapi kena hati-hati la dengan kedai makan ni... walaupun korang tengok yang menjual tu pakai tudung (orang indon) tapi tokey diorang adalah cina. Mungkin halal diragui... Cari la yang betul-betul orang melayu islam yang jual, sekurang-kurangnya yakin la sikit kan...tapi kalau non-muslim ok je nak beli kat diorang. Orang islam kena la pilih sikit kedai...
Jika anda memilih untuk menginap di kawasan Tanah Rata, perjalanan ke tapak pasar malam ini mengambil masa hanya 6 minit dengan memandu kereta. Jarak penginapan dari kawasan Tanah Rata ke sini cuma 3.4km sahaja!
Tetapi jika anda menginap di kawasan Brinchang pula, jarak perjalanan anda lebih dekat. Dengan jarak hanya 2.2km, anda boleh sampai ke sini dalam masa 4 minit dengan memandu kereta. Jadi terpulang kepada anda untuk memilih tempat penginapan terbaik untuk keselesaan anda.

GPS koordinat Pasar Malam Brinchang : 4°29'15.4"N 101°22'23.1"E atau 4.487613, 101.373082

Makan scones di KHM Strawberry, Taman Sedia Tanah Rata, Cameron Highland


Ambil order di sini

dah order, cari port makan plak
 KHM Strawberries & Jam yang terletak di Taman Sedia Tanah Rata antara ladang strawberi yang dimiliki oleh pemilik bumiputra. Sebenarnya ada banyak lagi tempat makan menarik di Taman Sedia ni. Kalau korang masuk ke sini, korang ada nampak la perkampungan melayu. Jika waktu cuti sekolah or cuti umum, jammed gak la trafik yang nak masuk ke sini. 
Menarik di KHM Strawberry ini selain dari kita melihat buah strawberi dengan lebih dekat, kita boleh menjamu selera. Di sini terdapat pelbagai hidangan ringan yang berasaskan strawberi. 
Kita dapat makan hidangan serta petik buah strawberi di tempat yang sama. Selain itu, dapat menikmati pemandangan kebun strawberi yang comel bersama keluarga.
KHM Strawberry dikelilingi oleh ladang strawberry
Di sini, korang disajikan dengan pelbagai hidangan yang mempunyai rasa yang sukar didapati di tempat lain. Korang perlu mencuba kek keju, scones, pavlova dan waffles bersama jem strawberi.
Tujuan aku terjah jugak ke KHM Strawberry ni, sebab nak makan jugak scones di sini. Hasil dari review yang orang ramai, diorang cakap scones di sini sedap dan juga murah jika dibandingkan dengan tempat-tempat lain.

scones

scones

coklat
So, kalau korang datang ke Cameron Highland, jangan lupa la singgah ke KHM Strawberry ni. Sambil makan santai-santai, sambil cuci mata dengan permandangan ladang strawberry.
KHM strawberry, atas bukit sikit
gps koordinat dan google map untuk ke sini, korang boleh rujuk seperti di bawah ni.
gps koordinat : 4°28'44.4"N 101°22'46.3"E atau 4.479012, 101.379539

Jom makan Nasi Lemak Abang Strawberry, Cameron Highland

Banner Nasi Lemak Abang Strawberry

bahagian depan restoran

bahagian belakang restoran
Nasi Lemak Abang Starwberry di Cameron Highland ni memang terbaik sedap. Dah 2-3 kali dah aku pergi sini, cuma kali ni berkesempatan untuk di selitkan dalam blog aku ni. Restoran Abang Starwberry ni terletak di Taman Sedia, sebuah perkampungan melayu di Tanah Rata, Cameron Highland nih.
Cabaran utama nak ke sini adalah parking. Kawasan tumpuan orang ramai yang memerlukan kesabaran korang untuk cari parking. Ada yang sanggup berjalan kaki sebab parking jauh. Begitu la penangan nasi lemak abang strawberry ni.
Lagi satu yang menarik restoran abang strawberry ni, korang boleh tengok ladang strawberry kat sebelah tu...milik diorang jugak...boleh petik sendiri buah strawberry.
ladang strawberry Abang Strawberry

ladang strawberry Abang Strawberry
Dekat sini juga ada dijual produl-produk yang di hasilkan oleh abang strawberry seperti minuman kordial, jem dan yang paling terlajak laris, sambal strawberry.
nasi lemak abang strawberry

nasi lemak abang strawberry

french fries
Di sebabkan hari yang aku pergi ni ramai orang, so diorang hanya sediakan menu nasi lemak abang strawberry jer...memang pantas la dapat..order jer terus dapat. Nasi lemak diorang kaler pink....yum yum yum...
Sebenarnya banyak lagi menu yang best-best, sempoi-sempoi..... korang boleh tengok dalam menu-menu kat bawah ni.
menu restoran Abang Strawberry

menu restoran Abang Strawberry

menu restoran Abang Strawberry

menu restoran Abang Strawberry

menu restoran Abang Strawberry
Kepada yang nak datang ke Restoran Abang Strawberry dan nak cuba makan nasi lemak abang strawberry, korang boleh la ke kampung Taman Sedia, Tanah Rata. Kalau tak tahu kat mana, boleh guna gps koordinat yang aku sediakan. Juga google map sekali.
gps koordinat : 4°28'43.8"N 101°22'54.2"E atau 4.478829, 101.381728