Showing posts with label strawberi. Show all posts
Showing posts with label strawberi. Show all posts

Makan scones di KHM Strawberry, Taman Sedia Tanah Rata, Cameron Highland


Ambil order di sini

dah order, cari port makan plak
 KHM Strawberries & Jam yang terletak di Taman Sedia Tanah Rata antara ladang strawberi yang dimiliki oleh pemilik bumiputra. Sebenarnya ada banyak lagi tempat makan menarik di Taman Sedia ni. Kalau korang masuk ke sini, korang ada nampak la perkampungan melayu. Jika waktu cuti sekolah or cuti umum, jammed gak la trafik yang nak masuk ke sini. 
Menarik di KHM Strawberry ini selain dari kita melihat buah strawberi dengan lebih dekat, kita boleh menjamu selera. Di sini terdapat pelbagai hidangan ringan yang berasaskan strawberi. 
Kita dapat makan hidangan serta petik buah strawberi di tempat yang sama. Selain itu, dapat menikmati pemandangan kebun strawberi yang comel bersama keluarga.
KHM Strawberry dikelilingi oleh ladang strawberry
Di sini, korang disajikan dengan pelbagai hidangan yang mempunyai rasa yang sukar didapati di tempat lain. Korang perlu mencuba kek keju, scones, pavlova dan waffles bersama jem strawberi.
Tujuan aku terjah jugak ke KHM Strawberry ni, sebab nak makan jugak scones di sini. Hasil dari review yang orang ramai, diorang cakap scones di sini sedap dan juga murah jika dibandingkan dengan tempat-tempat lain.

scones

scones

coklat
So, kalau korang datang ke Cameron Highland, jangan lupa la singgah ke KHM Strawberry ni. Sambil makan santai-santai, sambil cuci mata dengan permandangan ladang strawberry.
KHM strawberry, atas bukit sikit
gps koordinat dan google map untuk ke sini, korang boleh rujuk seperti di bawah ni.
gps koordinat : 4°28'44.4"N 101°22'46.3"E atau 4.479012, 101.379539

Big Red Strawberi, Brinchang, Cameron Highland Pahang

Tempat ni agak tersorok sikit. Lokasi di Brinchang. Kena panjat bukit yang agak curam. Kadang-kadang ada kereta yang tak lepas nak panjat bukit tu. Solution nya, penumpang semua kena turun. Biar driver je yang panjat dengan kereta tu. Atas tu ada banyak gerai-gerai yang jual barang cenderahati. Ada ladang salad yang sangat cantik. Daun yang gemuk-gemuk yang ditanam secara hidroponik. Juga terdapat di atas ni, satu cafe yang jual makanan yang berasaskan strawberi dan salad. Terdapat tempat mainan kanak-kanak yang kena masuk token tu. Tapi kebanyakan main tu semuanya rosak. Kiranya maintenance diorang ni kelaut la nak habaq.
Cafe yang sentiasa ramai orang

Senarai Menu di cafe tu....

Salad bar layan diri

Jenis-jenis lain salad - layan diri
Gambar kat bawah ni pulak adalah hidroponik salad yang sempat aku sempat snap...memang cantik, memang terbaik...kalau nak beli, disediakan juga kaunter jualan.
salad merah

salad hijau
Kepada sesiapa yang nak kesini, boleh la guna gps koordinat yang aku bagi kat bawah ni terutamanya yang first time datang atau pun first time nak datang Big Red Strawberi ni.

gps koordinat: 4°29'44.0"N 101°23'12.1"E

Makan-makan di YZ agro farm, Cameron Highland sambil menikmati permandangan ladang strawberi

Jalan-jalan Cameron Highland tak lengkap kalau tak melawat ladang strawberi. Trademark Cameron Highland kan strawberi la katakan....jadinya, aku pun pergi la satu kawasan ni...majoriti melayu la kawasan ni..kalau tempat lain, biasanya kaum cina yang monopoli pasal ladang strawberi ni..so, kat YZ agro farm ni, boleh makan-makan sambil menikmati permandangan ladang strawberi...makan tenghari pun ada kat sini, selain makanan pencuci mulut macam kek, strawberi coklat, scone dan lain-lain.
YZ Agro Farm banner pintu depan

YZ Agro Farm signboard kat dalam kedai
Yang nak makan tengahari tu, boleh pilih lauk yang telah disediakan. Nak makan nasi lemak pun ada kat sini..kat sebelah kanan plak untuk sesiapa yang nak makan ringan-ringan.