1

2

3

4

Showing posts with label spaghetti carbonara. Show all posts
Showing posts with label spaghetti carbonara. Show all posts

Resepi Spageti Carbonara Homemade

Spageti Carbonara Homemade
Spageti Carbonara Homemade 

Bahan-bahan:
  • 1 paket spageti
  • 2 1/2 tin susu cair ATAU susu krim penuh dalam kotak
  • Marjerin
  • Minyak
  • Daging cincang
  • Bawang dadu
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • Cendawan
  • Sosej
  • 3 keping keju
  • Lada hitam
  • Maggi Cukup Rasa
  • Pasli
  • Oregano
Cara-cara:
  • Rebus spageti sehingga menjadi ‘al dente’, dan tambahkan 2 sudu besar minyak untuk mengelakkan spageti bergumpal bersama-sama setelah sejuk
  • Dalam kuali, masukkan marjerin dan minyak dan tumis bawang hingga wangi
  • Masukkan tepung gandum, gaul sebati sebelum menambah lada hitam dan daging cincang
  • Campurkan semua bahan dan kemudian masukkan cendawan dan sosej
  • Seterusnya, masukkan susu dan kacau hingga menggelegak
  • Kemudian masukkan hirisan keju dan perasakan dengan garam, gula dan Maggi Cukup Rasa
  • Akhir sekali, masukkan oregano, pasli atau kedua-duanya
Nota: Kuah akan menjadi lebih pekat setelah sejuk kerana kandungan tepung gandum dan keju

Kredit resipi: Nurul Husna Mohamed Daud

RESEPI SPAGHETTI CARBONARA

bahan-bahan utama
bahan-bahan utama

Bahan sos:
  • 1 biji bawang besar Holland cincang
  • 5 ulas bawang putih cincang
  • 5 btg sosej
  • 1 tin cendawan
  • 2 tin sos cendawan carbonara Prego
  • 1 liter susu segar
  • Lada hitam
  • Oregano flakes
Caranya:
1. Tumiskan bawang besar & bawang putih.
2. Masukkan sosej dan cendawan butang yang telah dihiris.
3. Taburkan sedikit oregano flakes & serbuk lada hitam.
4. Tuangkan sos cendawan.
5. Tuangkan susu. Perasakan dengan garam...siappp.
6. Spaghetti macam biasa celur hingga lembut dengan masukkan sedikit minyak masak & garam.
* nak lagi sedap tambah isi udang... nyum2!!

Kredit resepi: Ruhaiza Bunyamin

RESEPI SPAGHETTI CARBONARA

SPAGHETTI CARBONARA
SPAGHETTI CARBONARA

Bahan-bahannya :
  • Spaghetti (untuk 3 hidangan) direbus
  • 1 tin Prego Carbonara Mushroom
  • 3 biji shitake mushroom (fresh) - dihiris
  • bawang putih - 3 biji (diketuk)
  • sedikit udang
  • sedikit hirisan ayam
  • 1/2 cawan susu segar
  • Olive oil
  • Parsley flakes 
  • Black Pepper
  • Chilli flakes 
Cara-caranya:
  • Panaskan sedikit olive oil..
  • Tumiskan bawang putih sehingga wangi.. kemudian campakkan hirisan ayam..kacau rata..
  • Bila ayam dah masak masukkan udang dan shitake mushroom.. kemudian.. masukkan Prego Carbonara Mushroom.. kacau rata..
  • Bila kuah agak pekat maka boleh lah letak fresh milk lebih kurang 1/2 cawan.. atau agak-agak lah ikut kepekatan yang diingini.. tabur sedikit black pepper..
  • Dah siap angkat dan curahkan di atas spaghetti anda.. taburkan parsley dan chilli flakes...