Showing posts with label seri manjung. Show all posts
Showing posts with label seri manjung. Show all posts

makan masakan ala thai di restoran Halimah Tomyam 2, Seri Manjung, Perak

 

Restoran Halimah Tomyam 2, Seri Manjung
Restoran Halimah Tomyam 2, Seri Manjung
On the way aku nak ke selatan ikut jalan dalam ataupun kalau korang guna highway WCE, terasa lapar la pulak...rasa nak makan petang..Kebetulan aku lalu di area Manjung ni, jadi aku cari la restoran yang sempoi-sempoi di sini. Ada banyak juga pilihan restoran kat sini...dalam banyak-banyak tu aku pilih restoran Halimah Tomyam 2 sebab aku nak makan masakan ala thai kat sini...yang simple-simple jer..makanan goreng-goreng๐Ÿ˜‰๐Ÿ˜‰..
menu Halimah Tomyam 2
menu Halimah Tomyam 2

menu Halimah Tomyam 2
menu Halimah Tomyam 2
Ikutkan menu kat atas tu, banyak jugak la masakan ala thai yang ada di sini...Dari menu-menu tu, aku order nasi goreng kampung, nasi goreng daging, nasi goreng ayam kunyit dan tomyam๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹
nasi goreng ayam kunyit
nasi goreng ayam kunyit

nasi goreng kampung, telur mata
nasi goreng kampung, telur mata

nasi goreng daging
nasi goreng daging

tomyam
tomyam
Makanan pun sedap-sedap...jadi berbaloi la singgah makan petang aku di restoran Halimah Tomyam 2 ni... Kalau korang nak try makan di sini, boleh cari di Seri Manjung, Perak. GPS koordinat dan google map seperti di bawah.

GPS koordinat: 4°12'42.0"N 100°40'04.2"E atau 4.211652, 100.667835

Makan tengahari di Restoran Seri Ilham Setiawan, Seri Manjung, Perak

 

Restoran Seri Ilham Setiawan, Seri Manjung, Perak
Restoran Seri Ilham Setiawan, Seri Manjung, Perak

Restoran Seri Ilham Setiawan, Seri Manjung, Perak
Restoran Seri Ilham Setiawan, Seri Manjung, Perak
Antara tempat makan tengahari yang best di Seri Manjung ni korang boleh try di restoran Seri Ilham Setiawan yang teletak di Seri Manjung, Perak. Restoran ni menyediakan makanan tengahari bermula jam 10 pagi hingga ke 5 petang.

Pelbagai pilihan masakan yang ada di sini. Semuanya nampak sedap-sedap. Kalau waktu lunch, memang nampak ramai la orang datang ke restoran seri ilham ni.

pelbagai jenis masakan untuk makan tengahari
pelbagai jenis masakan untuk makan tengahari

pelbagai jenis masakan untuk makan tengahari
pelbagai jenis masakan untuk makan tengahari
Banyak sangat jenis lauk dan masakan masalah plak kat aku๐Ÿ˜๐Ÿ˜....masalah taktau nak pilih yang mana satu nak makan๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…...ada la dalam 5 minit duk ulak-alik pusing satu meja๐Ÿ˜Ž... Last-last yang macam dalam kat bawah ni je hasil makan tengahari aku....
sepinggan nasi untuk makan tengahari aku
sepinggan nasi untuk makan tengahari aku
Kepada korang yang nak cari restoran Seri Ilham Setiawan ni, korang boleh je guna gps koordinat dan google map seperti di bawah ni.

GPS koordinat: 4°12'05.9"N 100°40'41.4"E atau 4.201647, 100.678175





Pekena mee goreng di restoran mee pokok cherry, Seri Manjung, Perak

 

restoran mee pokok cherry, Seri Manjung, Perak
restoran mee pokok cherry, Seri Manjung, Perak
Aku pernah makan di mee pokok cherry yang dekat Penang. Mee Pokok Cherry ni aku terjumpa dekat Seri Manjung, Perak. Rasanya mungkin cawangan diorang kot kat Seri Manjung ni. Bagi aku mee goreng diorang ni memang padu la... Kiranya signature dish diorang la mee goreng ni. Kalau korang datang ke sini, aku rekomen untuk korang order mee goreng. Selain mee goreng yang padu di Mee Pokok Cherry ni adalah mee rebus dan pasembor..
mee goreng
mee goreng

mee rebus
mee rebus
Selain tu ada la juga makanan lain yang korang boleh try. Ada juga 2-3 jenis makanan goreng-goreng sebagai menu tambahan di sini. Ada dua list menu yang aku sempat snap. Ada lagi yang aku malas nak snap banyak-banyak๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚.... Aku ambil 2 pages yang menu utama jer..
ni menu berhantu diorang...padu beb
ni menu berhantu diorang...padu beb

ni menu nasi goreng pelbagai jenis
ni menu nasi goreng pelbagai jenis
Gambar kat bawah ni antara menu-menu lain yang aku try. Not bad gak la rasanya. Kepada yang tak minat mee goreng, boleh juga order menu-menu yang lain.
ais kacang special
ais kacang special

air milo tabur
air milo tabur

nasi ayam
nasi ayam

megi goreng
megi goreng

nasi goreng
nasi goreng
Korang kalau ada dekat area Manjung ni, boleh la try makan d Mee Pokok Cherry ni. Aku pun kebetulan ternampak restoran ni, terus terjah sebab dah pernah makan mee goreng diorang di Penang. Alamat Mee Pokok Cherry Manjung ni adalah  no 18, Jalan PPMP 10, Lorong Manjung Point 4/3, 32040 Seri Manjung, Perak. Boleh juga guna gps koordinat dan google map seperti di bawah ni.

GPS koordinat: 4°12'50.1"N 100°40'01.6"E atau 4.213929, 100.667121

The Chicken Rice Shop, AEON Seri Manjung, Perak

 

The Chicken Rice Shop, AEON Seri Manjung, Perak
The Chicken Rice Shop, AEON Seri Manjung, Perak

The Chicken Rice Shop, AEON Seri Manjung, Perak
The Chicken Rice Shop, AEON Seri Manjung, Perak
'The Chicken Rice Shop......bukan sekadar nasi ayammmm..' sapa pernah dengar tagline tu? The Chicken Rice Shop ni terletak di dalam Jusco AEON di Seri Manjung, Perak. Tak semestinya di Manjung, Chicken Rice Shop ni ada dimana-mana saja. 

Makanan di sini sedap-sedap belaka...sesuai dengan tekak aku. Ni nasi ayam restoran francais, kalau nasi ayam yang biasa-biasa tu, banyak kita boleh dapat ditempat lain. Jadi rasanya sama je walau korang pergi dekat mana-mana restoran  The Chicken Rice Shop.

scan untuk tengok keseluruhan menu
scan untuk tengok keseluruhan menu
So di sini aku makan/order menu nasi ayam seperti dalam gambar-gambar di bawah.
Nyonya pai tee
Nyonya pai tee

steamed chicken
steamed chicken

Roasted chicken
Roasted chicken

Tofu with oyster sauce
Tofu with oyster sauce

Ipoh bean sprouts
Ipoh bean sprouts
Dengan mangkuk nasi ayam dan sup. Begitu la menu makanan aku di The Chicken Rice Shop. Kepada yang nak makan di sini, untuk yang sedang berada di area Manjung la.... korang boleh cari je terus AEON Manjung ataupun korang boleh guna gps koordiant dan google map seperti di bawah.

GPS koordinat : 4°13'12.3"N 100°40'17.9"E atau 4.220074, 100.671644